Cara Atasi Gegata atau Sopak Garam

Ingat tak janji saya semalam? Saya ada nyatakan hasrat untuk kongsikan ilmu yang saya peroleh tempoh hari akibat alergi yang menyebabkan saya ditahan wad beberapa hari itu. Entri kali ini ialah petua atau cara atasi gegata atau sopak garam untuk panduan kawan-kawan.

Cara atasi gegata atau sopak garam

Apa itu gegata? Ianya juga disebutkan sebagai Hives atau Urticaria dari segi perubatan yang merujuk kepada sejenis alergi. Namun, alergi yang saya hadapi tempoh hari bukan lah alergi biasa kerana ianya menyebabkan saluran pernafasan saya seakan tersumbat, sekaligus mengganggu degupan jantung serta otak yang tidak cukup oksigen sehingga saya pengsan tidak sedarkan diri.

Ok. Berbalik kepada perkongsian yang saya katakan tadi. Berikut ialah beberapa petua untuk kita amalkan jika mengalami gegata atau sopak garam.

Petua atasi gegata atau sopak garam:

Jika anda mengalami masalah gegata atau sopak garam, mungkin anda boleh cuba petua di bawah:

  • Cairkan bedak sejuk bersama-sama 1 sudu garam dan sedikit air suam. Gaulkan dan sapu ke bahagian yang gatal. Rasanya agak pedih sedikit tetapi miang dan gatal akan berkurangan ATAU
  • Cuba menggunakan air suam yang dicampur dengan sedikit garam ke bahagian yang terkena gegata ATAU
  • Sapukan Vicks banyak-banyak pada bahagian yang terkena alergi itu untuk mengurangkan rasa gatal ATAU
  • Spray perfume beralkohol kepada bahagian yang terkena gegata. Namun, saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan cara ini.

Menurut pakar kesihatan, ianya boleh terjadi akibat alergi terhadap sesuatu makanan atau persekitaran. Namun, alergi yang biasa tidak akan menyebabkan pernafasan terganggu. Ianya juga mudah berlaku jika antibodi seseorang tidak kuat melawan bakteria tersebut.

Bagi sesetengah yang sering mengalami masalah gegata ini, ianya mungkin menyukarkan anda untuk melakukan aktiviti harian. Maka cara paling mudah ialah mendapatkan suplemen bagi meningkatkan antibodi melawan alergi. Bagi saya, ada dua suplemen yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur iaitu Nutriferon dan juga Sustained Released Vita C (Vita C 500mg). Kedua-dua suplemen ini membantu anda melawan radang dan mengurangkan simptom radang dengan lebih baik tanpa beergantung kepada ubat-ubatan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi saya untuk sebarang info.

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.