10 Kesan Buruk Tidak Cukup Tidur

Bahaya kan? Jangan pandang ringan jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Tidak cukup tidur atau kurang tidur akan mempengaruhi pelbagai aspek baik dari segi kesihatan mahupun keselamatan anda. Mari kita lihat apakah akibat tidak cukup tidur.

10 Kesan Buruk Tidak Cukup Tidur

1) Penyebab kemalangan

Tahukah anda, kurang tidur sebenarnya penyebab beberapa kemalangan yang meragut nyawa dalam beberapa buah kemalangan di dunia. Contohnya, Kemalangan Nuklear di Three Mile Island (1979), tragedi tumpahan minyak Exxon Valdez dan tragedi nuklear pada 1986 di Chernobyl. Kemalangan ngeri jalan raya juga sering berlaku akibat daripada tidak cukup tidur.

2) Kurang Pintar

Tidur sebenarnya memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan minda untuk berfikir dan menerima proses pembelajaran. Tidak cukup tidur mengganggu proses kognitif dalam macam-macam cara. perhatian, Mula-mula, ianya mengganggu perhatian anda, waspada, konsentrasi dan fokus. Kemudian, ianya akan mengganggu minda untuk berfikir dan belajar secara efisien.

3) Penyebab kesihatan berisiko

Tidak cukup tidur juga sebenarnya mendedahkan anda kepada beberapa penyakit yang berisiko tinggi. Antaranya ialah:

  • Penyakit hati
  • Serangan jantung
  • Kegagalan jantung untuk berfungsi
  • Darah tinggi
  • Strok
  • Kencing manis

4) Hilang nafsu seks

Menurut kajian, tidak cukup tidur ini mengundang si lelaki atau perempuan untuk tidak berminat dengan kegiatan seks. Selain daripada nafsu seks mereka yang menurun, mereka juga boleh mengalami masalah kesuburan kerana kualiti sperma terganggu akibat dari rehat yang tidak cukup.

5) Tekanan perasaan

Apabila seseorang itu tidak cukup tidur, ianya boleh mengundang keletihan kepada fizikal seseorang. Jika ianya berlarutan, tidak mustahil untuk mereka yang keletihan akibat dari tidak cukup tidur ini menghadapi masalah tekanan perasaan dan tidak dapat membuat keputusan dengan lebih waras. Otak tidak dapat berfungsi dengan lebih baik dan mereka cenderung untuk bertindak melulu.

6) Penuaan lebih cepat berlaku

Sel-sel dalam badan kita juga sebenarnya ibarat organisma yang hidup. Sel-sel ini biasanya bergerak ketika kita sedang berehat. Waktu tidur adalah sebaik-baik waktu untuk mereka berkerja. Tanpa rehat dan tidur yang cukup,proses  sel-sel ini menjadi terbantut. Disebabkan itu, mereka yang menghadapi masalah Insomnia biasanya mempunyai gelung hitam di bawah mata, ‘eyebag’, lebih mudah kelihatan kedutan di bawah mata dan kulit lebih kusam berbanding dengan mereka yang sentiasa mempunyai rehat yang cukup. Pendek kata, proses penuaan lebih cepat berlaku di kalangan mereka yang tidak cukup tidur.

7) Lebih mudah lupa

Mahukan akal dan minda yang lebih tajam? Memori yang kuat sebenarnya dipengaruhi oleh rehat yang cukup. Jadi, jika anda mahukan memori yang lebih kuat dan tajam, amalkan tidur yang cukup setiap hari. Ianya sangat membantu!

8) Berat badan naik!

Takutnya…. Berat badan lebih mudah naik mendadak jika anda tidak mempunyai tidur yang cukup. Bagaimana? Kajian mengatakan, seseorang yang tidak cukup tidur akan rasa lebih cepat lapar. Bukan itu saja, keinginan untuk makan makanan manis dan kaya dengan karbohidrat. Ia juga boleh mengundang masalah obesiti apabila sistem penghadaman turut terganggu akibat dari kurang rehat yang mencukupi.

9) Tingkatkan risiko kematian

Menurut kajian “Whitehall II Study”, pengkaji warga British mendapati mereka yang menyingkatkan waktu tidur lebih cenderung dan berisiko dua kali ganda untuk menghidap penyakit kardiovaskular.

10) Insomnia

Jika dibiarkan, mereka yang tidak cukup tidur ini akan mengalami Insomnia. Pesakit Insomnia biasanya akan rasa letih ketika bangun dari tidur. Mereka juga cenderung untuk berjaga di tengah malam namun tidak dapat tidur semula.

Sebenarnya, saya juga sering menghadapi masalah tidak cukup tidur. Tapi bagaimana saya atasinya setiap kali menghadapi masalah ini? Saya akan amalkan Ostematrix bagi mendapatkan tidur yang lena tetapi tidak terlajak tidur sehingga Subuh. Menarik kan? Anda pun patut amalkan Ostematrix setiap hari untuk kesihatan tulang yang baik juga.

 

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

2 Response to 10 Kesan Buruk Tidak Cukup Tidur

  1. Maizura says:

    No 1 tu..kak reen pernah kena kan?

    Ok la..dan dan rasa nak masuk tidur sekarang. Nak tidur yang berkualiti..jom makan ostematrix.
    Sory tumpang promo 🙂
    Maizura recently posted…Ada Apa Dalam Almari? Cerita SeramMy Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.