Cara Berpuasa Bagi Ibu Hamil

Cara Berpuasa Bagi Ibu Hamil

Cara Berpuasa Bagi Ibu HamilPengalaman hamil di hujung Ramadhan berlaku kepada saya ketika mengandungkan anak sulung saya, Rafiq. Kebetulan waktu itu saya kurang sihat dan baru saja sembuh dari demam. Tapi, entah kenapa hidung saya tidak boleh tercium bau yang kurang menyenangkan. Rasa seperti nak muntah. Saya tahu, waktu itu saya masih belum didatangi haid. Tapi, hati saya cuba tidak memberikan apa-apa harapan kerana telah serik tertipu dengan kelewatan haid saya sebelum itu. Sepanjang seminggu sebelum puasa berakhir, saya mengalami rasa mual dan tidak mempunyai selera makan. Boleh bayangkan tak loya-loya tekak sepanjang berpuasa? Apa pun, puasa perlu juga diteruskan kerana membayangkan peritnya mengganti puasa nanti.

Ok. Berbalik kepada tajuk entri kita kali ini iaitu ‘Cara Berpuasa Bagi Ibu Hamil’, sebenarnya tiada cara khusus untuk kita amalkan. Tetapi diharap tips berpuasa untuk ibu mengandung ini membantu ramai ibu-ibu hamil di luar sana menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

 

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:

  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat

Minum Kopi

Wanita hamil dan tabiat minum kopi

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

** Sumber diambil daripada BabyCenter: Cara berpuasa bagi ibu hamil

Apakah suplemen yang boleh diambil bagi ibu hamil sepanjang berpuasa?

Suplemen yang sesuai diambil ibu-ibu hamil

Suplemen yang sesuai diambil ibu-ibu hamil

Saya sarankan Set Ibu Mengandung yang membantu ibu hamil supaya kekal cergas sepanjang tempoh berpuasa. Set ini lengkap dengan pelbagai nutrien yang membantu anda kekalkan stamina serta membantu si kecil anda dapatkan nutrien yang mencukupi walaupun anda berpuasa. Bagi anda yang khuatir akan kesihatan bayi waktu ini, jangan bimbang. Berpuasa tidak memudaratkan bayi dalam kandungan selagi anda makan di antara waktu berbuka sehingga waktu sahur. Namun, jika anda tidak yakin dan risau akan kesihatan bayi dalam kandungan, anda dibolehkan untuk tidak berpuasa.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

 
MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.