Cerita Saya dan Zumba..

Lain dari entri saya sebelum ini, kali ini saya mahu kongsikan sedikit cerita saya dan zumba. Bunyinya macam agak kelakar tetapi bagi orang yang terdesak seperti saya, ianya bukan satu benda yang kelakar. Umum mengetahui, peningkatan usia boleh memperlahankan kadar metabolisme dalam badan kita. Saya terlupa umur saya kini seiring dengan usia anak-anak saya. Semakin mereka membesar, semakin tua sebenarnya usia saya tanpa saya sedari. Namun, kegagalan saya mengawal selera makan boleh saya katakan masih lagi menjadi masalah utama saya hingga ke hari ini.

Young-lady-Over-eating

 

Saya makan bukan kerana lapar. Tetapi kerana unsur ‘balas dendam’ yang memang terdapat dalam diri ini. Saya bukan datang dari golongan berada. Mama dan Abah saya menjaga kami dengan hidup serba sederhana. Namun ketika itu, ianya bukan suatu perkara yang menyedihkan kerana kami bahagia. Bahagia dengan cara hidup yang begitu. Susah bersama, senang juga bersama. Mama saya seorang yang aktif. Begitu juga Abah. Masih segar di ingatan, setiap kali pulang dari sekolah petang waktu itu kami sekeluarga akan beriadah bersama.

Berbalik kepada unsur balas dendam yang saya katakan tadi, disebabkan saya memang diajar dari kecil untuk makan apa saja yang terhidang sebagai tanda menghargai masakan Mama, saya memang terbiasa untuk ‘menyayangi’ makanan. Saya juga cuba untuk tidak membazirkan sisa-sisa makanan yang ada. Tapi pada waktu itu saya tidak mengalami masalah berat badan sehingga lah tahun ini. Genap 2 Oktober tempoh hari, saya kini berusia 33 tahun. Cukup untuk saya menyedari bahawa sistem metabolisme saya semakin lemah dan perlahan. Lemak yang terkumpul tidak banyak yang dapat dibuang selagi saya amalkan cara hidup tidak aktif ini.

Setiap hari, rutin harian saya ialah ke tempat kerja, pulang dari tempat kerja, uruskan makan minum suami dan anak-anak, mengemas rumah serta menguruskan perniagaan online saya. Saya jarang luangkan sedikit masa untuk kesihatan dan kecantikan diri sendiri. Tanpa sedar, perlahan-lahan bentuk badan saya melebar. Perut juga tidak sekempis dulu. Malah pinggang yang ramping dahulu tidak lagi menjadi kebanggaan saya.

Cerita saya dan zumba

Secara jujurnya, saya sedih dengan keadaan saya ini. Suplemen yang saya amalkan sekarang memang membantu tetapi dengan mengharapkan 100% bantuan hanya daripada suplemen tidak akan bawa saya ke mana pun. Maka, saya bulatkan hati untuk mengubah diri saya. Saya perlu berusaha untuk dapatkan semula bentuk badan saya dahulu. Boleh ke? Mesti boleh! Mesti dibolehkan juga kerana rasa tercabar dengan suami saya yang kini sedang berusaha mendapatkan semula bentuk badannya juga. Saya nampak kegigihannya dan hasilnya semakin jelas. Tapi saya? Saya masih lagi menyumbat apa saja yang saya nampak kerana otak saya memberi alasan kepada saya,

” Tak pe Reen.. Kau tak pernah merasa makan ni. Dari dulu lagi kau teringin tapi masa tu kau tak cukup duit.. Sekarang kau dah ada duit, makan saja apa yang kau suka. Makan saja apa yang kau teringin. Nanti kita diet la balik. Shaklee kan ada..”

cerita saya dan zumba

Nampak tak unsur ‘dendam’ di situ? Ya.. Memang Shaklee ada tapi sampai bila? Maka tidak semena-mena, terjebaklah saya dengan aktiviti zumba itu. Secara tidak sengaja, Mama saya mendapat tiket percuma untuk menyertai zumba di sebuah gym berdekatan dengan rumah kami. Terus-terang, saya tidak pernah menyertai apa jenis aerobik pun apatah lagi zumba. Terkejut saya bukan kepalang. Badan saya juga mengalami kejutan. Malam itu, segala urat-sendi saya terasa sakit dan ngilu. Pergerakan zumba sangat aktif dan melibatkan pergerakan kaki, badan, pinggul dan semua anggota badan saya.

Bangun pagi keesokannya, memang badan terasa bisa-bisa. Lenguh segala sendi tapi sebaliknya saya rasa lebih aktif. Pesanan saya, jika anda nak cuba hilangkan lenguh-lenguh sendi itu secara organik, anda boleh bersiap-sedia dengan 2 biji B-Complex selepas sarapan. In shaa Allah dengan izin Allah, bisa-bisa sakit sendi itu akan berkurangan.

Cemburu dengan Mama

Tapi hati saya sedikit cemburu dengan Mama. Dengan usianya yang semakin mencecah 60 tahun itu, beliau masih aktif mengikuti pergerakan ‘instructor’ yang lincah itu. Saya akui, stamina Mama sangat kuat tapi itu bukanlah suatu perkara yang pelik bagi saya kerana Mama memang seorang yang aktif. Saya rasa tercabar kerana umur saya berpuluh tahun lebih muda dari Mama tapi mudah hilang stamina. Jadi, saya tekad untuk kembali aktif seperti zaman remaja dahulu serta mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan semula bentuk badan saya yang dulu. Tambahan pula, saya dapati aktiviti zumba ini mampu membantu saya dan wanita-wanita lain dapatkan semula bentuk tubuh kerana pergerakannya adalah sungguh menyeluruh.

Sejak hari itu, saya kuatkan semangat untuk lebih aktif dalam melakukan senaman di samping mengamalkan menu diet seperti suami saya yang turut mengambil Omega Guard, Cinch Shake Mix, ESP dan Herb-Lax. Bagi lelaki, jika mereka kuat semangat seperti suami saya, saya yakin penurunan berat badan adalah sangat cepat. Saya sendiri kagum dengan keadaan fizikal suami saya sekarang. Gambarnya akan saya kepilkan di dalam entri selanjutnya nanti in shaa Allah. Mungkin boleh dijadikan galakan untuk kawan-kawan lain mengamalkan diet sihat bersama Shaklee. Bagi saya sendiri setelah melihat testimoni suami sendiri, Senaman + Shaklee memang menjadi!

 

MommaSihat
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.