Kepentingan Kolagen Dalam Badan

Kepentingan Kolagen Dalam Badan

Hari ini saya berminat nak bercerita mengenai kepentingan kolagen kepada tubuh kita. Orang asyik bercerita mengenai produk kolagen sebagai anti-penuaan tetapi tidak pun menerangkan apa itu kolagen dan apakah kepentingannya kepada kita?

Apakah itu Kolagen?

Kolagen ini sebenarnya adalah sejenis tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Sebenarnya, lebih kurang 72% daripada kulit kita adalah kolagen. Kolagen melindungi organ-organ dalaman seperti hati, perut, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain. Kornea juga adalah kolagen. Oh ya… 80% daripada tulang juga terdiri daripada kolagen.

Kolagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan yang sebenarnya dijadikan anti-penuaan bagi mengekalkan keremejaan badan dan kulit supaya mampu mencegah penyakit dengan meningkatkan kesihatan badan.

Kepentingan Kolagen Dalam Badan

Apakah kesan kehilangan kolagen?

Kesan kehilangan kolagen ini hanya dapat dipastikan jika anda melihat diri anda dalam cermin. Cuba anda semak, adakah anda mempunyai mana-mana ciri dibawah:

  • Mata: Kelihatan garis-garis kesan ketawa dan kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag) yang ketara, penglihatan semakin kabur
  • Rambut: Menjadi kering dan bercabang di hujung, mengalami keguguran rambut tanpa sebab
  • Liang roma: Menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan
  • Mulut: Gusi yang tidak sihat dan berdarah
  • Leher: Terdapat garis-garis halus kelihatan pada leher
  • Kuku: Senang pecah, pudar dan kekuningan
  • Badan: Payudara dan punggung kekurangan bentuk dan melentur, kulit kering dan hilang keanjalan, kelihatan tua daripada umur yang sebenar, mula mempunyai masalah dengan organ dalaman, kehilangan kalsium seperti sakit-sakit sendi dan sakit belakang.

Anda dah semak ciri-ciri kehilangan kolagen dalam badan? Nampak tak kepentingan kolagen dalam badan kita? Maka sebab itulah banyak produk kini mengambil inisiatif memperbaiki kolagen dalam badan tetapi, sejauh manakah produk kolagen itu berkesan? Di sini lah istimewanya Shaklee Collagen Powder ini berbanding produk kolagen yang lain.

Apakah perbezaan Shaklee Collagen Powder berbanding produk kolagen lain?

Selain daripada faktor sumber organik yang dihasilkan dari sisik ikan merah yang dalam, Collagen Powder juga mempunyai ciri-ciri Penyerapan Unggul! Jisim molekul yang terdapat dalam Collagen Powder ini sangat rendah iaitu 1000 Dalton! Jisim molekul yang sangat rendah ini membantu kolagen diserap dengan berkesan jauh hingga ke usus bagi memudahkan penghadaman berlaku. Hasil penyerapan yang unggul ini juga, Shaklee Collagen Powder ini membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengekalkan keanjalan kulit. Pernah tak cubit-cubit sayang kanak-kanak? Perasan tak bila dicubit, kulit mereka sangat tegang dan seakan-akan melantun bila dicubit? Haa… Ini lah yang berlaku bila kolagen di dalam kulit adalah mencukupi.

Jadi, sudahkah anda bersedia mengetahui lebih dalam mengenai fungsi Collagen Powder yang hebat ini ke atas kulit dan kesihatan kita? Nantikan artikel saya sekejap saja lagi.

MommaSihat.Net
SMS|Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.