Formula Kurus -Turun 5Kg Walaupun Makan Banyak?

Alhamdulillah.. Berkesempatan juga saya kongsikan perkembangan saya dan program penurunan berat badan yang saya ceritakan tempoh hari. Terbaru, saya dan Mama saya ke Taman Rekreasi, Parit Buntar pada Ahad lepas untuk aktiviti riadah yang jarang sekali saya lakukan sebelum ini. Alhamdulillah berkat kesedaran yang Allah Taala berikan kepada saya, saya mula menghargai kesihatan dan kemudahan yang Allah sediakan untuk saya. Setelah beberapa bulan mulakan usaha untuk turunkan berat badan, saya sudah jumpa fomula kurus yang sebenar!

Formula Kurus – Turun 5Kg walaupun makan banyak?

Ya.. Ianya terjadi kepada diri saya sendiri. Kali terakhir gambar saya ditangkap oleh seorang kawan ialah pada hari terakhir saya di tempat kerja lama iaitu pada 25/8/2014. Waktu itu berat saya sudah mula menurun ke 65.7Kg. Seminggu sebelum gambar itu diambil, berat badan saya ialah 67Kg. Tanpa pemakanan suplemen yang konsisten, berat saya didapati turun naik dengan sesuka hatinya kerana kegagalan saya mengawal nafsu makan.

photo (3)

Turun 5.7Kg tanpa kawal pemakanan. Bagaimana?

Saya hanya betul-betul nekad untuk turunkan berat badan apabila mendapati suami saya serius turunkan berat badan dengan melakukan senaman dan suplemen organik Shaklee secara konsisten. Beliau sangat sukakan Cinch Shake Mix Cafe Latte dan Omega Guard. Serat hanya diambil dari buah-buahan sahaja kerana badannya telah detox lebih awal dengan Herb-Lax sebelum itu. Impak senaman dan suplemen yang konsisten ini, saya dapati beliau lebih banyak hilangkan inci, lebih banyak ‘muscle’ yang terbentuk di lengan, abdomen dan kaki, tetapi berat badannya belum lagi turun seperti yang beliau harapkan, Namun bagi saya, itu sudah menunjukkan proses ke arah kejayaan.

Bagi saya sendiri, walaupun pemakanan saya masih belum menepati program penurunan berat badan, saya sudah berjaya turunkan 5.7Kg walaupun baru bermula bulan lepas iaitu Oktober 2014! Bagaimana? Seperti yang saya cakapkan sebelum ini, saya telah menjumpai formula kurus.

Formula Kurus = Senaman + Suplemen

Kedua-duanya harus konsisten. Apabila konsisten, penurunan berat badan adalah lebih stabil. Aktiviti penurunan berat badan boleh membuatkan beberapa bahagian yang sebelum ini ‘berisi’ menjadi kendur. Maka, untuk kurangkan kendur ini aktiviti senaman yang juga diambil bersama protein bagi memperbaiki otot ini membantu tubuh lebih ‘fit’. Aktiviti senaman seperti aerobik dan Zumba juga sangat sesuai dengan saya yang memerlukan banyak pergerakan untuk lebih cepat turunkan berat badan. Lebih banyak bergerak, lemak yang terkumpul juga berkurangan.

Saya juga telah mula mengawal nafsu makan setelah nampak sendiri hasilnya. Disebabkan pengambilan makanan yang tak terkawal, berat badan saya tidak turun banyak. Tetapi saya dapati saiz inci paha, lengan, pinggang dan perut semakin berkurangan dan in shaa Allah akan terus berkurangan selepas ini setelah saya lihat hasilnya.

Saya kini sedang berlatih untuk kurangkan pengambilan nasi dan sumber karbohidrat yang lain kerana saya dapati diri saya lebih bertenaga dengan lebih protein. Namun, ini tidak bermakna kita tidak memerlukan karbohidrat langsung. Program diet sihat bersama saya dan Shaklee ini yang baru saja saya ikuti minggu ini bakal membantu penurunan berat badan yang lebih drastik dan sihat in shaa Allah. Nak sertai saya? Jadual makan akan diberikan dan anda harus monitor berat badan anda setiap hari. Jom kawan-kawan!

** Nota kaki: Pada saat dan waktu ini, saya berjaya kekalkan berat badan saya ke angka 50Kg, setiap minggu (1/1/2015)

MommaSihat
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.