Antioksidan Cegah Diabetes

Antioksidan Cegah Diabetes

Entri ini sangat sesuai untuk saya dan mereka yang mempunyai risiko kencng manis atau Diabetes akibat keturunan. Arwah Opah saya meninggal dunia akibat sakit tua. Namun sebelum meninggal dunia, arwah juga menderita sakit kencing manis yang agak kronik hingga menyebabkan arwah buta. Menurut kajian, 1 daripada 7 orang dewasa di Malaysia menderita penyakit Diabetes! Jika seseorang itu menghidap diabetes saja, ia masih boleh diselamatkan lagi tetapi yang menyulitkan adalah mereka yang menghidap diabetes berisiko yang biasanya turut melibatkan komplikasi buah pinggang, jantung, strok, kebutaan dan kerosakan saraf!

Apakah punca sebenar penyakit Diabetes?

Menurut Profesor Srijit Das dari Jabatan Anatomi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), salah satu dari sebabnya ialah kurang mengambil antioksidan hingga boleh mengakibatkan peyakit diabetes, aterosklerosis dan darah tingg (hipertensi). Apa yang berlaku sebenarnya berkait rapat dengan stres oksidatif yang menghasilkan spesies oksigen reaktid (ROS). Spesies oksigen reaktif iaitu radikal bebas adalah produk sampingan proses metabolisme fungsi selular dan tindak balas biokimia tubuh.

Radikal Bebas

Apakah itu radikal bebas?

Radikal bebas ialah molekul yang kehilangan 1 elektron dan justeru itu, ianya tidak stabil. Untuk menstabilkan dirinya, radikal bebas mencuri elektron dari sel tubuh, lalu merosakkan sel tersebut dan mencetuskan satu rangkaian tindak balas di mana lebih banyak radikal bebas dibentuk.

Lama-kelamaan, sel-sel tubuh dan tisu yang rosak akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, katarak, kanser, artritis dan juga penuaan sebelum masa.

Bagaimana Antioksidan cegah diabetes?

Makanan Kaya Antioksidan

Antioksidan menukarkan radikal bebas kepada bahan buangan tidak berbahaya yang disingkirkan dari tubuh sebelum ia dapat menimbulkan masalah. Oleh itu, adalah penting bagi kita mengambil antioksidan daripada sumber organik dan semulajadi bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan memperbaiki kerosakan oksidatif yang menjadi punca penyakit-penyakit kronik termasuk penyakit diabetes.

4 sumber sayur-sayuran yang dipercayai kaya dengan antioksidan dan boleh diamalkan setiap hari ialah:

  1. Peria: membantu mengurangkan paras gula dalam darah dengan pantas
  2. Kunyit: mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  3. Daun kaduk: membantu mencegah sakit jantung dan osteoporosis serta masalah kolestrol yang tinggi
  4. Halia: bertindak sebagai agen penentang kanser

Namun, cara dan penyediaan makanan juga mempegaruhi jumlah antioksidan yang diterima oleh tubuh. Tambahan pula, kebolehan tubuh untuk membentuk antioksidan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Jadi, selain dari sumber sayur-sayuran yang boleh diambil sebagai ulam itu kita juga boleh mengambil suplemen organik sebagai meningkatkan antioksidan dalam badan.

Apakah suplemen organik yang sesuai?

Bagi saya, suplemen-suplemen organik dari produk Shaklee adalah yang terbaik yang pernah saya amalkan kerana ianya selamat, berkesan dan dalam had kemampuan orang biasa membeli.

  • Sustained Released Vitamin C (Vita C 500mg)
  • Vita E
  • Carotomax
  • Cinch Tea Mix
  • Peppermint Ginger
  • Garlic
  • Vivix

Jika anda berminat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk Shaklee, hubungi saya atau pengedar-pengedar lain di sini–> Pengedar Shaklee

Info ini membantu saya dan diharap membantu anda juga.

** Sumber: iSihat Oktober 2013

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen to Antioksidan Cegah Diabetes

  1. Nurul Fazreen Othman says:

    thanks for sharing info. Dulu time preggy ade diabetes. tp ms tu blom kenal shaklee. pasni ni dh tau la mcm mane nk avoid diabetic time preggy

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.