Masalah Badan Berbau

Masalah badan berbau

Entri kali ini menarik minat saya untuk berkongsi sedikit info mengenai masalah badan berbau ini. Saya tertarik untuk mencari info ini memandangkan salah seorang makcik saya asyik mengeluh mengenai bau badan anaknya yang baru baligh itu yang agak kuat. Macam-macam yang dah dicuba termasuk menyuruh anaknya itu kerapkan mandi dan memakai deodorant namun tidak berhasil.

Anaknya kategori kuat berpeluh juga dan biasanya beberapa minit selepas sedikit berpeluh, badannya mula berbau. Makcik ini risaukan perkara itu boleh memberi kesan kepada masalah yang lain pula kerana baru-baru ini si anak mengadu kawan-kawannya mula menjauhkan diri disebabkan tidak tahan dengan bau badannya. Di peringkat umur mereka yang meniti keremajaan, perkara sebegini boleh mengundang masalah lain seperti keyakinan diri.

Selesaikan masalah bau badan ini secepat yang mungkin

Selesaikan masalah bau badan ini secepat yang mungkin

Ok.. Berbalik kepada masalah bau badan dan puncanya. Melalui laman web DEMC Specialist Hospital Shah Alam, pencernaan yang tidak baik juga antara faktor masalah badan berbau. Dalam tubuh kita mempunyai dua jenis kelenjar yang berkaitan dengan peluh iaitu kelenjar Eccrine dan kelenjar Appocrine. Biasanya malah badan berbau disebabkan cecair yang dirembeskan oleh kelenjar Appocrine adalah lebih banyak daripada cecair yang dikeluarkan oleh kelenjar Eccrine. Melalui tulisan Earl Mindell pula, selain dari peluh masalah badan berbau ini juga boleh berpunca dari kekurangan khasiat Zinc dan B12 dalam badan. Kedua-dua nutrien ini menyeimbangkan pengeluaran peluh.

Bagi mereka yang mahu menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat disamping memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik, saya mencadangkan suplemen-suplemen di bawah bagi membantu anda mengatasi masalah badan berbau:

  • Zinc Complex¬†
  • Alfalfa
  • Garlic
  • Herb-Lax

 

By MommaSihat.Net
SMS|Whatsapp: 012-4020841
PM:http://www.facebook.com/messages/mommasihat

2 Response to Masalah Badan Berbau

  1. Nurul Fazreen Othman says:

    Alfalfa sgt berkesan untuk mencegah badan berbau.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.