Melancong ke Destinasi Impian

Entri kali ini sedikit berbeza. Ianya membuatkan saya mengingatkan kembali destinasi perlancongan luar negara yang sangat-sangat saya inginkan suatu ketika dulu. Ada beberapa negara yang ingin saya lawati iaitu Jepun, Australia, UK dan Itali. Ada sebab-sebab tersendiri untuk saya sematkan di fikiran, kenapa saya pilih negara-negara ini? Mari saya bawa anda semua melancong ke destinasi impian saya sejenak. (ke destinasi-destinasi yang menjadi impian saya sebenarnya)

Melancong ke Destinasi Impian

Melancong ke Australia

Oh… Saya sangat berminat untuk ke Australia setelah salah seorang keluarga angkat Mama dan Abah saya melanjutkan pengajian di Perth, Australia. Waktu itu, saya berangan untuk menjejakkan kaki saya di Sydney dan Gold Coast.Teringin untuk melihat sendiri Kangaroo dan beruang Koala. In shaa Allah.. saya yakin akan ke sana juga suatu hari nanti. Pasti lebih bahagia bila dapat bawa keluarga tersayang ke sana nanti.

sydney sydney2gold coast

 

 

gold coast2

 

 

Melancong ke Jepun

Setelah tamat Diploma, saya sebenarnya mendapat tawaran di sebuah univeriti yang terletak di Pulau Kyushu. Saya dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai universiti tersebut dan semestinya, maklumat mengenai Pulau Kyushu. Saya diberitahu, kos sara hidup di sana adalah rendah berbanding tempat-tempat besar seperti Tokyo. Pulau Kyushu merupakan pulau ketiga terbesar di Jepun. Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sana ialah Kurokawa Onsen yang dipenuhi oleh pelbagai jenis kolam air panas khusus untuk pelancong dan warga tempatan. Aso Mount, iaitu gunung berapi yang masih aktif dan mempunyai satu kawah gunung berapi di situ. Ada macam-macam lagi maklumat yang saya peroleh mengenai kawasan ini dulu.

Namun, disebabkan ‘course’ yang ditawarkan tidak menarik perhatian saya ketika itu, dan disebabkan ibu saya keberatan untuk melepaskan saya pergi, maka saya memilih untuk bekerja di Kualau Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran saya di UIA, Gombak. Walaubagaimana pun, keinginan saya untuk melancong ke Kyushu, Jepun masih kuat dalam minda saya. In shaa Allah.. Saya yakin akan jejakkan kaki saya di situ bersama keluarga tersayang.

Kyushu

Kyushu2

Kyushu3

 

 

 

 

 

 

Kyushu5

 

 

 

 

 

 

Melancong ke UK

Keinginan saya untuk melancong ke UK tiba-tiba menerjah hati saya pada tahun 2013, apa bila seorang kawan melanjutkan pengajian di Edinburgh. Saya sengaja google Edinburgh dan mendapati, persekitarannya sangat cantik. Berdekatan dengan Scotland, pemandangannya saya gambarkan sangat indah dan menarik hati.

Edinburgh Edinburgh2

 

 

 

 

 

 

Melancong ke Itali

Venice adalah tempat yang romantik bagi saya. Saya pernah idamkan untuk menaiki gondola bersama suami tersayang di awal perkahwinan kami. Pasti romantik dan mengasyikkan. Alangkah bahagianya jika saya dapat berada di situ. Namun, saya masih belum diberi kesempatan untuk melancong kesana lagi buat masa ini. Mungkin kerana niat saya untuk tunaikan umrah masih belum tertunai kerana saya pernah berniat untuk melancong hanya setelah saya selesaikan umrah pertama saya di Mekah.

venice venice2 venice3

 

 

 

 

 

 

Tapi sebenarnya kan, pihak Shaklee juga menawarkan destinasi perlancongan luar negara yang menarik setiap tahun dan hanya ditawarkan buat mereka yang layak dengan National Conference point yang tinggi. Setakat ini, saya hanya pernah merasa tiket perlancongan tempatan sahaja. Belum lagi layak untuk trip ke luar negara. Namun in shaa Allah.. Saya yakin akan peroleh sekurang-kurangnya dua tiket antarabangsa nanti. In shaa Allah.. Oh ya.. Tahun ini, Shaklee bakal menerbangkan mereka yang layak untuk ke Itali!

 

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Melancong ke Destinasi Impian

  1. Maizura says:

    Course apa yang dapat kat Kyushu tu kak reen?Saya pun teringin nak ke Jepun, asyik dengar cerita husband je sebab dia penah dok sana buat intern.
    Maizura recently posted…Ada Apa Dalam Almari? Cerita SeramMy Profile

    • mommasihat says:

      Business Administration mai. Tak minat pun dulu. Tapi dah join Shaklee ni, mcm menyesal lak tak belajar Business dulu.. Huhu…

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.