Azam Tahun 2015

Tahun 2015 membuka ruang yang luas di minda saya. Ruang untuk menjadi lebih positif dan yakin dengan kebolehan diri sendiri. Mungkin apa yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini mengajar diri saya secara individu untuk berjuang sebagai ‘Lone Ranger’. Saya mahu menjadi seorang wira tanpa perlu dikenali semua. Saya mahu menghulurkan bantuan yang diperlukan tanpa siapa tahu siapakah wira tersebut. Saya seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai dua orang anak dan sesungguhnya sangat terhad untuk saya menyertai kumpulan sukarelawan yang keluar membantu mereka yang memerlukan. Saya kagum dengan mereka yang bertungkus-lumus ke kawasan terbabit dan membantu apa yang termampu. Saya tak mampu menjadi seperti mereka..

volunteers

Maka buat pertama kalinya, saya senaraikan begitu banyak ‘To Do List’ sebagai azam tahun ini. Tidak malu saya katakan, saya langsung tidak ingat apakah azam saya di tahun 2014. Tahun lepas merupakan tahun tanpa rancangan bagi saya. Saya tidak ingat sebenarnya apakah target saya sepanjang tahun itu? Saya hanya mengikut arus kehidupan kerana taraf kehidupan saya waktu itu adalah terlalu ‘moderate’. Saya hanya bangkit mengubah haluan hidup saya pada bulan Julai 2014 dengan meletakkan jawatan untuk berhijrah ke syarikat lain bagi mengejar masa depan yang lebih mantap. Alhamdulillah.. Saya merasa kemanisan ‘out of comfort zone’ sekarang. Saya abaikan tawaran-tawaran hebat dari bekas majikan yang menjanjikan pelbagai bentuk ganjaran jika saya terus berkerja dengan mereka hanya kerana mahu tingkatkan kemahiran yang ada. Hasilnya? Saya kini sedang mengunci kelebihan-kelebihan yang saya ada sekarang untuk mencipta ‘Reen’ yang baru. Reen yang lebih positif dan gemilang! In shaa Allah.. Semoga diizinkan Allah SWT.

Azam Tahun 2015

Bisnes Shaklee saya pada sepanjang tahun lepas juga tidak semantap tahun 2013. Entah di mana silapnya saya waktu itu, saya seperti hilang haluan dan tidak berusaha lebih dari yang sepatutnya. Tidak seperti tahun sebelumnya, pencapaian bulanan saya sangat memberangsangkan. Saya akui, saya hilang keyakinan diri. Saya tidak fokus terhadap bisnes saya ketika itu kerana hilang motivasi. Apa yang saya pelajari dari kemerosotan pencapaian bisnes saya tahun lepas membantu saya untuk meningkatkan motivasi sendiri pada tahun ini. In shaa Allah.. Saya boleh nampak kehidupan yang lebih teratur dengan adanya senarai Azam Tahun 2015 ini.

azam tahun 2015

Buat pertama kalinya, saya senaraikan azam mengikut beberapa kategori iaitu:

  • Diri sendiri : Apa yang saya mahu untuk diri sendiri?
  • Anak-anak dan Suami : Apa yang saya mahu lakukan untuk anak-anak dan suami?
  • Bisnes : Apa yang saya mahu lakukan untuk bisnes Shaklee saya?
  • Mama dan Abah : Apa yang saya mahu lakukan untuk Mama dan Abah saya?
  • Ekonomi dan Kesihatan Apa yang saya mahu lakukan bagi meningkatkan ekonomi dan kesihatan keluarga?

Setiap senarai ini sangat penting bagi saya. Apa pun, dengan melihat senarai ini setiap malam sebelum tidur dan setiap kali bangun dari tidur, saya peroleh suatu semangat yang luar biasa. Saya menjadi ‘Reen Yang Baru’ setiap hari dan saya yakin, jika saya teruskan cara ini setiap hari sepanjang tahun ini, in shaa Allah saya bakal mencapai kesemua azam saya. Semoga berada dalam lindungan-Nya sentiasa. Semoga semua yang terbaik berlaku terhadap saya dan seisi keluarga saya. Amin3.. Ya Rabbal A’lamin..

Apa azam tahun 2015 anda?

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

 

MommaSihat

012-4020841

10 Response to Azam Tahun 2015

  1. nur razali says:

    Semoga Reen sentiasa success dlm apa jua yang Reen hajatkan 🙂

  2. Maizura says:

    Good Luck kak reen. Yakin boleh! I love you.

  3. Yana says:

    All the best Reen!! Semoga Allah permudahkan semua jalan Reen mencapai azam tersebut.. amin

  4. Auntie Kemai says:

    insyaALLAH moga berjaya Reen 🙂

  5. genkimomma says:

    Happy New Year 2015, Reen! 🙂

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.