Cerita Saya..

Cerita Saya..

Termenung saya sendirian pagi itu. Pandangan saya kosong. Tiada perasaan sebenarnya ketika itu. Sayup-sayup kedengaran suara anak-anak saya bermain di bilik. Perlahan-lahan saya hembuskan nafas. Lemah..

Kenapa aku jadi macam ni?

Kenapa aku jadi sedih macam ni?

Saya berlalu ke bilik untuk mengintai anak-anak saya bermain. Tersenyum sekejap memerhatikan si abang yang sedang mengajar si adik mewarnakan kartun ‘Spiderman’ yang diminatinya. Anak-anak saya bahagia dengan cara mereka. Saya cemburu. Kenapa saya tidak sebahagia mereka? Kenapa perlu saya berasa sedih begini?

Saya ambil telefon bimbit yang masih lagi berbunyi gara-gara ‘group’ WhatsApp saya yang sangat aktif. Saya baca satu per satu mesej yang terpapar. Sudah beberapa lama saya menjadi pembaca senyap di situ. Kawan-kawan seangkatan saya ini saling memberi pendapat, memberi perangsang serta membantu antara satu sama lain dalam berniaga. Kalau lah saya ceritakan masalah saya di situ, fahamkah mereka? Kalau lah saya mengadu di situ. jengkelkah mereka?

Maka saya putuskan untuk pendamkan masalah itu. Saya buka pula mesej yang baru semalam saya terima dari seseorang. Antara perbualan kami semalam:

” Hi Samantha. Reen here. I don’t receives my salary yet. Any problem occurs during clearance?”

” According to payroll, your pay is hold. This is because,they had captured your full month salary but your resignation came in after payroll cutoff and your salary is until 26 Aug. I tried to call your mobile but could not reach you. Your pay will be release in September.”

” On Sept? Means I will receives on Sept 26th?”

” by Mot payroll date and 27th Sept”

Buntu. Betul-betul saya buntu. Saya tak tahu nak salahkan siapa. Salah saya mungkin. Entah.. Saya semak kalendar dan berkira-kira sendiri. Dalam sebulan lebih ini, saya tidak punya gaji. Tidak ada langsung untuk bayar hutang bank. Tidak ada langsung untuk bayar yuran taska anak-anak. Tidak ada langsung untuk berulang kerja ke tempat baru. Saya tarik nafas. Kemudian, sengaja dihembuskan panjang.

Saya mesej suami yang sedang berada di luar waktu itu. Dengan tenang, beliau pujuk saya dengan mengatakan beliau boleh membantu. Tak perlu risau katanya. Saya terdiam. Suami saya memang lah akan membantu tapi setakat mana lah yang mampu dihulurkan kerana pendapatan itu juga lah perlu digunakan untuk menyara saya dan anak-anak. Pendapatan itu jugalah yang diperlukan untuk membayar elektrik, air dan perbelanjaan isi rumah.

Tiba-tiba, saya terpandangkan nombor 14 pada kalendar itu. Hati saya perlahan-lahan lega. Alhamdulillah… Berkat hasil perniagaan yang tak seberapa bulan lepas kerana atas kesibukan urusan kerja, beban perasaan saya telah berkurangan. Pendapatan perniagaan Shaklee saya bakal membantu saya lagi bulan ini. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT.

Ini cerita saya dengan bisnes Shaklee yang saya jadikan sebagai pendapatan tambahan saya. Jujur saya katakan, perniagaan ini membantu saya menyimpan wang untuk kegunaan akan datang. Cerita anda pula bagaimana?

 

MommaSihat

012-4020841

11 Response to Cerita Saya..

  1. genkimomma says:

    Kami sentiasa ada untuk mu Reen, tak pernah lupa… Cheers! 😉

  2. dhiyavitamins says:

    Kak Reen, Shaklee sedikit sebanyak membantu pendapatan Nad setiap bulan.. Walaupun Shaklee hanya Part Time, sebab Nad pun bekerja. Syukur Alhamdulillah hasil Part Time Shaklee tidak menghampakan .. 🙂

    • mommasihat says:

      Betul tu Nad. Alhamdulillah.. Walaupun masih sibuk berkerja, duit tetap masuk setiap bulan. Tak menyesal join jadi ahli kan?

  3. Farah Rahim says:

    Saya dapat rasa apa Reen rasa. Saya surirumah sepenuh masa, memang hanya bergantung pada pendapatan Shaklee. Bila sales tak best maka saya pun down, rasa suram je. Tapi saya tetap bersyukur, sedikit sebanyak Shaklee meringankan beban saya. Jom kita bangkit dan mula berkongsi cerita tentang Shaklee.

  4. Azura MZaki says:

    Best buat Shaklee ni kan.Dapat duit tambahan tengah2 bulan. Siapa nak bagi kan?

  5. Nurul Fazreen Othman says:

    Alhamdulillah..semoga sukses!!

  6. nur razali says:

    syukur Alhamdulillah 🙂

Leave a Reply to Nurul Fazreen Othman Cancel reply

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.