GBS Tidak Halang Kelahiran Secara Normal

Pertama kali saya mendengar perkataan GBS ini adalah ketika saya hamilkan anak ketiga saya yang ke-26 minggu. Saya hanya tahu mengenai makna dan kesannya ke atas saya dan bayi yang dikandung itu, hanya setelah saya Google pengertiannya. Agak mengejutkan kerana kesan GBS ini agak membahayakan nyawa bayi yang bakal dilahirkan. Panik dan gentar sejujurnya waktu itu. Saya menangis dan emosi tidak stabil selama beberapa hari. Namun Alhamdulillah.. Perkongsian dari kawan-kawan lain mengenai GBS ini mula mengurangkan kegusaran hati saya. Lega bila mengetahui, GBS tidak halang kelahiran secara normal, dan tidak semestinya berakhir dengan kematian jika rawatan awal dilakukan. In shaa Allah..

Naufa ketika berusia seminggu

Naufa ketika berusia seminggu

Apa itu GBS?

GBS ialah singkatan bagi Group B Streptococcus, yang bahasa ringkasnya adalah sejenis bakteria yang boleh dihidap oleh sesiapa sahaja. Namun, bahayanya kesan GBS ini ialah ianya boleh membawa maut kepada bayi yang dilahirkan oleh si ibu yang positif GBS.

Apakah simptom GBS?

Saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika hamil di trimester kedua. Saya dapati diri saya mengalami masalah keputihan yang agak serius. Bagaimana yang saya katakan tahap seriusnya?

  • Keputihan keluar pada bila-bila masa
  • Terpaksa menggunakan panty liner dan bertukar lebih dari 6 kali sepanjang hari
  • Keputihan yang keluar itu kadang-kala seakan air kencing yang mengalir
  • Warna keputihan adalah keruh, banyak serta berbau busuk
  • Keputihan tidak dapat diatasi dengan pembersih wanita

Tips atasi masalah GBS

  1. Saya dapati keputihan akan menjadi lebih kritikal jika saya berada dalam keadaan letih. Maka, saya teruskan pengambilan suplemen asas untuk ibu mengandung (Vita-Lea, Vita C & B-Complex) serta kekalkan pengambilan minuman soya ESP supaya tubuh lebih bertenaga dan kurang letih. Suplemen ini adalah selamat diamalkan untuk ibu mengandung dan in shaa Allah membantu meningkatkan kawalan kesihatan ibu mengandung.
  2. Jika anda POSITIF GBS, jangan takut amalkan ubat/antibiotik yang disarankan oleh para doktor kerana ianya in shaa Allah selamat diamalkan ibu mengandung. Tujuan ubat ini diberikan kepada ibu ialah untuk pastikan bakteria GBS ini hilang dari tubuh si ibu dan tidak menjangkiti bayi yang bakal dilahirkan. Namun, anda juga boleh mencuba suplemen lain seperti Garlic Complex sebagai bantuan untuk kurangkan masalah keputihan. (Sila dapatkan nasihat doktor dan pakar kesihatan anda sebelum mengamalkan suplemen ini)
  3. Lakukan pemeriksaan GBS di klinik-klinik sakit puan yang berdekatan bagi memastikan anda dan kandungan bebas dari jangkitan GBS. Ianya juga boleh dilakukan di cawangan-cawangan KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) di Malaysia secara percuma.

 

Di harap perkongsian ini membantu ibu-ibu di luar sana yang disahkan positif GBS. SIla jangan panik dan dapatkan pencerahan dari penyelia dan doktor yang bertugas untuk memahami keadaan anda dan juga bayi. Saya yakin GBS tidak halang kelahiran secara normal jika anda dapatkan rawatan lebih awal. In shaa Allah.. Segala yang berlaku dengan izin Allah jua.

MommaSihat.Net

SMS|Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.