Cerita Saya dan Umrah

Buat pertama kalinya, jari-jemari saya ini terasa kaku bila ternampak perkataan ‘Umrah’ ini. Apa yang saya nak ceritakan? Apa yang saya nak kongsikan? Apa pula cerita saya dan umrah kali ini? Hati terasa kosong tiba-tiba. Kosong kerana tidak pernah sekali pun saya merasa pengalaman menunaikan umrah di Mekah. Apa lagi melancong ke negara-negara lain. Saya rasa saya seorang saja ‘engineer’ di kilang ini yang belum mempunyai passport lagi. Selama hampir 6 tahun bekerja di Big M, belum pernah sekali pun berpeluang menyertai ‘business trip’ ke US.

Nasib saya.. Nama saya mungkin tercalon untuk tahun ini atau tahun depan ketika projek baru masuk ke Big M. Tetapi saya telah pun beralih arah ke Big H pula dan in shaa Allah, bidang kerja saya kali ini menuntut saya ke US lebih kerap tak lama lagi. Berbalik kepada cerita saya dan umrah yang tidak tahu saya gambarkan ini, niat saya untuk tunaikan umrah betul-betul bermula pada tahun 2013. Waktu itu, hati betul-betul terasa mahu ke Mekah. Namun percaya tak kawan-kawan, walau setinggi mana pun gaji saya, walau sebanyak mana pun masa yang ada, saya masih belum mampu untuk ke Mekah.

Kenapa? Ketika jari-jemari ini menaip, saya seperti dapat kesan apa sebenarnya yang berlaku kepada saya serta kawan-kawan yang masih belum dapat ke Mekah walau pelbagai perancangan telah dibuat. Mungkin Allah SWT sedang menguji sekuat mana usaha dan hajat saya untuk ke Mekah? Mungkin juga Allah SWT memilih siapakah yang layak untuk dijemput ke ‘rumah’-Nya? Wallahua’lam.. Namun jauh di sudut hati saya mengatakan, saya yakin saya akan ke sana beberapa kali untuk mencium Hajarul Aswad atau setidak-tidaknya pernah berada di bumi Mekah sebelum saya menghembuskan nafas terakhir. Walau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti. Mungkin tahun ini? Atau mungkin tahun depan? Semoga Allah memilih saya secepat yang boleh untuk ke sana. Amin Amin Amin Ya Rabbal’Alamin..

Pakej Impian Umrah Saya?

Dulu ketika beria-ia sangat nak ke Mekah, saya impikan Umrah Ziarah Jordan – Mekah. Teringin sangat untuk berada di bumi Jordan tapi entah lah.. Sejak tahun lepas, impian saya seperti terkubur pula. Cuma bilamana hari ini saya terbaca tajuk Umrah untuk entri blog hari ini, tiba-tiba saya rasa seperti bersemangat semula. Saya belek-belek gambar kawan-kawan Shaklee yang sudahpun menjejakkan kaki di Mekah dan Dubai tahun lepas. Allahuakbar… Rindunya saya dengan perasaan ini.. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya tidak berpaling lagi. Saya perlu kuat berusaha untuk capai impian saya ini in shaa Allah.. Ingin merasa menerima pahala sehebat mungkin bila berjemaah di Masjid Nabawi.

Bagi mereka yang tidak tahu, pihak Shaklee sebenarnya menawarkan Pakej Umrah bertaraf 5 bintang untuk ahli-ahli yang telah berusaha dan layak menerima ‘reward’ ini setelah berhempas-pulas dalam bisnes. Kesemuanya ditanggung oleh pihak Shaklee bermula dari tempat penginapan, penerbangan, ‘cash money’ untuk membeli belah dan macam-macam lagi. Hotel yang disediakan pula mewah dan sungguh selesa. Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar di bawah yang saya ambil dari Master Norita Idris, pemilik blog anakkuwiraku.com.

    

Menarik kan? Saya teruja sekarang. Ada hikmah rupanya saya tuliskan entri mengenai Umrah ini. In shaa Allah.. Jika ada peluang kali ini, saya pasti rebut! Ini cerita saya dan Umrah. Cerita anda pula bagaimana?

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

4 Response to Cerita Saya dan Umrah

  1. Maizura says:

    Jom kita berselawat dengan Barakat Makkiyyah, moga kita layak berjumpa Rasulullah S.A.W.

    Bab melancong tu..kan PM galakkan melancong dalam negara? Hehe.. kat Sabah tu kan cantik…bertuah kak reen selalu dapat ke Sabah. heee.
    Maizura recently posted…Ada Apa Dalam Almari? Cerita SeramMy Profile

    • mommasihat says:

      haha… tak salah melancong dalam negara. cuma teringin nak melancong ke luar negara, tengok budaya org luar.. tengok kecantikan negara luar.. rasa sendiri cuaca selain cuaca tropika mcm kita..

  2. muni mahmud says:

    InsyaAllah reen, pasti ada rezeki kita semua menjadi tetamu Allah…

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.