Bengkak Susu | Jangan Minum ESP!

Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah penyusuan yang dengan erti kata lain susu sangat mencukupi untuk si kecil anda, maka jangan cuba-cuba untuk mengambil ESP. Ini pesan kawan saya yang sedang dalam tempoh berpantang sekarang. Beliau baru sahaja beberapa hari bersalin dan Alhamdulillah, Allah berikan kelebihan kepada si kecil yang sentiasa mendapat susu yang mencukupi. Beliau tidak mempunyai keberanian mengambil ESP kerana pernah berpengalaman terjadi bengkak susu gara-gara ESP.

Bengkak susu gara-gara ESP?

Ya.. Saya mempunyai beberapa cerita dan pengalaman sendiri serta ibu-ibu yang mengamalkan ESP ketika berpantang. Ada yang mengambil ESP dengan tujuan untuk turunkan berat badan lebih cepat. Ada yang mengambil ESP kerana mahukan kulit lebih cerah bila balik bekerja dan ada juga yang mengambil ESP kerana mengalami masalah susu tidak mencukupi di awal berpantang, seperti saya.

Alhamdulillah.. Setelah sehari bersalin, saya mula mengambil ESP sebagai keperluan tenaga dan memperbanyakkan susu badan untuk anak kedua saya. Namun, masuk hari keempat badan saya menggigil secara tiba-tiba pagi itu. Tidak mungkin disebabkan kesejukan kerana waktu itu kemarau melanda Pulau Pinang. Nurse yang datang melawat mengesahkan saya demam panas. Beliau kemudiannya menegur baju saya yang kebasahan di luar pengetahuan saya.

” Kak.. Akak kena bengkak susu ni.. Sebab tu demam..”

Saya cepat-cepat tunduk memandang ke baju. Ya lah.. Entah bila masa merembes keluar ni.. Padahal baru saja Akhtar Iqbal minum..

Itu cerita saya yang baru saya ingat setelah terbaca cerita kawan-kawan di dalam group Telegram tadi. Saya terlupa saya pernah kena bengkak susu. Dan yang sebetulnya, saya tak tahu itu gara-gara ESP. (Sabar je la..)

Menurut kawan-kawan yang mengamalkan ESP ketika awal-awal berpantang, proses menyusu menjadi lebih mudah dan tidak memenatkan. Disebabkan itu, ada juga yang rela mengalami bengkak susu seketika tetapi teruja dengan hasil susu yang lebih pekat dan banyak. Alhamdulillah.. Allah SWT izinkan saya merasa nikmat itu ketika menyusukan anak kedua saya itu.

ESP juga sebenarnya membantu si ibu rasa lebih kenyang kerana penyusuan yang kerap sebenarnya turut menyebabkan si ibu rasa lebih cepat lapar. Bagi mereka yang mengalami masalah susu badan sedikit, anda boleh cuba Set Penyusuan Premium yang mengandungi ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C.

Tips atasi bengkak susu (pengalaman sendiri)

  • Kerapkan penyusuan. Kalau si kecil anda kenyang sehingga tak larat menyusu, mungkin anda perlu mengepam susu itu keluar supaya tidak terkumpul dan menyebabkan bengkak susu
  • Kalau terlalu bengkak sehingga sukar untuk anda pam, boleh tuam dengan tuala panas untuk melegakan bengkak dan memudahkan susu keluar
  • Amalkan Lecithin bagi mengurangkan bengkak susu menjadi lebih serius. (sesuai untuk mereka yang terlampau kerap mengalami masalah bengkak susu)

Diharap perkongsian ini membantu anda ketika penyusuan sedang berlangsung. Haih.. Rindu pula nak berpantang lagi..

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.