Hilangkan Parut Kemalangan dengan Berkesan

Berminat saya kongsikan pengalaman saya sendiri menghadapi saat ngeri terseret dari motor sejauh beberapa meter akibat jubah tersangkut dalam tayar motor. Huhu… Tak dapat saya lupakan tragedi itu. Namun, saya bertuah kerana kejadian itu tidak sedikit pun mengusik aurat saya. Pelik bukan? Itu lah pentingnya memakai spaghetti strap dan seluar jeans di dalam jubah. Hehe.. Apa pun, topik kali ini sangat menarik iaitu bagaimana saya hilangkan parut kemalangan dengan berkesan.

Hilangkan parut dengan berkesan (Hiasan)

Hilangkan parut kemalangan dengan berkesan

Saya tidak ada bukti bergambar waktu itu kerana tidak teringin pun menyimpan gambar hodoh sebegitu. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Umpama mati hidup semula, saya tidak menyangka saya masih berpeluang untuk hidup. Alhamdulillah..

Kemalangan berlaku dua minggu selepas saya selamat bertunang. Kata Abah dalam sendanya,

” Nasib baik dah laku. Kalau tak, jenuh juga Abah nak ‘tolak’ kat orang..”

Huhu…

Ini adalah kesimpulan parut dan kecederaan yang saya alami waktu itu:

  • Cuping telinga kiri saya tersagat dan hampir terkoyak¬†
  • Pipi kiri saya tersagat teruk akibat terseret di atas jalan tar
  • Jari kaki kiri saya patah dan ada sesetengahnya retak
  • Siku, lutut dan jari saya luka teruk akibat dimasuki batu-batu kecil di atas jalan tar
  • Kepala di bahagian kiri saya cedera akibat terhempas

Boleh bayangkan bagaimana rupa saya waktu itu? Saudara-mara yang pernah datang melawat saya ketika berehat di rumah waktu itu tidak seorang pun menyangka parut teruk di wajah saya waktu itu boleh hilang hingga tidak kelihatan ketika saya bersanding dulu. Nak tahu apa yang saya pakai?

Hilangkan parut dengan Mederma

Terima kasih buat insan tersayang, iaitu suami saya sendiri kerana menghadiahkan 1 tiub Mederma kepada saya yang waktu itu masih tunangannya. Mederma hanya boleh disapu dibahagian parut setelah pulih dari luka tersebut. Saya sapukannya setiap hari tanpa jemu kerana takut muka jadi hodoh.

Alhamdulillah.. Berkat kesabaran saya, parut tersebut semakin pulih dan pudar sedikit demi sedikit. Parut hanya betul-betul hilang kira-kira setahun kemudian. Namun, saya terasa agak rugi kerana tidak mengenali Shaklee terlebih dahulu ketika itu. Jadi, bagi mereka yang mahu pulihkan dan hilangkan parut dengan lebih cepat, saya sarankan anda amalkan suplemen ini:

  • Zinc Complex : untuk pulihkan luka dengan cepat tanpa parut (untuk luka baru)
  • ESP : protein adalah sumber nutrien yang sangat membantu dalam membentul sel. Maka ESP membantu untuk menghasilkan sel-sel baru yang lebih baik bagi menggantikan sel yang rosak
  • Sustained Release Vita C : untuk sekatakan warna kulit secara semulajadi. Kulit yang berparut akan jadi lebih sekata dan bertindak dengan lebih cepat sebagai bantuan dari dalam
  • Vita-E Complex : untuk lembutkan dan lembapkan kulit. Kedutan dan kerosakan sel kulit di tempat yang berparut dapat dipulihkan dengan lebih cepat sebagai bantuan dari dalam.

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.