Bagaimana Melawan PCOS?

Bagaimana Melawan PCOS?

Entri kali ini mendapat tempat di hati saya setelah memerhatikan semakin ramai kawan yang menghidap penyakit ini. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apakah ia dan kesannya ke atas wanita namun setelah menyertai Shaklee sebagai pengedar di Pulau Pinang, saya mula dihujani soalan demi soalan mengenai penyakit ini.

Apakah itu PCOS?

Bagaimana Melawan PCOS?

PCOS ini adalah singkatan bagi Polycystic Ovarian Syndrome iaitu masalah kesihatan yang berpunca dari ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone dalam tubuh wanita. Masalah ini juga menyebabkan pembesaran cyst di kawasan ovari yang turut mengganggu proses kesuburan wanita.

Melalui kajian penyelidik, PCOS ini sebenarnya lebih mudah menyerang mereka yang mempunyai faktor genetik atau keturunan. Jika ibu atau nenek pernah mengalami masalah cyst, kemungkinan keturunan ini untuk menghadapi masalah PCOS adalah tinggi.

Bagaimana Melawan PCOS?

Ini adalah soalan yang paling disukai. Bagaimana? Jawapannya ialah dengan menurunkan berat badan! Bagaimana berat badan boleh mempengaruhi masalah PCOS? Menurut kajian, berat badan yang berlebihan sebenarnya boleh mengganggu ketahanan insulin dalam badan. Kekurangan insulin ini kemudian menyebabkan peningkatan androgen yang turut mengganggu keseimbangan hormon estrogen dan progesterone dalam tubuh wanita.

Peningkatan androgen boleh dilihat dengan perubahan kepada akne, jerawat yang bernanah, bau badan yang tidak terkawal dan sebagainya. Secara halusnya, peningkatan androgen ini tidak lah sebahaya mana namun ianya menjejaskan keseimbangan hormon wanita yang juga berkemungkinan besar boleh menjejaskan sistem ovulasi pada ovari. Maka, untuk mengatasi masalah PCOS ini, penurunan berat badan memainkan peranan yang sangat penting! Turukan berat badan kepada berat badan ideal yang sesuai dengan tubuh anda.

** Sumber: Rancangan The Doctors di saluran 728

Cara Atasi PCOS

Atasi PCOS

  • Turunkan berat badan: Berat badan yang ideal membantu ketahanan insulin dalam badan daripada masalah peningkatan androgen.
  • Pemakanan yang seimbang: Pemakanan yang seimbang dan makan mengikut masa adalah paling penting. Tahukah anda, makan sarapan pagi membantu kesuburan wanita? Walaupun ianya tidak ada bukti kukuh setakat ini, namun ianya mungkin benar-benar membantu. Info lain
  • Diet dan Senaman yang menyihatkan badan: Seperti yang saya tekankan tadi, amalkan diet yang seimbang dan berkualiti bagi meningkatkan kesuburan. Sebagai alternatif lain, suplemen organik yang sesuai buat mereka yang menderita PCOS boleh diambil bagi membantu meningkatkan imun dan ketahanan insulin. Saranan saya, anda boleh mencuba GLA Complex bagi membantu menyeimbangkan hormon secara semulajadi, Zinc Complex bagi meningkatkan insulin secara semulajadi serta Vita-E sebagai anti-oksida yang membantu melawan radikal bebas supaya menurunkan kemungkinan PCOS untuk berulang.
  • Kaedah Rawatan: Anda juga boleh menjalani rawatan di mana-mana hospital bagi membantu menangani PCOS jika tidak mahu mencuba alternatif lain.
  • Berpuasa: Berpuasa adalah sebaik-baik cara anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih mudah di samping bersenam dan amalan pemakanan yang seimbang. Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan mereka yang mahu hamil untuk berpuasa. Saya juga yakin, berpuasa seperti saranan Rasulullah SAW itu sebenarnya membantu kesuburan wanita dan lelaki di samping membantu tubuh menjadi lebih sihat.

Harap entri ini membantu anda di luar sana yang mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah PCOS ini. Anda juga boleh dapatkan info lanjut melalui laman web The Doctor’s di bawah:

Bagaimana Melawan PCOS?

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.