Kalau Aku Kaya..

Kalau Aku Kaya..

Topik kali ini sangat ringkas. Ianya mengenai bagaimana saya mencari kebahagiaan dan kekayaan melalui bisnes. Bila bercakap mengenai kekayaan, ramai yang pasif dengan ‘title’ kaya. Asal kaya saja, mereka menggambarkan orang kaya adalah orang yang sombong, berlagak, kedekut dan tidak beragama. Namun, tahukah anda bahawa menjadi kaya itu salah satu tuntutan agama. Kenapa? Kerana bila kita kaya, zakat boleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Ramai orang miskin dapat dinaikkan taraf hidup mereka bila orang-orang kaya yang beriman ini bersedekah dan berzakat. Ekonomi umat Islam menjadi sangat kukuh. Tidak seperti sekarang. Orang Islam ditindas. Kerana apa? Kerana kita tidak mempunyai struktur ekonomi yang kukuh. Adakah kerana orang kaya yang ada sekarang hanya mementingkan diri sendiri atau sebenarnya jumlah orang kaya Islam yang ada sekarang tidak mencukupi?

Financial Freedom

Pertama sekali untuk kaya dan berjaya, perasaan dan pandangan negatif terhadap kekayaan perlu dibuang jauh-jauh terlebih dahulu. Kita kaya untuk bantu ummah dan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Setiap harta yang diperoleh nanti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti mengenai bagaimanakah cara kita menghabiskan harta-harta tersebut. Bagi orang kaya yang sentiasa beringat, in shaa Allah kehidupannya jadi lebih bahagia dan lebih kaya dengan banutan-bantuan serta sedekah yang dihulurkan.

Saya ambil kenyataan dari buku Law of Universal Attraction, muka surat 44 yang menulis,

“ Menurut Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, majoriti ulama berpandangan, orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik dari orang miskin yang bersabar kerana manfaat kekayaannya melimpah, dan dapat dinikmati oleh orang lain”

Dalam satu hadis yang direkodkan oleh Amir Bin Said, Rasulullah berpesan,

“ Meninggalkan waris dalam keadaan kaya lebih baik daripada meninggalkan mereka mereka dalam kemiskinan sehingga mereka meminta-minta daripada manusia.”

Kenapa saya berminat dengan bisnes MLM Shaklee ini? Perkara paling utama ialah mengenai peneraju utama kumpulan ‘upline’ saya, Arnie Shamsudin dari Genkimomma yang tergolong dalam salah satu kumpulan yang terkenal dalam Shaklee iaitu Euphoria. Alhamdulillah, saya bertemu dengan mentor yang tepat kerana mengajak membina kekayaan dalam bisnes ini dengan berpandukan agama Islam. Kita perlu kaya untuk membantu mereka di luar sana. Bersedekah, berzakat dan menderma adalah teknik ‘upline’ saya ini untuk berjaya.

Bisnes MLM dalam Shaklee ini adalah sangat adil. Kita sebagai ‘upline’ tidak goyang kaki kerana bila-bila masa sahaja ‘downline’ boleh naik ‘rank’ dan duduk satu paras dengan kita. Kita tidak akan memperoleh bonus dari ‘downline’ yang satu paras dengan kita lagi. Jadi, kita perlu berusaha setiap hari untuk bangkit! Mereka yang betul-betul berusaha sahaja yang akan dapat bonus dan pendapatan yang tinggi. Alhamdulillah dengan izin Allah, Dia temukan saya dengan bisnes yang tepat dan sesuai dengan saya yang perlu membawa anak-anak walau ke mana saya pergi. Setiap ‘training’ dan bengkel dibenarkan membawa anak-anak kecil bersama.

Training dengan anak-anak

Saya masih lagi belum capai apa yang diimpikan dan in shaa Allah, saya bakal memperoleh semua impian saya itu selagi hati dan fikiran saya masih fokus untuk mencapainya. Kalau saya dah jumpa bisnes yang saya mahukan, kenapa tidak anda? Jom sertai kami dari susur-galur Euphoria dan Genkimomma ini dan jadi kaya untuk ummah! In shaa Allah.. Allah saja yang membuka hati mereka yang terpanggil dan hanya mereka yang mahu mengubah masa depan mereka saja yang akan menghubungi saya. Amin3..

Cuba sambungkan ayat penyata ini dalam versi anda pula,

” Kalau aku kaya..”

 

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.