Kenapa Pilih Shaklee?

Kenapa Pilih Shaklee?

Buat kawan-kawan yang mencari kelebihan berbisnes dengan Shaklee, hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya selama berbisnes dengan Shaklee secara separuh masa ni. Sebelum ini, saya hanya menjadi ahli untuk kegunaan sendiri sahaja. Tapi Alhamdulillah, Allah bukakakn hati saya untuk mula berniaga denagn Shaklee setelah ada di kalangan ibu-ibu menyusu yang membeli ESP dan Alfalfa melalui saya.

Shaklee_Logo

Apa yang saya perhatikan, perkongsian maklumat adalah antara salah satu kesan menarik yang mampu menarik orang lain membeli. Kalau kita tak kongsikan maklumat, siapa yang nak kenal produk tu kan? Contoh paling ringkas, kalau ada yang memuji pakaian yang anda pakai pada hari itu. Tentu anda ceritakan di kedai mana anda beli kan? Walaupun mungkin pada anda, harganya tidaklah mahal mana pun tapi itu dah mampu menarik minat yang bertanya tadi untuk membeli di kedai yang sama.

Selepas perkongsian maklumat ini dilakukan, apakah perkara yang boleh menarik orang membeli sesuatu produk? Jawapannya ialah pengalaman. Pengalaman si pengguna yang pernah menggunakan produk tersebut sangat membantu untuk mendapatkan prospek baru. Sama ada pengalaman itu bagus ataupun buruk, kita perlu mencari ‘point’ untuk kita sebarkan maklumat yang tepat. Sebagai contoh:

“ Saya tak boleh la makan Collagen Powder ni. Jerawat batu tumbuh macam cendawan di pipi.”

Apa reaksi anda sebagai penjual? Rasa macam nak lari? Tak perlu. Selidik dahulu cara pemakanannya, bagaimana dengan pengambilan air dan apakah makanan lain yang mungkin diambil ketika itu. Mungkinkah pengguna tadi akan didatangi haid dalam tempoh terdekat? Collagen Powder ialah salah satu produk Shaklee yang kaya dengan anti-oksidan. Mungkin itu juga salah satu bentuk ‘healing crysis’ tapi pastikan si pengguna ini tidak mengambil apa-apa ubat yang melibatkan Warfarin dan sebagainya. Itu juga boleh diambil kira. Jadi, apa tugas kita sebagai pengedar Shaklee? Bukan semata-mata menjual saja kan? Kita juga perlu memberikan konsultasi yang betul dan bantu mereka di luar sana untuk mendapatkan hasil kesihatan yang diinginkan.

Maka sebab itulah, Shaklee memberikan kursus dan bengkel percuma untuk ahli-ahli ini mendapatkan ilmu nutrisi yang asas bagi memahami produk yang dijual. Seronok kan? Apa saja soalan berkaitan suplemen boleh terjawab melalui kursus yang dianjurkan. Bukan itu saja, kami juga digalakkan membaca dan mengetahui sedikit-sebanyak mengenai suplemen dan kesihatan. Memandangkan suplemen bukan lah ubat bagi merawat penyakit, ianya lebih kepada persediaan kesihatan bagi mengatasi risiko penyakit-penyakit. Secara tidak langsung, kita akan jadi lebih berpengetahuan dalam bidang nutrisi kan?

Keluar dari zon selesa adalah impian saya dan saya sendiri sedang bergerak ke arah itu sekarang. Mendalami ilmu nutrisi, curi-curi masa buat artikel untuk blog dan fan page pada waktu-waktu senggang memang terpaksa abaikan waktu menonton tv. Tapi saya tak kisah sebab yang paling penting ‘duit’ yang bakal saya peroleh setiap bulan PERLU NAIK! In shaa Allah..

Jadi, jika anda tanya saya ‘Kenapa pilih Shaklee?’, jawapannya adalah saya nampak Shaklee sebagai satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi anda boleh dapat hasil yang berkali-kali ganda daripada RM65 yang dilaburkan itu! Alhamdulillah.. Dah nak dekat 2 tahun pendapatan saya dengan Shaklee telah memulangkan keuntungan RM65 yang saya laburkan dulu..

MommaSihat.Net
SMS | Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.