Hikmah Banjir..

Allah SWT sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya dan sentiasa mahu kita sebagai hamba-Nya mengingati Allah SWT. Malaysia diduga dengan bencana banjir yang agak teruk sehinggakan sisa-sisa banjir di beberapa negeri terutamanya di Kelantan kelihatan seperti baru dilanda Tsunami. Pelbagai jenis penyakit juga kedengaran menular akibat banjir tersebut.

Apakah penyakit yang mudah menular ketika banjir dan berjangkit?

  • Cirit-birit
  • Sakit perut dan muntah-muntah
  • Selsema
  • Batuk
  • Tibi

Namun, kesan daripada banjir ini juga terdapat pelbagai hikmah yang kita peroleh. Antara hikmah banjir yang saya dapati ialah, ramai di antara kita yang bangkit membantu dan turun padang bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Pelbagai bentuk bekalan dan bantuan dihulurkan tidak kira parti politik mahupun kaum. Semuanya kelihatan berkerjasama bagi membantu mereka yang sedang berduka akibat musibah tersebut.

Hikmah Banjir

Saya juga kagum dengan tindakan beberapa ahli Shaklee yang berkongsi membeli suplemen bagi membantu mangsa banjir bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit. Di kala banjir ini, hospital dan tempat pemindahan awam juga berisiko kerana jumlah orang awam yang ditempatkan melebihi had yang sepatutnya. Bekalan ubat-ubatan dan makanan juga kadang-kala tidak dapat dihulurkan kerana terputus hubungan. Maka, sudah tiba masanya saya rasa setiap ahli keluarga bersiap-sedia menghadapi apa jua kemungkinan banjir terutama sekali yang mempengaruhi kesihatan seisi keluarga kita.

Suplemen Asas yang sesuai diambil ketika menghadapi bencana banjir

  • Vita-Lea : multi-vitamin yang menyokong kesihatan dengan memberikan pelbagai nutrisi dalam badan justeru dapat meningkatkan imun
  • Vita-C/Chewable C : sangat sesuai untuk mengelakkan selsema dan batuk yang berpanjangan. Chewable-C boleh diberikan kepada anak-anak sementara menunggu bantuan sampai
  • Omega Guard : suplemen ini sangat sesuai kepada mereka yang bukan gout untuk melegakan asma dan lelah akibat terdedah kepada cuaca sejuk. Baju yang basah mempengaruhi kesihatan ketika musibah banjir
  • B-Complex : bagi orang tua dan mereka yang mudah terkena kebas-kebas dan lenguh atau ‘cramp’ akibat terlalu sejuk, B-Complex membantu melegakan saraf yang berkaitan.
  • Performance Drink : minuman ini sangat penting tatkala menghadapi kesukaran mendapatkan air bersih. Ianya membantu mengurangkan badan mengalami dehidrasi akibat kekurangan air. Performance Drink ini juga membantu mangsa banjir bertahan lebih lama sementara menunggu bekalan air bersih tiba

Ini antara suplemen yang saya kira membantu mangsa-mangsa banjir menangani masalah penyakit berjangkit serta mengurangkan risiko anak-anak terkena penyakit yang lain. Apa pun, hikmah banjir ini juga mengajar saya bahawa makanan sunnah Nabi iaitu buah kurma sangat membantu bagi menambahkan nutrisi ketika bekalan makanan tiada.

HIkmah dari banjir ini juga, saya mula belajar menghargai setiap orang yang berada di sekeliling saya. Saya juga belajar bersyukur dengan pemberian dan harta yang Allah pinjamkan untuk saya sementara berada di dunia fana ini. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman ini. Semoga Kau berikan ganjaran yang lebih kepada mangsa-mangsa banjir serta mereka yang menghulurkan bantuan. Lindungi lah kami Ya Allah.. Matikan lah kami dalam Islam.. Amin Amin Amin Ya Rabbal a’lamin..

** Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

8 Response to Hikmah Banjir..

  1. Maizura says:

    Bantuan yang sedikit itu besar ertinya jika ikhlas. Rakyat Malaysia memang prihatin.

  2. auntiekemai says:

    pasca banjir lagi berat ..Allahuakbar tabah kan hati kami menghadapi dugaan mu Ya ALlah. Thanks reen bagi cadangan suplemen utk mangsa banjir.

  3. nur razali says:

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan.

  4. Mama Olin says:

    Kita di sini hanya dapat memberi bantuan kewangan, keperluan dan doa utk mangsa banjir.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.