Oh.. Seksanya ‘Evening Sickness’!

Lama betul saya tak menulis. Manakan tidak. Nak tengok handphone dan laptop pun menjadi satu alahan bagi saya. Rasa nak nangis tengok blog saya yang tidak ber’update’ setiap hari. Tapi apakan daya, saya memang tidak mampu nak melawan evening sickness saya ini..

Bagaimana Tangani Evening Sickness?

Lain dari pengalaman terdahulu, kali ini saya mengalami loya-loya dan mual yang agak teruk bermula jam 4 petang hingga ke waktu malam. Biasanya, apa sahaja yang saya bau atau nampak ketika ini akan membuatkan tekak terus terasa kembang. Hidung akan jadi kembang-kempis menahan muntah.

Seksanya Evening Sickness..

Mungkin juga atas faktor usia, saya memang akan terus flat sebaik sahaja tiba di rumah. Rasa macam nak baring sahaja di katil sehingga pagi. Saya paksa juga tekak menelan sesuatu tetapi biasanya tak sampai sejam, saya akan berlari ke bilik air untuk muntahkan segala-galanya. Serius.. Saya rasa penat sangat..

Berlainan dengan waktu pagi, walau kelaparan saya masih rasa segar berbanding pada waktu malam. Maka, perlahan-lahan, saya belajar mengatasi evening sickness ini dengan mencuba pelbagai cara sehingga saya akhirnya berupaya menghadapi masalah evening sickness ini dan masih lagi melamainya hingga di saat saya karangkan entry ini. Diharap tips ini membantu anda yang lain.

Cara tangani masalah evening sickness

  1. saya akan makan kuih-muih dahulu ketika memandu ke tempat kerja atau sebaik sahaja tiba di pejabat (bergantung kepada awalnya waktu meeting)
  2. saya akan ambil heavy meal sebagai sarapan pagi. Biasanya Nasi Lemak atau Nasi Tomato. Saya terpaksa elakkan Nasi Kerabu ketika ini kerana baunya akan membuatkan tekak saya kembali kembang
  3. saya akan makan nasi berlauk seperti biasa di waktu tengahari, tetapi terpaksa elakkan cafe yang tertutup dan tidak di kawasan terbuka kerana bau masakannya yang kuat mampu mengeluarkan segala isi perut saya ketika itu juga.
  4. di antara waktu rehat petang, sebelum pulang ke rumah, saya sulamkan dengan biskut atau kudapan-kudapan ringkas seperti Corn Flakes, biskut kering dan buah-buahan bagi menampung keperluan perut saya di waktu malam
  5. saya jarang dapat menikmati makan malam kerana alahan saya terlalu teruk waktu ini. Maka, saya putuskan untuk mengamalkan roti telur, biskut atau Corn Flakes sahaja sebagai bantuan alas perut sebelum tidur.

Alhamdulillah.. Dapat juga saya kongsikan beberapa tips dengan kawan-kawan yang mengalami masalah seperti saya ini. Setakat ini, saya berjaya elakkan pengambilan ubat tahan muntah yang doktor berikan kepada saya. Bukan akibat degil tetapi saya sangat-sangat risau akan kesihatan bayi yang dikandung. Saya masih kuat menghadapi alahan ini, cuma terpaksa elakkan diri menghadap laptop dan handphone di waktu malam selagi saya masih belum kuat.

Loya dan mual

Selain itu, saya juga nasihatkan ibu-ibu hamil yang lain mengamalkan hanya suplemen penting waktu ini bagi mengurangkan beban alahan disamping menambahkan keperluan anda dan bayi yang dikandung. Maka, suplemen apa yang penting?

  • Iron
  • Asid folik
  • B-Complex
  • Vitamin C

Saya amalkan basic supplement sahaja waktu ini iaitu Vita-Lea, B-Complex dan Sustaining Released Vita C setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa flat itu. Pernah juga saya mencuba untuk tidak makan apa-apa suplemen untuk satu hari. Akibatnya, diri saya hanya mampu terlantar di sofa dan katil sepanjang hari hingga anak-anak dan suami terabai hari itu. Disebabkan itu, saya nekad untuk mengamalkan suplemen tanpa missed bagi membolehkan saya membuat kerja-kerja rumah walaupun masih mengalami alahan.

Diharap tips ini membantu kawan-kawan di luar sana. Jom jadi ibu berjaya!

 

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.