Pasang Surut Rumahtangga | Kelebihan Berkahwin Di Usia Matang

Hari ini, entri saya lain sedikit daripada biasa. Tertarik untuk kongsikan pengalaman saya ‘mendengar’ kisah-kisah rumahtangga yang berlaku ke atas mereka yang berada di sekeliling saya. Tatkala telinga ini mendengar keluhan dan luahan mereka yang sudah berkahwin, saya sedar akan kelebihan berkahwin di usia matang.

berkahwin

Gambar Hiasan : Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat mulia kerana mencegah manusia dari berlaku maksiat

 

Kelebihan Berkahwin di Usia Matang

Saya suka sebenarnya melihatkan pasangan muda yang berkahwin. Bagi saya, ianya bagus untuk elakkan fitnah dan maksiat. Namun, sejak akhir-akhir ini saya dapati terlalu banyak penceraian yang berlaku di awal usia perkahwinan. Kita berkahwin bukan untuk sehari dua. Dan apa yang saya bayangkan, pasangan kita itu seharusnya bersama-sama dengan kita walau susah dan senang hingga ke akhirat. Saya juga bayangkan, saya dan pasangan akan menjadi pasangan bahagia di syurga nanti. Harap dimakbulkan. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Berbalik kepada tajuk utama kita tadi, saya dapati mereka yang lewat berkahwin iaitu dari usia 28 dan ke atas lebih bijak membuat keputusan dan tidak semberono serta tidak mengikut perasaan. Zaman bercinta tidak pernah sama dengan waktu berkahwin. Kalau ketika bercinta, pasangan yang bergaduh boleh berbaik semula tanpa dipinta. Tapi bila berkahwin, segala-galanya berubah.

Buat wanita, jangan terlalu beremosi ketika meluahkan perasaan kepada si suami dan jangan sesekali begitu mudah menyebut perkataan “Tolong ceraikan saya!”. Nehiii……! Kalau zaman bercinta, salah sedikit pasti disebut perkataan ” Kita putus!” tetapi ianya tidak boleh diamalkan setelah berkahwin.

Silap Percaturan “Tolong Ceraikan Saya”

bergaduh2

Melalui pengalaman saya sebagai seorang wanita, wanita biasanya menyebut perkataan ini ketika emosi dengan niat minta dipujuk sebenarnya. Namun, bagi penerimaan lelaki pada waktu itu ianya akan meningkatkan lagi kemarahan mereka. Mungkin tanpa sedar, si suami tersilap percaturan dengan mengiakan cerai yang diminta.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Bagi pasangan muda yang sedang hangat bercinta, kahwin bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Emosi, kepercayaan, kesetiaan dan segala rintangan harus dihadapi bersama dengan perasaan yang lebih rasional dan waras.

Pasangan muda yang educated juga saya dapati mudah terperangkap dalam ego masing-masing. Jika ada sesiapa yang terasa ketika membaca entri hari ini, harap maafkan saya. Tetapi ini adalah hasil pengalaman saya mendengar luahan pasangan-pasangan muda hari ini.

Persefahaman tidak akan wujud sehari dua. Walaupun berkawan 8 tahun sebelum berkahwin pun belum tentu memberikan persefahaman yang sepatutnya melainkan mereka betul-betul pandai dan bijak membuat keputusan.

Kenapa Perlu Bergaduh?

Sebelum membiarkan diri kita dipenuhi perasaan negatif dan emosi, tanya kepada diri kita sendiri

” Berbaloikah saya rasa sakit hati disebabkan oleh perkara ini?”

Sekurang-kurangnya, 90% daripada pergaduhan dapat dielakkan apabila kita sentiasa bertanya, “Adakah ini benar-benar penting?” (menurut penulis The Magic of Thinking Big)

Mungkin anda boleh cuba? Biasanya, perkara yang mencetuskan pergaduhan ialah apabila kita menyalahgunakan komunikasi atau tidak berkomunikasi dengna betul dan pada waktu yang tidak tepat. Perkara remeh-temeh boleh menjadi isu besar jika kita tidak mempunyai tolak-ansur yang cukup kuat.

berbaik

Gambar Hiasan: Elakkan pergaduhan dengan berfikir sejenak, “pentingkah isu ini?”

 

Bercerai atas sebab tiada persefahaman biasa berlaku di awal perkahwinan kerana masing-masing membiarkan perasaan ego menghuni hati masing-masing termasuklah mereka yang educated. Setinggi mana pun taraf pendidikan seseorang itu, mereka tetap kalah dalam menangani masalah rumahtangga atas sebab keegoan dan kepercayaan yang ditanam dalam diri iaitu, “walaupun bercerai, aku tetap mampu bertemu dengan orang lain yang lebih baik dari kau”.

Kesimpulannya, kematangan pemikiran seseorang itu boleh membendung penceraian daripada berlaku. Atasi segala masalah dengan emosi yang terkawal dan tolak ansur yang paling bijak.

Oh ya.. Saya bukan lah pakar perunding rumahtangga tetapi saya seorang isteri kepada seorang suami yang telinga tebal dan tidak endahkan sangat mulut bising isterinya ini. Saya juga seorang yang boleh mendengar dan mendiamkan diri bila encik suami pula membebel atas kesalahan saya. Tak lupa juga, saya seorang ibu kepada dua anak lelaki yang bijak dan juga pengedar Shaklee terbaik di Jawi, Juru, Sungai Bakap, Nibong Tebal dan Pulau Pinang! Jangan lupa undi saya.. (tiba-tiba)

MommaSihat

012-4020841

4 Response to Pasang Surut Rumahtangga | Kelebihan Berkahwin Di Usia Matang

  1. Yang paling penting kena tolak ansur dalam rumahtangga. Tidak kiralah berkahwin usia muda mahupun matang 🙂
    azimah mohd zainuddin recently posted…Resepi Bubur Nasi AnakMy Profile

  2. Dr Fattah says:

    kasihan pada pasangan yang bercerai diusia muda.
    Dr Fattah recently posted…Nota Separa Perubatan Mengenai Senaman Yang SelamatMy Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.