Kitaran Haid dan Tempoh Subur

Kitaran Haid dan Tempoh Subur

Ramai yang ambil mudah soal kitaran haid dan jangan terkejut jika saya katakan ada yang tidak pernah langsung mencatat tarikh haid setiap kali datang bulan. Ada juga yang tidak faham pun bila saya tanyakan,

“ Berapa hari kitaran haid awak?”

Jawapan yang pernah saya dengar ialah 5, 6 dan 7 hari yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak tahu apakah sebenarnya maksud kitaran haid itu. Wahai wanita, sila lah ambil tahu dan catat setiap kali anda didatangi haid untuk memudahkan anda mengetahui waktu subur. Kitaran haid ialah hari yang bermula dari haid pada hari pertama sehinggalah hari anda didatangi haid semula. Kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu, setiap wanita mempunyai jumlah kitaran haid yang berbeza. Asalkan kitaran haid anda itu tidak terlalu lewat atau tidak terlalu cepat dari kebiasaannya, anda mempunyai kitaran haid yang normal.

Ada sesiapa di sini yang tidak mengetahui kiraan waktu subur? Jangan khuatir. Saya akan kongsikan info mengenai kepentingan mengetahui kitaran haid dan tempoh subur. Saya mula merancang kehamilan pertama saya dulu dengan mengkaji tempoh kitaran haid saya. Ianya tidak menjadi masalah kerana sejak remaja lagi, saya diajar oleh Mama untuk mencatat kitaran haid setiap bulan dan Alhamdulillah kitaran haid saya ialah normal. Jadi, saya sudah boleh merancang kehamilan dengan mengetahui tempoh subur. Walaupun tempoh subur melalui kaedah kiraan kitaran haid ini tidak selalunya tepat, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu meningkatkan peratus kemungkinan ovum dan sperma untuk melakukan persenyawaan.

Gambar diperolehi dari Encik Google

Gambar diperolehi dari Encik Google

Tempoh subur adalah berbeza mengikut jumlah kitaran haid setiap individu. Seperti yang tertera di dalam gambar di atas, setiap kitaran haid mempunyai tempoh subur yang berlainan. Bagi mereka yang mempunyai kitaran haid 28 hari, tempoh subur anda ialah dari hari ke-12 sehingga hari ke-16 selepas haid. Tempoh subur yang dikatakan di sini merujuk kepada tempoh ovulasi. Ovulasi ialah apabila Ovum dilepaskan dari ovari. Setiap Ovum atau telur tidak boleh hidup lebih dari 24 jam.Tetapi harus diingat, jangka hayat sperma yang normal adalah lebih lama dan ia boleh hidup selama 7 hari di dalam uterus. Maka, anda boleh bersama suami beberapa har sebelum dan selepas tempoh subur bagi meningkatkan peratus kehamilan.

Tips Mengetahui Waktu Subur

Tips Mengetahui Tempoh Subur

Ciri-ciri Mukus Serviks

Kita bukan saja boleh mengagak waktu subur melalui kiraan kitaran haid malah boleh mengagaknya melalui perubahan fizikal kita.

  • Perubahan warna mukus serviks boleh dilihat jika ia melekat pada seluar dalam atau pada tisu. Cecair yang berwarna putih jernih seperti putih telur adalah waktu paling subur kerana cecair ini memudahkan sperma untuk berenang ke ovum dengan lebih baik.
  • Perubahan dari segi persona dan perasaan mahu menggoda adalah lebih dari biasa juga menunjukkan anda sedang berovulasi. Perasaan hangat dan seksi ini juga boleh digunakan sebagai membantu anda menjejak tempoh subur anda.
  • Perubahan kepada ketidakselesaan pada pinggang juga boleh dijadikan rujukan tempoh subur anda. 1/5 wanita mengalami masalah ini ketika berada dalam tempoh subur. Jika anda rasakan sakit pinggang ini setiap bulan dalam kitaran haid yang lebih kurang sama setiap bulan, perhatikan pula perubahan pada cecair mukus serviks anda. Cecair yang jernih seperti putih telur yang mentah, itu menandakan anda sedang berada dalam tempoh subur.

Jadi, jika anda mahu meningkatkan kemungkinan mengandung pada waktu itu amalkan pemakanan yang baik dan cara hidup lebih sihat dan cergas. Tingkatkan kualiti ovum dan bantu suami untuk tingkatkan kualiti sperma supaya dapat berenang dan hidup lebih lama dalam uterus. Pemakanan ulam-ulaman adalah sangat membantu sebenarnya tanpa anda sedari. Jika anda berminat untuk mendapatkan sumber makanan organik dan tinggi kualitinya, anda boleh mencuba produk Shaklee kerana ianya adalah 100% sumber organik.

Antara produk yang biasa saya syorkan bagi meningkatkan kesuburan ialah seperti di bawah:

A) Suplemen untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

  • GLA Complex: membantu perlekatan ovum dan sperma
  • Alfalfa: membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersama
  • Vita E: meningkatkan perasaan hangat dan keinginan bersama
  • B-Complex: bagi yang memerlukan untuk mengurangkan tekanan

B) Suplemen untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki

  • Vita E: tingkatkan kesuburan melalui Selenium
  • Zinc Complex: membantu meningkatkan bilangan, ‘motility’ (pergerakan)  dan ciri-ciri sperma
  • B-Complex: bagi yang memerlukan untuk mengurangkan tekanan

Bagi meningkatkan keberkesanan dan khasiat yang optimum, sila dapatkan panduan seperti yang saya cadangkan di akhir pembelian nanti.

* Info lain: Kitaran Haid dan Tempoh Subur

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.