Kampungku Kini Tiada..

Terkedu sejenak tatkala mata ini menyoroti perkataan ‘Kampungku’ sebagai cabaran blogging hari ini. Hmmm.. Apa ya yang saya nak ceritakan? Apa yang menarik di kampung? Satu apa pun saya tak ingat.. Kampungku..

kampung

Maaf.. Tiada gambar kampung. Terpaksa cilok kat uncle google.. Tapi lebih kurang beginilah rupa rumah arwah atuk saya di kampung

Cerita Kampungku

Sepeninggalan arwah atuk dan opah, pulang ke kampung sudah tiada erti lagi. Suasana sunyi dan sepi. Rumah usang itu pun sudah tiada berpenghuni. Hanya semak-samun dan suasana muram dan kosong sahaja yang mampu saya ingat sewaktu mula-mula menaip tadi. Namun, bila saya kenangkan kembali zaman kegemilangan Kampungku di Simpang Tiga Bagan Dato’, Perak Darul Ridzuan itu, tiba-tiba laju jari-jemari ini menaip. Lebih ikhlas dan ceria sambil bibir ini sesekali mengukir senyuman.

Suasana di kampung ketika saya masih kecil memang sangat seronok. Dulu-dulu, Abah suka bawa kami pulang ke kampung malam-malam. Sejuk katanya. Anak-anak pun senang tidur. Tidak sepanas jika bertolak ke kampung di siang hari. Biasanya, kami tiba di kampung seawal jam 2 pagi atau 4 pagi, bergantung kepada pukul berapa kami bertolak.

Awal Subuh lagi akan terdengar bunyi ayam berkokok. Suasana dah jadi hiruk-pikuk dengan suara sepupu-sepupu kecil saya yang menangis mahukan susu. Biasanya waktu raya memang suasana kampung ini sangat ceria dan happening. Masing-masing bangun untuk berebut mengambil wudu’ dan solat. Bunyi lantai kayu yang bingit akibat kami yang berlari ke tandas dan berebut bilik air memang akan mengejutkan semua penghuni rumah itu waktu itu. Solat berjemaah waktu Subuh adalah perkara yang sangat membahagiakan.

kampung2

Di kampung waktu itu, walaupun tiada aircond angin sepoi-sepoi dari luar tingkap rumah itu sangat menyelesakan. Waktu tengahari memang akan jadi sedikit panas kerana beratapkan zink. Namun, tiupan angin kampung yang lembut bersama bau tanah dan pokok-pokok di sekeliling rumah arwah atuk akan menyejukkan kami. Anak kecil yang menangis kepanasan pun boleh tertidur dengan nyenyaknya.. Bahagianya suasana di kampung..

Kini, hanya tinggal tangga berbatu sahaja di sana. Rumahpun sudah dirobohkan. Keluarga Mama bersepakat menjual rumah tersebut kepada saudara-mara yang lain setelah beberapa lama tidak dapat diuruskan dengan baik. Lagipun, kesemua adik-beradik Mama sudah pun berhijrah ke negeri-negeri lain dan tidak lagi tinggal di situ. Walaupun kampungku sudah tiada, kenangan waktu kecil bersama saudara-mara yang lain di kampung sangat indah di dalam memori saya.

Dua tahun lepas, kami organize beraya di homestay berhampiran kampung kami itu. Alhamdulillah.. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Kami berkumpul beramai-ramai dan nyalakan bunga api seakan menyambut merdeka di halaman rumah yang luas itu. Suasana memang sangat happening dan berjaya mengulangi kenangan beraya di kampung ketika kebanyakan kami kecil-kecil lagi duluDan antara perkara yang saya tidak dapat lupa ialah di saat mata ini tertangkap suatu banner kecil berhampiran jalan sewaktu bersiar-siar di sekeliling kampungku. Banner seorang pengedar Shaklee di situ. Walaweii..! Shaklee pun ada kat sini! Kagum.

Kalau lah saya masih lagi ada kampung di situ, sudah tentu saya kini jadi pengedar Shaklee di Simpang Tiga, Bagan Dato’. Hehe..

*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma, SihatCantikMulus, EmakSkema dan MyInfoVitamin

MommaSihat

012-4020841

8 Response to Kampungku Kini Tiada..

  1. Rumah-rumah kampung ni memang mampu membangkitkan nostalgia kita sewaktu membesar di zaman kanak-kanak. Walaupun tidak mewah, namun itu sudah cukup membahagiakan kita.
    Sylarius Yusof recently posted…Rumah Mampu Milik itu Sekadar Mampu TengokMy Profile

  2. Maizura says:

    Kampung saya pun dah jd mcm kampung tinggal. Kesian tgk rumah2 lama.
    Maizura recently posted…Diet Pun Boleh Minum dan Makan CoklatMy Profile

  3. jaymiee says:

    baca entry ni x pasal2 saya dibawa ke suasana tersebut…mmg best kan….
    jaymiee recently posted…Katakan tidak kepada skim cepat kaya.My Profile

  4. nur razali says:

    nur x pernah rasa suasana kampung..huuu

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.