Cabar Diri

Cabar Diri

Car Bonus Shaklee : Elaun Bulanan

Car Bonus Shaklee : Elaun Bulanan

Selama hampir 2 tahun (Julai 2014- genap 2 tahun menjadi ahli) saya berkecimpung dengan perniagaan Shaklee ini, saya layak digelar usahawan walaupun hanya berniaga secara sambil-sambilan. Alhamdulillah.. Bisnes ini berjaya membuka mata saya bahawa berkerja sendiri adalah yang terbaik untuk saya luangkan masa bersama keluarga dengan lebih baik. Kita adalah Bos kepada perniagaan kita. Kalau usaha lebih, adalah pendapatan. Kalau tiada usaha, tiadalah pendapatan. Namun, kita kena percaya dengan Yang Esa walau apa juga rintangannya. Setiap usaha kita akan membuahkan hasil suatu hari nanti. In shaa Allah.

Entri kali ini berkenaan saya, bisnes dan bidang kerja saya. Dahulu, tidak pernah sebenarnya terlintas yang saya kini adalah Jurutera Elektrik. Saya paling tak suka subjek ‘Electrical’ dan lebih sukakan ‘Software’. Namun, rezeki saya lebih kepada bidang yang saya tak pernah suka ini. Kini, saya terlibat pula dengan perniagaan yang saya tak pernah arif pun. Apatah lagi terlibat dengan perniagaan MLM sebegini. Tapi, Allah bukakan hati saya untuk berubah menjadi muslimah yang cintakan perniagaan dan menjadi Bos kepada syarikat saya sendiri.

Setiap perjalanan hidup itu sebenarnya sudah tersedia ada, hanya kita perlu mencorakkan kehidupan itu. Baik buruknya sesuatu pilihan itu kesemuanya mempunyai hikmah tersendiri. Kita sebagai manusia harus redha, usaha dan tawakkal. In shaa Allah Berjaya juga tapi dengan syarat, keyakinan perlu ada! Bulan ini saya cabar diri saya untuk jadi lebih baik. Saya nak bantu lebih ramai ahli baru yang mahu mengubah hidup mereka. Saya nak bantu lebih ramai orang di luar yang sedang mencari perniagaan yang bakal membawa mereka menjadi seorang jutawan.

Berniaga dengan Shaklee tidak seperti perniagaan MLM yang lain yang wajib menaja ramai orang untuk dapatkan lebih bonus. Ya. Memang betul menaja lebih ramai orang, akan membantu anda membesarkan empayar dan meningkatkan kemungkinan untuk anda berjaya dengan lebih cepat. Namun, kami mementingkan kualiti sebagai seorang jutawan yang juga ‘nutrition consultant’. Kami pentingkan strategi memberikan konsultasi yang lebih berkesan berbanding hanya menjual dan menjadi penaja tanpa ilmu. Untuk berjaya dalam bisnes MLM, duplikasi adalah penting. ‘Downlines’ perlu ‘duplicate’ ‘upline’ masing-masing. Tiru apa yang ‘upline’ anda buat.

Betul kata kawan saya. Nak berniaga ni kena hati kering. Tak boleh rasa ‘down’. Minda kena sentiasa positif. Kena sentiasa fikirkan yang prospek dan pembeli sentiasa ada untuk kita. Hanya tinggal kita usaha untuk menarik lebih ramai prospek dan pembeli untuk mendekati kita. Perkhidmatan, konsultasi, layanan dan kejujuran dalam berniaga sememangnya membantu. Selebihnya, ‘Be Youself’! Yakin bahawa anda salah seorang usahawan yang berjaya daripada orang lain yang belum keluar dari Zon Selesa. Siapa yang sanggup abaikan masa tidur untuk update blog dan fan page setiap hari? Siapa yang sanggup berkejar-kejaran ke pejabat pos mengepos barang? Siapa yang sanggup tidur 3 jam sehari untuk Berjaya? Kesemuanya terletak pada diri masing-masing. Cabar diri sendiri untuk Berjaya. Itu yang saya mahu mulakan bulan ini. In shaa Allah..

Berkenaan dengan cabaran bulan ini, saya cabar diri saya untuk mulakan proses mengejar ‘Car Bonus’ sebagai menambahkan satu lagi ‘benefit’ yang saya ada sekarang. In shaa Allah, usaha tangga kejayaan. Semoga Allah merestui usaha dan cabaran saya bulan ini. Siapa lagi nak cabar diri dengan bisnes Shaklee dan keluar dari Zon Selesa?

 

MommaSihat.Net

SMS | Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.