Pemakanan Semasa Pantang Bersalin

Pemakanan semasa pantang bersalin, apakah yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan? Kalau dulu-dulu, orang Melayu Tradisional hanya mengamalkan sedikit nasi panas, ikan masin dan lada hitam sebagai makanan berpantang bagi ibu-ibu yang baru selesai bersalin. Air suam pula hanya dibenarkan aras ke-2 jari telunjuk sahaja sekali minum. Disebabkan kekurangan khasiat itu lah, ibu-ibu pada waktu itu mengalami masalah HB yang rendah serta mengalami masalah buah pinggang.

Pemakanan Semasa Berpantang

Amalan jamu ketika berpantang adalah amalan yang bagus bagi memanaskan tubuh. Waktu ini, hanya makanan-makanan yang tidak berangin dan tidak sejuk sahaja yang dibenarkan. Apakah makanan yang sejuk dan berangin itu? Ada beberapa senarai yang menarik untuk dikongsikan di sini. Namun hakikatnya, setiap individu mempunyai ‘pantang’ sendiri terhadap makanan ini. Anda patut lakukan teknik ‘try and error’ lah nampak gayanya.

Daging:

Ianya digalakkan dimakan asalkan tidak mengundang kegatalan kepada luka jahitan tersebut. Contoh daging yang dibolehkan ialah daging batang pinang, daging ayam kampung dan daging buruh puyuh. Anda dinasihatkan tidak mengambil ayam biasa kerana dikhuatiri suntikan genetic pada ayam tersebut boleh menyebabkan keradangan dan kegatalan pada luka terbabit.

Sayur:

Untuk menyalurkan mineral dan khasiat lain kepada si kecil anda, sayur adalah sangat perlu. Contoh sayur yang tidak sejuk ialah sayur sawi, ubi kentang, lobak merah, lobak putih dan peria. Namun begitu, ada juga sesetengah orang tidak boleh mengambil peria kerana mengakibatkan kesejukan. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang mempunyai pantang yang berbeza.

Ikan

Untuk mendapatkan khasiat protein yang baik, anda digalakkan mengambil ikan yang dibakar dan bukannya digoreng. Contoh ikan yang sesuai ialah ikan haruan, ikan yu, ikan jenahak, ikan gelama, ikan merah, ikan tenggiri, ikan bawal putih dan ikan senangin. Ada sesetengah orang tidak boleh mengambil ikan kembung kerana dikhuatiri mengundang kegatalan namun ianya sesuai untuk saya.

Makanan Lain

Kurma, Kismis, Kekacang seperti kacang tanah dan kacang soya memberikan khasiat yang tersendiri. Ada juga orang yang menyalahkan kacang soya sebagai ‘pembawa angin dan sejuk’ untuk orang berpantang tetapi bagi saya, pemakanan berpantang ini adalah subjektif. Tidak semua orang yang tidak sesuai dan alah kepada kacang soya. Orang Jawa mengamalkan tempe bakar sebagai salah satu hidangan berpantang.

Berkata mengenai tempe yang diperbuat dari kacang soya ini, makanan tradisi ini memang tidak dapat dipisahkan dari orang Jawa. Orang Jawa juga terkenal sebagai pedagang yang hebat suatu ketika dulu dan berhijrah ke seluruh dunia sebagai pedagang. Maka saya menolak sesetengah pendapat yang mengatakan kacang soya ini adalah makanan Yahudi. Mungkin juga benar tetapi Allah memberikan kita pelbagai pilihan di muka bumi ini untuk dijadikan sebagai makanan asalkan ianya halal dan mengikut syarak.

Apa pun seperti yang saya katakana tadi, setiap orang mempunyai pantangnya yang tersendiri. Soya dan tempe adalah menu harian saya yang ada mempunyai darah Jawa ini. Tiada alahan langsung ketika saya amalkan ESP yang berasaskan soya bukan genetik ini sebagai minuman harian saya ketika berpantang sehingga kini. Jika anda nak tahu, ketika turun darah semasa berpantangkan Iqbal dulu, ESP lah yang banyak membantu saya mendapatkan semula darah ketika darah yang berketul-ketul itu keluar. Boleh baca di sini untuk info lanjut.

Apa pun hidangan yang anda amalkan ketika berpantang, pastikan ianya memberikan khasiat yang secukupnya kepada anda dan bayi. Lakukan ‘try and error’ untuk anda memahami reaksi tubuh anda dan apakah makanan yang seharusnya anda elakkan ketika berpantang. Bagi mereka yang mahu menyusukan bayi secara penuh dan tidak boleh mengambil jamu, saya galakkan anda mengambil suplemen organik Set Berpantang bagi membantu masalah anda.

Selamat Berpantang!

 

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.