Cara Makan Alfalfa dengan Betul

Cara makan Alfalfa dengan betul ni adalah topik yang nampak mudah tetapi sangat penting untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan mengenaiΒ tips dan cara pemakanan Alfalfa dengan betul. Tips ini membantu ramai kawan di luar sana yang mengamalkan suplemen Shaklee tanpa mendapatkan nasihat dan cara pemakanan melalui pengedar-pengedar berdaftar Shaklee. Setiap suplemen akan diletakkan maksimum pengambilan pada setiap botol produk. Namun, ia sebenarnya boleh diambil mengikut keperluan individu terbabit.

Alfalfa Complex

Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai cara pemakanan Alfalfa dengan betul, elok saya terangkan dahulu sifat Alfalfa Complex ini. Alfalfa Complex ini membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol kerana kandungan Saponin terdapat di dalamnya iaitu span yang bertindak seperti serat yang menyerap kolestrol jahat untuk disingkirkan dari tubuh. Namun, ianya juga boleh memekatkan darah. Maka, adalah penting untuk kawan-kawan tahu bahawa kesan pengambilan Alfalfa Complex terhadap setiap individu adalah berbeza.

Cara Makan Alfalfa dengan Betul

Jika anda mahu amalkan Alfalfa Complex buat pertama kalinya, sila pastikan anda mengambil hanya 1-2 biji tablet sahaja untuk beberapa hari bagi menyesuaikan tubuh anda dengan nutrisi ini. Ada yang mengalami masalah pening-pening lalat buat seketika setelah pengambilan Alfalfa Complex. Namun, ada juga yang tidak alami apa-apa kesan setelah mengambillnya. Jika anda sudah rasa selesa dengan jumlah tersebut, anda boleh tingkatkan hingga 4 atau 6 biji tablet sehari bagi membantu anda dapatkan khasiat serat yang baik dari Alfalfa Complex.

Kadar maksimum atau optimum Alfalfa Complex ialah 10 biji tablet setiap hari namun, saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee tidak menggalakkan anda mengambil pada kadar maksimum sekaligus, bergantung kepada masalah kesihatan anda. Jika anda mengalami masalah keputihan biasa, 2-4 biji sehari adalah memadai. Namun, ada juga yang akan saya sarankan 6-8 biji setiap hari berdasarkan cara hidup individu tersebut. Ianya bergantung kepada keperluan individu terbabit dan seperti yang saya katakan tadi, setiap individu mempunyai kesan yang berbeza. Sila dapatkan nasihat pengedar-pengedar anda untuk keterangan lanjut.

Kesimpulannya:

Mulakan pengambilan Alfalfa Complex pada kadar yang minimum iaitu 1 biji hingga 2 biji sehari sebelum anda tingkatkan pengambilan untuk hari-hari berikutnya.

Diharap tips ini membantu kawan-kawan di luar sana.

MommaSihat
012-4020841

17 Response to Cara Makan Alfalfa dengan Betul

  1. genkimomma says:

    Kalau betul cara makan Alfalfa nie, memang akan buat badan rasa BEST je! Tenkiu Reen! πŸ™‚
    genkimomma recently posted…3 Golongan Tak Boleh Makan AlfalfaMy Profile

    • mommasihat says:

      betul arnie. Alfalfa ni sebenarnya banyak manfaat cuma ramai yang ambik mudah cara makan. dieang main hentam je tanpa merujuk kepada pengedar bertauliah.

  2. nur razali says:

    masa nur mula2 consume alfalfa ni dos minimum je x berani makan 10 bji sekaligus sbb kita sndiri tau kan keperluan nutrisi bdn..sekarang Alhamdulillah ambik 10 biji steady je rasa badan nie πŸ™‚
    nur razali recently posted…Berlibur di Taman Tema Gold Coast MoribMy Profile

  3. auntiekemai says:

    bagus artikel ni..saya pula mmg tak pernah makan alfalfa sampai max 10biji. Paling banyak pon 2biji pagi dan 2 biji malam ..so takat 4 biji shj. lagi pon sebab tiada masalah penghadaman dan kekadang lupa minum air kosong yg cukup jadi saya mkn alfalfa berpada pada πŸ˜‰
    auntiekemai recently posted…Anak Obesiti Salah Siapa? | MealShakes Bantu Anak SihatMy Profile

    • mommasihat says:

      wow..! time kasih aunteikemai atas feedback anda. makan berpada-pada la yang terbaik sebenarnya melainkan kalau betul-betul perlukan kuantiti tersebut berdasarkan masalah yang dialami.

  4. Siti says:

    Nak tanya untuk masalah kentut vagina makan berapa biji. Tq

    • mommasihat says:

      Macam yang saya kongsikan sebelum ini. Pastikan pengambilan dalam kuantiti minimum dahulu sehingga rasa stabil. Kemudian up kan pengambilan. Untuk masalah itu, juga depends kepada individu. Mungkin 6-8 biji memadai.

    • mommasihat says:

      Pemakanan sebenarnya mengikut keperluan individu. Mulakan dengan seminimum mungkin untuk pastikan penerimaan badan dengan Alfalfa Complex. Kalau kurang berkesan, dinasihatkan 6-10 biji sehari.

  5. Julie says:

    Wow..tq for sharing.bru sy tau..pttla sy pening n headache..mgkn mkn 10biji dlm shari..tp sy ambik slang bbpa jam stiap dua biji.

    • mommasihat says:

      Cara pengambilan setiap orang adalah berbeza. Mungkin kita makan 2 biji dah ok, tapi sesetengah orang perlukan 6-8 biji baru ok. Jadi pada awal pengambilan, saya cadangkan ambil 2 biji sehari sahaja. Bila dah ok, baru up kan pengambilan. πŸ™‚

    • mommasihat says:

      Setiap suplemen yang kita makan, perlu diambil dalam kadar minimum dahulu untuk membuatkan tubuh serasi dengan suplemen. Harap tips membantu.

  6. Aniza says:

    Kalau ibu menyusu, mcm mana cara pengambilan yee. Tk

    • mommasihat says:

      Untuk ibu menyusu, sama jugak. Mulakan pengambilan dengan jumlah yang minimum sebelum diteruskan mengikut keperluan individu.

  7. wani says:

    MashaAllah, sy bru nak makan, tgk botol 10bji.. sy pon telan 10bji sekali gus…

    • mommasihat says:

      Sis, apa pun suplemen yang kita makan sebaiknya jangan makan kesemuanya sekaligus. Baik biasakan dulu suplemen dengan badan kita. Baru amalkan mengikut panduan dari consultant atau dari produk itu sendiri. Harap membantu. πŸ™‚

  8. iman says:

    dan telan 10biji bru baca aku pon.. 🀣🀣🀣🀣

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.