Kolagen | Tiada Jaminan Untuk Anda Muda

Nak tahu siapa yang lack of collagen? Anda sendiri boleh uji pengetahuan anda mengenai kolagen. Bagaimana? Mungkin anda boleh pilih dua orang yang sama umurnya untuk diuji. Perhatikan, siapakah yang kelihatan lebih tua dari usia dan tanyakan apakah amalan pemakanannya selama ini? Saya dah cuba. Nak tahu apa jawapannya? Mereka yang menjaga pemakanan seperti banyakkan ulam-ulaman, amalkan minum air putih yang mencukupi, tidak mengalami masalah gangguan tidur dan amalkan cara hidup sihat setiap hari adalah antara orang yang sentiasa kelihatan awet muda. Kenapa? Kerana pemakanan dan sel memang saling memerlukan.

Kolagen, tiada jaminan untuk anda muda

Selama ni kita kongsikan mengenai keistimewaan kolagen dan kepentingannya kan? Tapi hari ini saya nak kongsikan satu perkara yang memeranjatkan. Sebenarnya, kolagen tidak memberikan sebarang jaminan untuk anda kelihatan muda remaja. Nak tahu kenapa? Kerana kolagen akan menyusut dan berkurangan mengikut peredaran usia. Maknanya, kolagen memang akan hilang. Tiada jaminan untuk kolagen bertambah. Waktu itu, kulit akan jadi kendur, berkedut dan tak cantik. Tapi sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan kolagen?

Kolagen ialah komponen semulajadi protein yang terdapat pada kulit yang bertindak seperti binaan blok utama kepada sel, tisu dan orang-organ dalaman kita. Ianya boleh didapati pada tulang, otot dan tisu organ. Wanita akan mengalami penyusutan kolagen lebih banyak berbanding lelaki. Penyusutan kolagen bagi wanita berlaku 1% setiap tahun. Bayangkan, ketika umur wanita mencapai 50 tahun kita sebenarnya telah kehilangan 50% daripada yang kita ada sebelum ini.

Apakah faktor pemusnahan kolagen ini?

  • Tekanan
  • Kekurangan nutrisi
  • Terlampau terdedah kepada sinaran uv dari matahari yang kemudiannya merosakkan kulit
  • Rokok
  • Dadah
  • Alkohol
  • Terdedah kepada pencemaran

Sumber

Sejauh mana kita dapat hindarkan diri dari faktor-faktor di atas? Perkara-perkara seperti amalan pemakanan dan kawalan stres maish mampu dikawal. Namun, perkara-perkara di luar kawalan manusia seperti pencemaran dan pendedahan kita kepada matahari adalah sukar untuk diketepikan.

Maka, kolagen memang akan hilang kerana ia adalah proses semulajadi. Tapi, siapa yang nak tua cepat kan? Siapa yang sanggup lihat wajahnya berkedut seribu seawal umur 4o tahun? Nehiiiii…. !

Penuaan itu boleh dilambatkan tetapi tiada jaminan untuk anda muda. Mulai sekarang, belajar amalkan ulam-ulaman dan amalkan pemakanan yang sihat seperti orang tua dulu-dulu. Cepat atau lambat penuaan itu berlaku adalah bergantung kepada nilai kolagen yang terdapat dalam badan kita sekarang. Siapa yang mahu maintainkan kolagen dalam badan sebanyak mungkin? Meh ikut saya.

Selain dari ulam-ulaman, suplemen tambahan seperti Collagen Powder juga membantu mengekalkan kolagen sebanyak mungkin. Ianya tiada jaminan memudakan anda, tapi sekurang-kurangnya bila makcik berumur 56 tahun pun kelihatan seperti pertengahan 30-an gara-gara kolagen masih melentik dalam kulit, siapa yang tak nak kan?

Tapi, di saat saya menulis ni Collagen Powder tiada di pasaran hingga dimaklumkan kerana terdapat beberapa penambahan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen yang optimum kepada penggunanya. Sesiapa yang amalkan Collagen Powder macam saya dan sudah ketiadaan stok, amalkan saja suplemen Shaklee yang lain yang membantu pengekalan kolagen dalam badan seperti:

  • ESP
  • Sustained Release Vita C-Plus
  • Vita-E Complex
  • Carotomax
  • B-Complex

Jangan bersedih sementara menunggu stok Collagen Powder okeh.

*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma, CahayaVitamin, VitaminKita, MommaSihat dan Celik Nutrisi 

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Kolagen | Tiada Jaminan Untuk Anda Muda

  1. Maizura says:

    Entri yang menarik dan berinformasi!
    Maizura recently posted…Print Sendiri Planner 2015My Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.