E-Coli Dalam Cucian Pakaian

E-Coli Dalam Cucian Pakaian

Ramai yang tidak pernah ambil tahu akan risiko terdedah kepada jangkitan e-coli ketika mencuci pakaian. Entri ini menarik perhatian saya untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai risiko kita sebagai ibu yang banyak berurusan dengan kerja-kerja rumah. Info yang saya perolehi daripada rancangan The Doctor’s TV ini memang membuka mata saya supaya berhati-hati ketika mencuci pakaian terutamanya yang melibatkan pakaian anak-anak kecil.

E-Coli

Tahukah anda, kuman-kuman dari pakaian dalaman kita sebenarnya mengundang risiko jangkitan lebih sejuta e-coli yang menyerap kepada pakaian yang dicuci apabila dicampurkan bersama pakaian lain? Pakaian dalaman kita sebenarnya adalah bahagian paling kotor dan sepatutnya dibasuh secara berasingan. Biasanya atas kesuntukan masa, saya sendiri kadang-kala mencuci bersama pakaian-pakaian lain yang mana ianya tidak patut dilakukan!

Pakaian dalaman biasanya mengandungi kuman dan bakteria yang tidak dapat dihilangkan dengan hanya sekali cucian sahaja. Disebabkan itulah, pakar menasihatkan kita merendamkan pakaian-pakaian dalaman terpakai itu dengan air panas selama beberapa minit bagi mematikan kuman. Hanya selepas itu, pakaian dalaman tersebut boleh dicuci bersama pakaian-pakaian lain ataupun cucikan sahaja secara berasingan bagi mengelakkan jangkitan ini. (info lain mengenai E-Coli dalam cucian pakaian)

Apakah E-Coli?

Bahaya E-Coli pada manusia

E-Coli adalah sejenis bakteria yang tinggal dalam saluran penghadaman manusia dan juga haiwan. Bahagian penghadaman kita ini terdiri daripada mulut, Esophagus, perut, usus kecil dan usus besar. Jangktian E-Coli ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami simptom-simptom ini:

  • cirit-birit yang berdarah
  • kekejangan pada abdomen
  • muntah-muntah
  • keletihan 
  • dehidrasi

Bahaya E-Coli kepada manusia

Jangkitan E-coli ini sebenarnya lebih mudah menyerang kanak-kanak berbanding manusia dewasa kerana mereka lebih mudah terdedah kepada risiko ini. Walaupun kebanyakan kes yang berkaitan bakteria ini tidak berbahaya, namun jika ianya menyerang sistem imunisasi yang sedia lemah, kemungkinan untuk E-coli menyebabkan kegagalan sistem buah pinggang juga boleh berlaku. Maka sebab itulah, kita sebagai ibu harus lebih peka akan kesihatan anak-anak dan kebersihan persekitaran. Pastikan juga kita sentiasa dalam keadaan bersih setiap kali selepas menggunakan tandas. Ajar anak dari kecil lagi tentang kebersihan mencuci hadas kecil dan hadas besar dengan lebih teliti bagi mengelakkan mereka terdedah kepada berjuta-juta bakteria ini.

Kita juga boleh meningkatkan imun anak-anak dengan suplemen organik seperti suplemen Shaklee yang saya sentiasa sarankan untuk kanak-kanak iaitu Chewable C, Mael Shakes ataupun Omega Guard. Bagi urusan pembersihan pakaian dan seisi rumah termasuk lah pinggan-mangkuk, dapur dan juga lantai, set Get Clean sangat membantu. Ianya daripada sumber organik seratus-peratus dan tidak mengandungi bahan-bahan toksid. Penggunaan pH yang seimbang turut membantu anda mengekalkan kelembapan dan kehalusan jari-jemari serta tangan anda. Formula kepekatan yang tinggi turut membantu anda menggunakan produk pembersihan organik yang berkualiti tinggi dengan lebih lama dan menjimatkan wang.

Get Clean Laundry

Get Clean Laundry

Set Get Clean terdiri daripada:

  • Fresh Laundry Concentrate Powder
  • Soft Fabric Concentrate
  • Basih H Organic
  • Dish Wash Concentrate
Berminat untuk mendapatkannya secara online? Dengan penerimaan kad kredit atau kad debit, segalanya boleh dilakukan menggunakan link ini: Set Get Clean
 
MommaSihat.Net
012-4020841

4 Response to E-Coli Dalam Cucian Pakaian

  1. Farid Laham says:

    terima kasih kak sb bagi tips ni…selama ni xpernah tahu pun pasal ni…. 🙂

    • mommasihat says:

      sama-sama cikgu farid. memang lepas dapat tahu tu terus share kat blog sebab tak ramai yang ambil tahu pun pasal ni. semoga kita semua lebih berhati-hati selepas ni.

  2. Arnie says:

    Bahaya nya E-Coli nie, takuttt….

    • mommasihat says:

      ha ah. baru concern pasal ni lepas dapat tau dari The Doctor’s Tv. huhu.. lepas ni kena hati-hati la cuci pakaian

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.