Kelebihan Coklat | Nikmati Coklat Tanpa Rasa Bersalah

Saya sangat suka dengan entri ini kerana coklat ialah salah satu makanan kegemaran saya. Saya juga yakin ramai kawan-kawan di luar sana juga menyukai coklat namun kadangkala dihantui rasa bersalah bila dikaitkan kemanisan coklat dengan isu kesihatan manusia. Tapi percayalah, selepas kita mengenali kelebihan coklat, kita akan nikmati coklat tanpa rasa bersalah selepas ini.

coklat_love_u

Kelebihan coklat untuk kesihatan

  1. Anti depresi, kerana coklat memiliki bahan asas Theobromine (600 mg) yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung. Caffeine (70mg) dapat berfungsi sebagai anti depressant. Serotonine (3mg) merupakan anti stress neurotransmite. Tyramine (2mg Dari Amino acid
  2. Memperbaiki fungsi jantung, dengan kandungan flavonoid didalamnya. Coklat juga mengandung antioksidan, dikenal sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah
  3. Meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan penelitian di Milan coklat dapat menaikkan fungsi seksual kepada penggemar coklat berbanding mereka yang jarang makan coklat.
  4. Coklat dapat mengubati batuk. Menurut para ahli zat kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk jika dibandingkan dengan ubat batuk. Hal ini disebabkan oleh sumber mineral yang dipanggil Theobromine yang dapat mencegah batuk.
  5. Coklat melindungi dari kanser. Coklat mengandung tingkat polyphenols yang tinggi, sumber yang ditemukan dalam makanan yang berasal dari tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu melindungi dari penyakit serius seperti kanser.
  6. Coklat melindungi dari stroke. Sebuah penelitian di Universitas California menyatakan coklat dapat membantu mencegah pembekuan darah, sesuatu yang dapat membantu pesakit yang  terkena stroke. Para pengkaji menyatakan coklat memiliki pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenal sebagai antipembekuan darah.
  7. Coklat mencegah tekanan darah tinggi. Penelitian baru-baru ini menemukan sumber mineral yang terdapat dalam coklat dapat mebantu mencegah tekanan darah tinggi kerana coklat kaya flavanol, sejenis antioksidan yang dapat menghancurkan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan penuan dan berpotensi pada penyakit serius.
  8. Coklat juga dikatakan boleh memperbaiki emosi. Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.
  9. Coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. penyelidik Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy menyatakan dengan makan coklat asli tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.
  10. Kelebihan coklat selain untuk kesihatan ialah untuk kecantikan. Ini kerana, kandungan antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya mencegah penuaan awal. Maka, tidak hairanlah kini wujud scrub badan yang berasaskan coklat bertujuan untuk menjaga kecantikan kulit.

Sumber

coklat2

Coklat susu atau hitam, yang manakah lebih baik?

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam) malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sihat yang tinggi, gula dan kalori – semuanya tidak baik untuk kesihatan – kerana ia mengandung susu. (Jika dimakan berlebihan!) Malah, kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam. Sekeping coklat hitam mengandung dua kali ganda antioksidan dan kalori rendah dibanding coklat susu. Dua belas biji koko diperlukan untuk menyediakan 1oz (28.3 gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko untuk menghasilkan 1oz (28.3 gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandung kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan ialah coklat hitam iaitu tanpa kandungan susu.

Sumber

Oh ya.. Sekadar info bersama. Bagi mereka yang menggemari produk kuruskan badan Cinch Shake Mix yang sedap tu, Shaklee menyediakan 3 perisa yang sedap-sedap tau. Anda boleh pilih perisa Vanilla, Chocolate atau Cafe Latte dan ketiga-tiga produk ini mengandungi indeks glisemik yang rendah. Dalam erti kata lain, pesakit diabetes dan kencing manis juga boleh mengamalkannya setiap hari kerana ia tidak meningkatkan bacaan gula dalam darah.

Dah tau kelebihan coklat kepada kita? Asalkan ianya tidak berlebihan, jom nikmati coklat tanpa rasa bersalah!

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlinVitaMoon dan BabyKawaiiStore

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.