Akibat Tidak Cukup Berpantang

Tidak lama dahulu, saya pernah menghadiri majlis cukur jambul bayi seorang kenalan yang tidak begitu rapat. Agak terkejut melihatkan beliau begitu selamba melanggar pantang. Contohnya, dalam keadaan beliau belum pun sampai 28 hari berpantang, saya lihat beliau menghala tubuhnya ke arah kipas angin tanpa memakai sweater atau baju tebal. Saya lihat kakinya juga terdedah tanpa stokin. Cara berjalan ke hulu dan ke hilir juga tidak menyerupai orang yang sedang berpantang. Kecut perut saya melihatkannya. Agaknya, kalau diceritakan kesan dan akibat tidak cukup berpantang kepada beliau, agak-agak insaf tak?

akibat tidak cukup berpantang

Akibat tidak cukup berpantang

Ianya pengalaman saya sendiri yang degil dan tidak mendengar kata. Rimas dengan situasi yang panas. Geli dengan badan yang berpeluh. Terasa diri sangat busuk dengan herba-herba yang dipakai di dahi dan perut yang melecehkan itu. Saya risau suami tak sayang. Saya risau suami tak suka bau saya dalam keadaan begitu. Sedangkan saya sendiri geli, apatah lagi suami saya?

Waktu itu, saya belum mengenali Shaklee dan tidak juga terdedah kepada jamu kerana Rafiq mengalami jaundis yang agak kuat. Doktor tidak menggalakkan saya mengambil jamu. Maka, saya hanya mengambil ubat yang diberikan doktor dan Set Salindah sebagai suplemen untuk membantu saya waktu itu. Alhamdulillah.. Saya rasa sihat dalam masa dua minggu. Saya sudah melanggar pantang waktu itu kerana risaukan Rafiq yang bacaan kuningnya tidak turun-turun. Risau dimasukkan ke wad. Tertekan juga dengan susu badan saya yang seakan tidak cukup. Rafiq seringkali menangis. Ada kalanya seakan meradang kerana tidak dapat susu.

Mandi tanpa air suam

Ketika berpantang pada hari yang ke-7, saya sudah berani mandi dengan air biasa (bukan panas atau suam tau). Waktu itu, tiada sesiapa pun di rumah. Suami saya dan Abah ke hospital membawa Rafiq untuk diuji kuningnya. Mama pula waktu itu masih berniaga di kedai dan tidak sempat menyediakan mandian untuk saya waktu itu. Adik-adik pula ke sekolah. Jadi, tiada sesiapa yang membantu saya di rumah.

Namun, sempat juga Mama menelefon saya supaya menunggu sahaja suami saya pulang untuk sediakan mandian saya. Setelah hampir sejam menunggu, perlahan-lahan saya ke dapur. Mahu dipanaskan air, cerek pula terasa berat. Dek kerana tidak tahan dengan bau busuk herba pada badan saya, saya langgar pantang saya pada hari itu. Ya Allah… Gilanya saya fikir waktu itu!

Serius saya berani. Siap bersyampu lagi. Memang menggigil-gigil sekejap. Namun, saya cepat-cepat bersiap dan sapukan minyak panas ke seluruh badan. Alhamdulillah.. Saya tak kena apa-apa yang serius pun waktu itu. Tapi, saya tidak berani lagi mandi seperti itu keesokan harinya setelah Mama dapat tahu dan marahkan saya sepanjang hari itu kerana degil.

Dedahkan badan kepada angin

Kesan dedahkan tubuh pada angin ini tidak langsung saya rasai ketika berpantang. Waktu saya berpantang ketika itu ialah waktu kemarau panjang. Cuaca sentiasa panas dan membuatkan tubuh saya terlalu kuat berpeluh. Wajah terasa hodoh dan kusam. Maka, saya seringkali ditangkap Mama tidak memakai baju sejuk.

” Wani, badan kita ni nak pakai lama Wani.. Jaga badan tu. Biarkan je berpeluh. Elok untuk buang segala angin dan kotoran tu. Biar tak cantik sekarang, jangan jadi layu esok,” bebel Mama kepada saya.

Saya hanya menyarungkan baju tebal bila ada Mama. Stokin juga seringkali ditanggalkan. Rimas! Panas pulak tu. Dan saya tidak tahu pun, perkara-perkara ini sebenarnya sangat penting buat ibu berpantang seperti saya. Akibat tidak cukup berpantang ini, saya sebenarnya mengalami tekanan yang agak teruk. Sentiasa beremosi dan angin satu badan! Terus-terang, Rafiq juga hampir menjadi mangsa amarah saya setiap kali si kecil ini menangis mahukan susu. Gila kan?!

akibat tidak cukup berpantang2

Akibat tidak cukup berpantang (Gambar hiasan)

Demam dan ruam menjadi satu

Akibat degil, Allah SWT tunjukkan saya kesannya itu setelah habis berpantang. Hari pertama saya selesai tempoh berpantang, suami ajak saya date dengan Rafiq di suatu tempat yang agak romantik. (Tapi kalau dah ada si kecik tu takde la rasa romantiknya pun. Haha..)

Pulang saja dari date, saya tiba-tiba mengalami demam panas. Saya rebah di katil. Badan tiba-tiba ditumbuhi ruam luar biasa dan percaya tak kalau saya katakan, tubuh saya menggigil kesejukan. Di celah-celah liang roma ini, setiapnya ditumbuhi ruam kecil yang agak luar biasa.

Keadaan saya itu menyebabkan semua orang risau. Orang lain sesudah berpantang boleh ke merata-rata tempat dah. Sedangkan saya terpaksa menjalani pantang semula. Serik! Saya akui saya serik. Saya minta ampun kepada Mama, Abah dan suami kerana tidak mendengar kata. Hanya tinggal beberapa hari menghampiri tarikh berkerja kembali, baru lah saya kembali sihat.. Sayang kan? Waktu yang sepatutnya saya luangkan untuk keluar bercuti bersama suami dan tetamu baru itu tidak dapat kami lakukan kerana telah kesuntukan masa. Sedih tak? Tak guna pun kan? Benda dah jadi..

Jadi ibu-ibu di luar sana, berani tak langgar pantang lagi? Saya cabar anda yang langgar pantang itu tidak mengalami apa-apa kesan langsung selepas itu. Ramai yang akui kesan dan akibat tidak cukup berpantang sebenarnya berlaku untuk jangka masa panjang. Ia biasanya tidak dapat dikesan sekelip mata.

Akibat tidak cukup berpantang, ada yang rahimnya jadi lemah dan tidak kuat. Ada juga yang mengalami masalah keletihan dan kemurungan. Ada yang mengalami sakit ketika bersama dengan suami sehingga kini. Ada yang mengalami penyakit angin untuk jangkamasa yang lama dan pelbagai lagi kesannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, saya sihat sepenuhnya tanpa ruam misteri itu selepas beberapa bulan. Lama juga nak hilang. Memang saya serik!

Namun, ingin saya kongsikan sedikit perkara manis yang masih tinggal ketika berpantang itu. Tidak semuanya pahit sepanjang berpantangkan Rafiq. Pada hujung minggu kedua berpantang itu, rakan saya (Maizura Osman) menghubungi saya dari jauh untuk menceritakan khasiat Set Menyusu Bajet yang beliau amalkan ketika berpantang dan dikatakan sangat berkesan. Beliau meminta saya menghubungi Puan Arnie sendiri untuk mengetahui lebih lanjut. Saya sungguh teruja dan segera menghubungi Arnie, pemilik blog Genkimomma dan membeli Set Menyusu Bajet itu.

Alhamdulillah.. Saya rasakan perubahan setiap kali Rafiq menyusu selepas saya mula amalkan set tersebut. Rafiq tidak lagi marah-marah kerana tidak cukup susu. Susu untuknya sentiasa ada dan melimpah-ruah. Alhamdulillah.. Walaupun emosi saya masih lagi tidak stabil waktu itu, tetapi tekanan perasaan saya itu sudah banyak kurangnya dengan izin Allah SWT.

Saya harap, cerita saya yang panjang lebar ini memberikan panduan buat ibu-ibu baru. Ambil lah iktibar dari cerita benar ini. Jangan langgar pantang.

 

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Akibat Tidak Cukup Berpantang

  1. rika says:

    proses berpantang saat penting bagi mengembalikan dan memulihkan kesihatan dan tenaga ibu. zaman moden ramai yg nk berpantang cara cepat dan mudah.
    rika recently posted…5 Kelebihan Senaman Waktu Pagi Menyebabkan Anda Pasti Lakukan Selepas IniMy Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.