Bahayakah Keputihan Ketika Hamil?

Wanita secara umumnya mengetahui apakah yang dipanggil keputihan. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa masalah keputihan ini boleh juga dialami oleh wanita yang sedang hamil. Entri kali ini saya ingin kongsikan info mengenai punca keputihan ketika hamil dan yang paling penting, bahayakah keputihan ketika hamil?

Keputihan ketika hamil, apakah puncanya?

bahaya keputihan ketika hamil

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam (pantyliner) beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. (Info dari : BabyCenter)

Bahayakah keputihan ketika hamil?

Menurut beberapa info yang diperoleh dari majalah kesihatan, keputihan ketika hamil adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan selagi ianya tidak menunjukkan ciri-ciri jangkitan faraj yang serius. Jika anda mengalami masalah lelehan cecair yang agak luar biasa pada faraj, anda dinasihatkan bertemu doktor untuk menerima rawatan. Namun, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan di rumah seperti yang dikongsikan oleh BabyCenter ini:

  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat.
  • Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung dari hadapan ke belakang selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Apakah suplemen terbaik mengurangkan masalah keputihan ketika hamil?

Garlic Complex

Garlic Complex adalah suplemen yang sesuai disarankan buat ibu-ibu hamil yang mengalami masalah keputihan ini. Ianya antibiotik semulajadi yang membantu memusnahkan bakteria keputihan. Setiap tablet Garlic Complex ini mengandungi 500mg ekstrak bawang putih tulin yang menyamai 1 ulas bawang putih segar. Ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Ibu hamil boleh amalkan 1-2 biji tablet setiap hari selepas sarapan bergantung kepada individu. Pengambilannya in shaa Allah selamat untuk ibu hamil dan bayi yang dikandung. Namun, anda boleh juga dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan yang lain sebagai langkah selamat.

 

MommaSihat.Net

SMS | Whatsapp: 012-4020841

Pengedar Shaklee di Jawi, Nibong Tebal, Sungai Bakap dan sekitarnya.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.