Makanan segera punca obesiti kanak-kanak

obese-babies-study

Cuba tengok gambar bayi di atas. Comel kan? Tapi kecomelan ini hanya kelihatan ketika bayi masih kecil. Bila usianya meningkat nanti, dapatkah dibayangkan kesan obesiti ini kepada kehidupan hariannya? Bagaimana dengan persekitaran kanak-kanak obesiti ini nanti? Bagaimana pula dengan hubungannya dengan kawan-kawan nanti. Hmmm… Menarik kan? Tahukah anda, kanak-kanak obesity cenderung untuk membunuh diri? Cuba pandang sekeliling anda. Pernah terfikir tak kenapa kanak-kanak sekarang gemuk-gemuk belaka? Ramai pakar kesihatan bersetuju menyatakan kegemukan yang melanda Malaysia ini berpunca dari masalah makanan segera. Ya.. Makanan segera punca obesiti kanak-kanak sebenarnya. Mari kita study apa sebenarnya berlaku bila kita sajikan makanan segera kepada anak-anak setiap hari?

Makanan segera punca obesiti kanak-kanak

Kebanyakan restoran makanan segera ini menawarkan makanan segera yang cepat, mudah, murah dan rasa yang enak. Maka tidak hairanlah ramai ibu-bapa memilih untuk membeli makanan-makanan segera ini kerana penyediannya ringkas tanpa perlu membazirkan masa. Namun, tidak ramai yang mengambil berat kesan pengambilan makanan segera secara berterusan untuk tempoh jangka panjang.

kids-eating

  • Kandungan perisa yang turut mengandungi sodium dikatakan boleh mengganggu kalsium yang diserap ke dalam tulang. Apabila kalsium ini terganggu, kepadatan tulang menjadi semakin kurang dan boleh merapuh sebelum masanya.
  • Garam yang berlebihan boleh mempengaruhi kesihatan buah pinggang, strok dan tekanan darah tinggi.
  • Gula meningkatkan risiko kencing manis jika tidak dikawal pengambilannya. Namun, tahukah kita kandungan gula yang sebenar yang terdapat dalam makanan segera yang diberikan kepada anak-anak?
  • Kalori makanan juga penting untuk kita tahu, berapakah kandungannya di dalam setiap hidangan makanan segera yang diberikan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak yang kurang aktif cenderung untuk tidak membakar kalori pada kadar yang sepatutnya. Pembakaran kalori yang kurang aktif ini boleh meningkatkan risiko obesiti kerana berlakunya pengumpulan kalori dalam badan.

Obesiti dikatakan semakin meruncing di seluruh dunia kerana kini bukan hanya dewasa yang mengalaminya, malah bayi sekecil umur 1 tahun pun boleh dikategorikan sebagai obesiti. Jangan biarkan kesibukan tugas kita sebagai ibu-bapa menyebabkan masalah pemakanan anak-anak kurang dititikberatkan. Sebagai seorang kanak-kanak, mereka sepatutnya aktif bermain bersama rakan-rakan sebaya. Sakit sikit-sikit seperti demam, selsema dan batuk adalah perkara biasa. Tapi cuba bayangkan budak sekecil di atas itu tiba-tiba saja mengalami serangan jantung? Sesak nafas? Strok? Nauzubillah.. Minta dijauhkan anak-anak kita daripada menghidap penyakit-penyakit bahaya ini. Apa pun, pemakanan sihat sepatutnya bermula dari kita sebagai ibu-bapa. Jangan hanya kerana nak cepat, soal kesihatan anak-anak digadaikan.

Di Shaklee, kami menawarkan suplemen bercirikan organik yang sangat selamat diamalkan setiap hari. Kanak-kanak boleh mengamalkannya sebagai nutrisi tambahan untuk menampung kekurangan zat badan akibat daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Anda boleh sediakan suplemen-suplemen di bawah untuk anak-anak anda.

Berikan yang terbaik untuk anak-anak anda, anda pasti gembira.

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi ,MinAinaIlaAina, MamaOlin, VitaMoon dan BabyKawaiiStore 

MommaSihat

012-4020841

4 Response to Makanan segera punca obesiti kanak-kanak

  1. ojasamid says:

    fast food memang sedap tapi kalau mak ayah fikirkan kesan jangka panjang tu memang seriau lah nak bagi selalu. kesian kat anak..sampai ke tua boleh obese. 🙁
    ojasamid recently posted…Penyakit Progeria Buat Cucu Jauh Lebih Tua Daripada Nenek SendiriMy Profile

  2. Ikhwan Fahmi says:

    keluarga saya makan juga, cuma sekali sekala je.
    Ikhwan Fahmi recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    • mommasihat says:

      wow..! sekali sekala je? bestnya.. keluarga contoh dah ni.. boleh je makan sesekali. jangan dibiasakan setiap hari. tak elok untuk kesihatan jangka panjang. 🙂 (tapi saya pun macam tu jugak)

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.