Haid Tak Kunjung Tiba | Hamil atau Tidak?

Serabut tak bila haid tak datang-datang? Risau? Tak tahu sama ada nak gembira ke tidak sebab kita tak tahu betul ke tak apa yang difikirkan. Jangan bimbang.. Itu adalah perasaan yang normal dan ramai sebenarnya yang akan berfikiran begitu terutamanya mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur. Jadi, bagaimana nak pastikan sama ada anda hamil atau tidak tanpa perlu menunggu seminggu lagi?

Clear Blue : Digital Prengnancy Test Terkini

Hamil atau Tidak?

Kalau dulu, jika wanita-wanita tidak datang haid pada hari sepatutnya mereka terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua minggu untuk mengesahkan kehamilan. Itu lebih menderita kerana masa yang diambil terlalu lama untuk mengetahui status kehamilan mereka.

Namun, tahukah anda bahawa Clorox juga boleh membantu anda untuk mengetahui status kehamilan anda? Haa.. Saya pun baru tahu setelah diberitahu oleh seorang kenalan di Watson ketika saya sedang berkira-kira sama ada mahu membeli pregnancy test kit atau tidak. Waktu itu, saya baru sahaja 2 hari tidak didatangi haid. Rasa rugi pula kalau membeli awal-awal sedangkan hati saya mahu saja mengetahui status kehamilan saya. Terus-terang, perasaan ini jadi berbelah-bahagi. Sama ada saya tidak bersedia untuk mengetahui result nya. Atau kerana saya takut untuk rasa sedih? Wallahualam…

Bagi mereka yang ingin mencuba ujikaji Clorox ke atas urine (air kencing) anda, ini adalah antara langkahnya:

  1. Sediakan urine di dalam suatu bekas (lebih elok jika bekas itu adalah jernih dan transparent)
  2. Tuangkan sedikit Clorox ke dalam bekas yang berisi urine itu
  3. Jika urine berbuih dan berbusa secara mendadak, maka anda positif hamil. Jika keadaan urine biasa-biasa saja, itu menandakan negatif pada kehamilan

Gambar diambil dari Mr Google

Takut tak tepat? Jangan risau. Pelbagai teknologi terkini membantu wanita-wanita kini untuk mengetahui status kehamilan dengan lebih cepat dengan menggunakan pregnancy test kit yang lebih sensitif tahap bacaan HCGnya. Antara yang popular di pasaran ialah jenama Dip N Tell dan juga Clear Blue. Kedua-dua jenis pregnancy test kit ini boleh mengesahkan status kehamilan anda walaupun sebelum tarikh kitaran haid anda. Macam mana saya tahu? Hehe.. Sebab saya juga salah seorang yang wanita yang tercari-cari prengnacy test kit jenis ini di Watson.

Alhamdulillah.. Hasil dari ujian ringkas itu, saya terlihat dua bar merah pada tes kit tersebut. Terus-terang, air mata ini gagal dikawal lagi. Terharu? Sudah semestinya. Gembira apatah lagi. Saya tidak menyangkakan tetamu kecil ini kerana agak lama juga saya mencuba sekali lagi untuk hamil. Syukur kepada Allah atas anugerah ini. Saya juga doakan kawan-kawan yang sedang mencuba untuk hamil, diizinkan Allah SWT untuk hamil. In shaa Allah..

Oh ya.. Dip N Tell turut menyediakan satu jenis lagi pregnancy test kit khas untuk wanita-wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur seperti yang tertera pada gambar di bawah. Harganya mahal sedikit berbanding yang disediakan untuk kitaran haid normal namun masih lagi dalam bajet mampu beli.

Dah tahu cara-caranya? Diharap entri kali ini membantu kawan-kawan di luar sana yang berada dalam keadaan dilema untuk menguji status kehamilan anda. Jika didapati hasilnya POSITIF, sila jangan skip pengambilan Vita-Lea, B-Complex dan Vita C 500mg ya. Penting untuk kesihatan bayi dan anda juga terutamanya suplemen ini adalah 100% organik.

MommaSihat

012-4020841

8 Response to Haid Tak Kunjung Tiba | Hamil atau Tidak?

  1. Alhamdulillah, tahniah Reen sebab dah lama menunggu teman kecil yea.
    Noriza Rahman recently posted…Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?My Profile

  2. Siti hajar says:

    Sy priod xteratu..dh sbln lbh dh xdtang..so adkh sy priod? Bantu sy

    • mommasihat says:

      Puan Siti Hajar, maaf. Kurang faham dengan soalan Puan. Adakah soalan sebenarnya ialah “Adakah saya pregnant?”. Period tak teratur ni memang agak sukar untuk kita bagi apa-apa telahan. Paling sesuai untuk mengetahui bahawa Puan hamil atau tidak, boleh cuba buat ujian menggunakan Pregnancy test Kit yang warna biru tu. Yang itu khas untuk mereka yang mengalami period tidak teratur. In shaa Allah membantu.

  3. Awin says:

    Kalau pakai clorox berbuih,bile check pakai pregnant test negatif tu kira mcm mana pula?

    • mommasihat says:

      Berbuih sikit ke banya? Berbuih di sini bukan maksudnya buih-buih sikit. Berbuih yang macam dalam gambar tu.

  4. Fara says:

    Sy bru je test td …mula buih byk lps tu jd buih mcm air gas …tu ape ye makna nye …sbb period late 10hari

    • mommasihat says:

      Buih yang saya maksudkan di sini ialah buih seperti sabun yang banyak. Tapi ada juga yang buih berbusa sedikit tapi sebenarnya memang hamil. Bergantung kepada individu sebenarnya.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.