Kenapa Saya Perlu Diet?

Soalan ini harus ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menurunkan berat badan. Kenapa saya perlu diet? Adakah kerana suka-suka? Atau kerana rasa rendah diri dengan bentuk tubuh sekarang? Ataupun mahu kurus disebabkan mahu mendapatkan taraf kesihatan yang lebih baik? Walau apa pun sebabnya, ianya harus lah alasan yang kukuh bagi membantu kita kekalkan motivasi untuk turunkan berat badan.

diet

Ya. Kurus tidak semestinya sihat. Tapi setidak-tidaknya, kita dapat menjauhkan diri dari penyakit-penyakit lain yang biasanya berlaku akibat dari berat badan yang tidak terkawal. Mengawal berat badan sebenarnya adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan mengawal diri dari makan tidak menentu.

Kenapa saya perlu diet?

Semua orang mempunyai sebab tersendiri bila tiba masanya dia membuat keputusan untuk kuruskan badan. Begitu juga dengan saya. Ada beberapa sebab yang membuatkan saya rasa saya perlu diet.

  1. Saya mula rasa saya perlu kawal pemakanan kerana pemakanan yang tidak dikawal boleh mendorong berat badan saya semakin bertambah
  2. Saya mahukan keyakinan diri semula. Saya sedar akan perubahan emosi yang mengganggu diri saya sejak kebelakangan ini. Saya cepat terasa bila orang bergurau dengan saiz saya yang semakin membesar dan sebagainya.
  3. Tertarik dengan perbualan beberapa rakan di ‘group Whatsap’ yang mengatakan kebonjolan lemak, perut buncit dan sebagainya adalah termasuk dalam aurat wanita. Walaupun pakaian itu longgar tapi mungkin banyak bahagian yang tidak dapat ditutup sepenuhnya atau masih dapat dilihat bentuknya. Maka, untuk menjaga aurat kita disarankan untuk jadi lebih kurus.
  4. Saya mula sedar bahawa kesihatan itu adalah salah satu rezeki yang Allah pinjamkan dan boleh ditarik pada bila-bila masa. Maka, untuk mengelakkan diri saya daripada kencing manis jenis keturunan, kanser, obesiti  dan  penyakit-penyakit yang lain.

low-self-esteem

Itu adalah antara beberapa sebab utama kepada soalan, ‘Kenapa saya perlu diet?’. Mungkin kawan-kawan mempunyai alasan yang berbeza. Namun yang pasti, untuk pastikan program diet kita berjalan dengan lancar dan berjaya kita perlu cari alasan kepada diri sendiri untuk kita kekalkan momentum bagi mencapai impian.

Jom sertai saya dalam program Sihat Bersama Saya dan Shaklee! Dalam program ini, anda akan diajar cara pengambilan makanan mengikut kandungan kalori dan nutrisi yang perlu diambil setiap hari. Target program ini ialah untuk memperoleh berat serta bentuk badan yang ideal dan menarik dalam hanya 42 hari! Berminat? Dapatkan konsultasi percuma dari saya berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

 

 

MommaSihat
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.