Kehamilan Luar Rahim | Simptom dan Kesannya

Tertarik dengan entri ini setelah mendapat berita seorang saudara yang terpaksa menggugurkan kandungannya setelah mengetahui beliau mengalami masalah kehamilan luar rahim.

Kehamilan luar rahim, kenapa perlu digugurkan?

Istilah ini dipanggil ectopic pregnancy di dalam Bahasa Inggeris. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95%), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. 

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.

Kehamilan luar rahim boleh mengancam nyawa si ibu.

Bagaimana terjadinya kehamilan luar rahim?

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Siapakah yang berisiko mengalami masalah kehamilan luar rahim?

Simptom kehamilan luar rahim

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti “jus prun”).

Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor.

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Kesan kehamilan luar rahim

Kedudukan fetus sebagai gambaran bagi kehamilan luar rahim

Untuk pengetahuan anda, kehamilan luar rahim ini boleh menjejaskan kesuburan. Tapi bagaimana?

  • Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama.
  • Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.

Kira-kira 65% wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF.

Info: Baby Center

Bagi mereka yang mahu mengetahui kedudukan bayi dalam kandungan lebih awal, sila dapatkan nasihat pakar untuk melakukan ultrasound di awal kandungan. Saya doakan anda yang hamil berada dalam kesihatan yang baik dan tidak mengalami sebarang masalah. Jika anda mengalami masalah kesihatan dan agak penat, boleh cuba suplemen organik bagi menyokong kesihatan anda iaitu Set Ibu Mengandung.

MommaSihat

012-4020841

4 Response to Kehamilan Luar Rahim | Simptom dan Kesannya

  1. genkimomma says:

    Bahaya kehamilan luar rahim nie.. Semoga dipermudahkan urusan semua ibu-ibu hamil..
    genkimomma recently posted…Rahsia Kulit Muka Putih Bersih Bak Kulit BayiMy Profile

  2. nur razali says:

    masa nur admit sebab keguguran awal tahun ni byk jgk kes keguguran luar rahim nie dari kawan2 katil bersebelahan..Semoga dipermudahkan segala urusan, In Shaa Allah…
    nur razali recently posted…Get Shaklee TodayMy Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.