Hati-hati Berpantang dengan Shaklee

Hati-hati Berpantang dengan Shaklee

hati-hati berpantang dengan Shaklee

Alhamdulillah.. Berkesempatan juga saya ceritakan pengalaman buruk saya dengan Set Berpantang Shaklee. Selama ini saya hanya seronok ceritakan pengalaman manis berpantangkan Iqbal dengan Set Berpantang Shaklee hinggakan terlupa suatu tragedi menakutkan yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Hanya Allah saja yang tahu betapa takut dan risaunya saya waktu itu. Tapi semua ini terjadi adalah disebabkan saya sendiri.

Memang saya akui, berpantangkan Iqbal waktu itu sangat mudah. Allah permudahkan segala-galanya. Susu saya melimpah-ruah, Iqbal yang menghadapi ‘breastfeeding jaundice’ pun semakin naik timbangnya dan saya juga Allah berikan kesihatan yang lebih baik. Jahitan tempat luka bersalin juga kering tak sampai seminggu hinggakan nurse yang datang melawat juga terkejut. Berat badan saya turun mendadak walaupun waktu itu saya masih belum dapat susuk tubuh saya semula.

Saya rasa sangat sihat, kerap berpeluh dan cergas. Setiap hari saya mengira hari tamatnya tempoh berpantang ni. Saya tak sabar nak berdandan dan melawa. Tak sabar nak bawak anak-anak berjalan sementara saya masih belum berkerja. Nak dijadikan cerita, kerana saya terlalu yakin dengan tubuh badan saya yang sihat ni, pada hari ke-15 pantang, waktu itu darah nifas saya telah pun berhenti dan saya dah mula solat. Saya telah menaiki tangga ke tingkat atas di luar pengetahuan sesiapa pun kerana mahu mengambil sesuatu. Biasanya, suami akan sediakan apa saja yang saya mahukan di sebelah tilam saya namun hari itu beliau tiada. Jadi, saya nekad untuk naik ke tingkat atas.

Kali pertama saya naik dan turun tangga, Alhamdulillah saya tak ada rasa apa-apa. Jadi betul lah aku dah sihat ni, cetus hati saya sendiri. Saya teringat pula ambil buku yang nak dibaca tu. Saya naik tangga buat kali kedua. Kali ini lebih laju kerana saya dengar kereta suami dah berada di halaman rumah. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Tanpa sedar, saya sebenarnya berlari kerana takut suami dan orang lain tahu saya turun-naik tangga hari ini. Huhu… Secara ringkasnya, saya sebenarnya telah turun-naik tangga 4 kali waktu itu untuk mengambil barang-barang saya tanpa sesiapa sedari.

Malam itu, saya rasa pelik. Darah keluar berketul-ketul besar, bukan lagi darah yang cair seperti sebelum ini. Darah apa pula yang keluar? Saya sangkakan darah nifas saya dah habis. Terus tak jadi Solat Isyak. Kepala pun jadi pening. Saya turun darah tanpa saya sedari! Pendarahan berlaku secara berterusan dan semakin banyak ketulan yang keluar. Saya mula rasa risau. Ada sesuatu yang tak kena ni. Dengan berat hati, saya bertanya dengan Mama. Turun darah ni macam mana? Penjelasan Mama membuatkan saya berkerut dan jadi tak tenteram.

” Kenapa? Wani pening ke? Bukan dah boleh solat ke hari tu?” tanya Mama yang mula rasa tak sedap hati.

Maka, terkejut besar lah semua yang berada di rumah waktu itu. Saya turun darah! Hanya Allah saja yang tahu macam mana takutnya saya bila Mama marahkan saya kerana tidak berpantang betul-betul. Memang fizikalnya saya dah nampak sihat tetapi rahim belum kecut sepenuhnya. Ibarat belon, ia mengambil masa yang lama untuk mengembang dan ianya akan mengambil masa juga untuk kecut dan kembali normal. Saya takut memikirkan saya perlu ke hospital semula. Tak dapat dibayangkan doktor ‘memproses’ bahagian dalaman saya untuk menghentikan darah. Air mata memang berlinangan.. Allah saja yang tahu.

Alhamdulillah dengan izin Allah, berkat doa semua yang ada, air penawar dan doa seorang bidan kampung serta ESP sangat membantu. Darah berhenti sepenuhnya pada keesokan harinya. Walaupun saya kehilangan banyak darah tetapi saya masih bertenaga dan sihat. Trauma saya seketika gara-gara berlari turun-naik tangga ketika berpantang. Sumpah saya tak akan ulang lagi! Serik!

Buat kawan-kawan yang lain, jaga lah diri sebaik-baiknya. Berpantanglah dengan sebaik mungkin. Bagi orang Melayu, pantangnya 44 hari maka ikutlah pantang itu kalau mampu. Setiap individu mempunyai kekuatan fizikal dan dalaman yang berbeza. Saya tidak pernah menjaga badan saya sebelum ini. Saya tak pernah amalkan suplemen apalagi jamu. Hanya kerana berpantangkan Iqbal saja saya mula mengenali Shaklee. Semoga pengalaman ini memberi pengajaran kepada ibu-ibu baru. Selamat Berpantang!

 

MommaSihat.Net

SMS | Whatsapp: 012-4020841

 

Komen to Hati-hati Berpantang dengan Shaklee

  1. […] membantu saya mendapatkan semula darah ketika darah yang berketul-ketul itu keluar. Boleh baca di sini untuk info […]

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.