Ditahan Wad Akibat Alergi Luar Biasa

Ini pengalaman saya sendiri. Saya ingin sangat kongsikan pengalaman ini kerana tak ramai yang tahu bahaya alergi terhadap manusia dewasa dan kanak-kanak-kanak. Kita seringkali bayangkan alergi adalah perkara biasa yang ringan dan tidak membahayakan nyawa. Namun, pengalaman saya baru-baru ini mengubah persepsi saya terhadap sifat alergi. Saya ditahan wad akibat alergi yang luar biasa..

Ditahan wad akibat alergi luar biasa

Serius tak pernah terlintas bahawa saya akan dimasukkan wad gara-gara perkara remeh ini. Seumur hidup saya, belum pernah saya menghadapi pengalaman sebegitu.

Ditahan selama beberapa hari akibat alergi

Kronologi kejadian

1.00am : Saya terasa gatal-gatal di betis dan dapati ada beberapa biji kecil seperti digigit nyamuk.

2.30am : Saya tersentak dari tidur apabila terasa gatal dan miang luar biasa pada bahagian kaki. Saya dapati bintat-bintat gigitan nyamuk itu semakin banyak. Saya terus bangun dari tidur dan terus keluar dari bilik untuk melihat bekas gigitan nyamuk itu. Masya Allah.. Seluruh kaki saya penuh dengan kesan merah yang seakan-akan ruam sopak garam atau turut dipanggil gelgata oleh sesetengah orang.

Saya sapukan Calomine Akhtar Iqbal yang masih bersisa ketika si kecil itu menghidap demam campak dulu. Disebabkan uzur, saya terus update blog dan fan page MommaSihat bagi menghilangkan rasa gatal tersebut. Leka sekejap sambil menaip entri tapi sesekali miang itu membuatkan saya tergaru-garu di situ.

Contoh sopak garam/gegata yang saya alami

3.00am : Ternyata Calomine tidak membantu. Saya jadi semakin gatal. Ruam tersebut merebak ke tangan dan badan. Tanpa berlengah, saya terus mandi dengan air suam dengan harapan rasa miang itu berhenti.

Namun, saya terasa semakin ngeri bila badan bertukar menjadi kemerah-merahan. ianya telah merebak ke bahagian leher pula. Saya terus kejutkan suami minta bantuannya untuk disapukan Calomine sebanyak mungkin. Suami kemudiannya memujuk saya sambung tidur tetapi mata ini tidak dapat lelap sepenuhnya. Rasa miang itu masih lagi terasa.

7.00am : Saya cuba bangun untuk melayan anak-anak namun kepala terasa sangat pening. Saya mula rasa tak cukup nafas. Suami meminta saya berehat.

7.30am : Saya cuba bangun dah melangkah keluar dari bilik tidur. Tapi degupan jantung terasa sangat perlahan. Kepala semakin pening dan tubuh pula seakan melayang. Saya terus kembali ke tilam dan rebahkan diri.

8.00am : Saya dapati, saya OK ketika baring dan akan alami sesak nafas setiap kali mula melangkah. Saya kembali berehat di katil. Saya sangka kerana tidak cukup tidur.

9.00am : Suami ajak saya google cara-cara atasi sopak garam. Kami kemudiannya tertawa apabila carian google menunjukkan beberapa blog yang mencadangkan suplemen Shaklee sebagai cara atasi sopak garam tersebut. Kagum juga kerana saya tidak pernah tahu pun sebelum ini walaupun saya pengedar Shaklee. Alhamdulillah.. Satu lagi ilmu baru.

Sempat bergambar walau muka bengkak

Saya dengan yakinnya terus bangun menuju ke dapur untuk mendapatkan Vita C. Badan sedikit terhuyung-hayang tapi saya masih ingat langkah saya dibantu oleh tangan saya yang meraba kuat pada dinding. Namun, saya kembali terasa sesak nafas. Kepala seakan berpusing sehingga saya rasa seperti mahu terjatuh. Baru saja saya melangkah keluar dari bilik, lutut terasa longlai dengan sendirinya. Saya rebah.

Masih kuat di ingatan bagaimana suami membantu saya dapatkan minuman sebelum saya rebah sekali lagi dan langsung tidak sedarkan diri.

Ngeri kan? Suami sendiri terkejut bahawa alergi yang biasa ini boleh menyebabkan saya tidak sedarkan diri. Paling menakutkan katanya, mata putih saya naik ke atas. Huhu… Saya sendiri takut mendengarnya.

Alhamdulillah.. Saya kini telah pulih dan masih lagi menyiasat punca sebenar yang menyebabkan saya jadi begitu. Apa-apa pun, saya nak kongsikan juga ilmu yang saya peroleh hari itu.

Punca alergi

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang mungkin penyebab kepada masalah alergi yang saya alami itu. Doktor mengatakan ianya bukan lah sopak garam mahupun gegata. Tetapi alergi yang disebabkan pemakanan. Apa yang saya makan sebelum itu?

  • Ayam : Sebenarnya Nasi Goreng Ayam yang dibeli itu adalah khusus untuk anak-anak. Tapi anak-anak saya tidak mahu menjamah ayam itu langsung. Saya sendiri tidak pasti kenapa. Puas dipujuk namun mereka hanya mahukan nasi goreng tersbut tanpa ayam. Maka Mamanya ni pun habiskan lah ayam tersebut. Saya tidak dapati apa-apa kelainan mungkin kerana waktu itu saya selsema dan menghadapi masalah sakit tekak.
  • Antibiotik: Waktu itu saya sedang makan ubat yang diberi oleh doktor untuk atasi sakit tekak yang dialami. Saya turut mengambil antibiotik yang diberikan pihak klinik berkenaan. Ianya mungkin bertindak balas dengan tubuh saya sehingga menyebabkan alergi tersebut.
  • Pakaian: Kemungkinan pakaian yang saya pakai waktu itu tidak bersih. Wallahualam. Sehingga kini, saya masih menyiasat apa yang membuatkan saya begitu.

Kesimpulannya, hati-hati ketika mengambil makanan. Kita tidak tahu kebersihan proses penyediaan makanan tersebut melainkan kita sendiri yang sediakan. Peringatan untuk saya sendiri. Nanti saya kongsikan cara-cara atasi sopak garam dan gegata pula okeh.

Stay tuned!

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Ditahan Wad Akibat Alergi Luar Biasa

  1. Hani says:

    Salam puan.sy mngalami simptom semua yg puan alami.dan pernah ditahan di wad beberapa kali.sy juga pernah membuat ujian darah tapi punca masih tidak diketahui.sy harap puan dapat berkongsi jika puan sudah mengetahui puncanya.

    • mommasihat says:

      Assalamualaikum Puan Hani. Terus terang, doktor tidak memberitahu spesifikasi alergi yang dialami ketika itu. Tapi, sehingga ke hari ini peristiwa tu tak berulang dan doktor gambarkan apa yang terjadi ketika itu mungkin disebabkan alergi kepada ayam yang diambil ketika itu. Wallahualam…

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.