Pendarahan Hidung | Apakah Puncanya?

” Mama, Hidung Akhtar berdarah lagi!” jerit Rafiq yang kedengaran sedikit panik. Saya berlari mendapatkan Akhtar yang tegak berdiri mendongak ke langit. Kelihatan darah mengalir perlahan-lahan keluar dari hidungnya. Bila hidung anak berdarah, apa yang perlu dilakukan? Yang penting, jangan panik! Jom baca sedikit info mengenai pendarahan hidung yang saya peroleh infonya daripada laman kesihatan.

Hidung berdarah (Gambar Hiasan)

Pendarahan Hidung

Pendarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ia boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?

  • Sejuk dan alahan.
  • Jangkitan pada salur hidung (sinus).
  • Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing di dalam hidung.
  • Dinding tengah hidung senget.
  • Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor).
  • Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia [bilangan platlet yang rendah] dan penyakit darah contoh hemophilia).
  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
  • Tindak balas bahan kimia.
  • Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.

Apakah rawatan untuk hidung berdarah?

Langkah kecemasan:

  1. Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
  2. Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  3. Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
  4. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
  5. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  6. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  7. Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
  8. Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Bagaimanakah anda mengelakkan daripada hidung berdarah?

  • Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
  • Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.

Kesimpulannya, pendarahan hidung ini tidak tertakluk kepada hanya satu sebab. Tiada rawatan khusus untuk pendarahan hidung ini melainkan doktor mengenal pasti puncanya. Maka, apa yang saya lakukan bagi membantu anak-anak saya?

Saya kerap berikan anak-anak lebih kalsium seperti susu, keju dan yogurt bagi membantu menampung kehilangan darah yang mereka alami. Selain itu, saya juga berikan mereka Vita-Lea for Children bagi meningkatkan HB dan juga Chewable Vita C bagi membantu meningkatkan imun tubuh si kecil.

Harap tips ini membantu anda di luar sana.

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.