Kuat Kerana Allah

Kuat kerana Allah..

Kuat Kerana Allah

Saya teringat kata-kata ini daripada seseorang yang saya anggap sudah berjaya. Beliau merupakan kawan sekolah menengah saya dulu. Setelah bertahun-tahun tak bertemu, kami akhirnya bertemu di Facebook. Beliau kelihatan sangat yakin dan sering dijadikan rujukan mereka yang mahu berjaya dalam perniagaan. Saya agak kagum dengan kejayaan beliau kini dan menganggap beliau sebagai idola saya untuk berjaya.

Kata-kata dalam statusnya sentiasa berbaur semangat kepada rakan-rakan Muslim yang berniaga. Sebelum beliau berjaya ke tahap sekarang, beliau terpaksa mengharungi pelbagai rintangan yang sangat berat. Allah SWT berikan dugaan yang sangat hebat buatnya. Menurut cerita yang pernah saya tahu melaluinya, beliau pernah diceraikan dan pulang ke kampung halaman dengan berbekalkan hanya RM50 yang diminta dari Ayahnya malam itu juga.

Setiap hari beliau menangis. Kandungannya gugur. Diceraikan dan dihalau pula keluar dari rumah oleh bekas suaminya. Waktu itu, Ayahnya kuat memujuk dan berpesan supaya mendekati Allah SWT. Banyakkan solat Tahajjud untuk mendapatkan kekuatan dari Allah. Doa banyak-banyak minta Allah berikan yang lebih baik.

Alhamdulillah… Doanya dimakbulkan oleh-Nya. Beliau dipertemukan seseorang yang sangat menyayanginya dan bukan itu saja. Allah berikan beliau kejayaan demi kejayaan dan rezeki yag melimpah-ruah dalam setiap perniagaan yang beliau ceburi. Bukan senang nak jadi senang tapi semuanya tidak mustahil jika kita terima dan redha dengan dugaan itu sebagai satu bentuk cabaran untuk berjaya.

Saya juga nak jadi seperti beliau! Saya nak jadi kuat walaupun Nampak ada kesukaran yang berada di depan saya. Tapi, segalanya tidak mustahil kalau kita berusaha pecahkan tembok itu! Masih terbayang-bayang ayat yang dijawab bila soalan ini diajukan kepadanya,

“ Lin, macam mana Lin boleh berjaya macam sekarang ni ye? Apa yang buatkan Lin kuat?”

“ Lin kuat kerana Allah..”

MommaSihat.Net
SMS | Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.