Pengalaman Bertubuh Gempal

Pengalaman Bertubuh Gempal

Alhamdulillah… Bertemu kita sekali lagi di kedai alam maya idaman saya ini. Semoga kawan-kawan sekalian sihat walafiat dan bahagia hendaknya. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri berbadan ‘gempal’ akibat daripada aktiviti pemakanan yang tidak terjaga.

Terus-terang, perubahan kenaikan berat badan ini berlaku di luar kesedaran saya sehingga lah tiba suatu hari di mana saya telah ke Jusco Queensbay Mall untuk membeli sepasang baju kerja yang baru. Tak tahu bagaimana saya nak luahkan rasa kecewa tatkala baju dan seluar yang dipilih tak muat seperti selalu. Rasa sakit hati bila baju yang disarungkan tidak muat di sesetengah bahagian. Penat sebab gara-gara sepasang baju sahaja, saya terpaksa berulang kali keluar masuk ke ‘fitting room’. Rasa macam nak menangis kerana selama ini saya tidak pernah sedar tabiat buruk pemakanan yang tidak terjaga selama ini telah memakan diri sendiri.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Macam mana ni? Baju dah tak muat. Badan makin bulat! Makin saya sedih, saya makin kuat makan. Selera semakin bertambah-tambah. Waktu ini, secara terus-terang memang saya berhenti ambil suplemen Shaklee kerana kononnya nak ‘test’ sistem metabolisme saya. Saya terlupa sekejap yang umur saya kini sudah semakin berusia. Injakan usia ini sebenarnya turut mempengaruhi sistem metabolisme yang menjadi semakin perlahan.

Baru kini saya memahami perasaan orang bertubuh gempal. Hati terasa sangat sedih bila tubuh berubah menjadi bentuk yang lebih bulat dan terlebih ‘sihat’. Tapi selera makan yang sentiasa bertambah itu menjerut diri sendiri ke arah pemakanan tidak sihat dan saya kalah dalam pertarungan untuk menurunkan berat badan.

Hati terasa sedih bila orang mula bertanya sama ada saya sedang mengandung gara-gara wajah dan tubuh yang agak berisi. Mana kan tidak, berat badan saya tiba-tiba mencanak naik lebih 65kg sedangkan saya tidak mengandung. Namun Alhamdulillah.. Kehadiran puasa sebulan tempoh hari mengajar saya erti kesabaran dalam mengawal makan. Dari situ, perlahan-lahan saya cekalkan hati untuk kembali dapatkan berat badan ideal atau setidak-tidaknya di bawah 55kg. Dengan izin Allah, berkat berpuasa di bulan Ramadhan itu saya mampu dapatkan berat badan 55kg. Memang hati rasa seronok sangat. Ceria betul saya membeli baju kurung baru yang saiznya lebih kecil.

Baju raya dah sempit..

Baju raya dah sempit.. Gambar Hiasan

Malangnya, keseronokan saya tidak bertahan lama. Dua minggu bercuti di Sabah mengembalikan ‘kegemilangan’ berat badan saya. Masuk minggu ketiga, tatkala dijemput ke majlis rumah terbuka baju kurung raya yang saya beli itu langsung tidak muat. Terasa gendut betul bila tubuh ini tersarung baju kurung ungu itu. Ok.. Saya tekad untuk mulakan semula pengambilan suplemen Shaklee yang saya tinggalkan sejak 2 bulan itu.

Nak tahu apa yang saya amalkan untuk dapatkan semula berat badan impian saya? Ok… Apa yang saya perhatikan, suplemen Shaklee yang membantu saya untuk kecilkan berat badan dengan lebih cepat ialah Cinch Shake Mix, ESP, Omega Guard dan Alfalfa Complex. Bukan saja berat badan lebih cepat turun, masalah selera makan saya juga terkawal. Perut jadi lebih ramping dan kurang buncit kerana lemak-lemak degil yang terdapat di perut lebih mudah disingkirkan.

Alhamdulillah.. Pengalaman bertubuh gempal ini membantu saya mengenali diri sendiri dengan lebih baik. Saya lebih menghargai kesihatan dan menjaga pemakanan dengan lebih baik. Kawan-kawan, jangan jadi macam saya. Menyesal pun tidak berguna. Apa yang boleh saya lakukan sekarang hanyalah berusaha untuk menjaga selera makan saya di samping mengamalkan cara hidup sihat. In shaa Allah, akan saya kongsikan cara pemakanan suplemen yang betul bagi menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Ok. Semoga bertemu lagi.

 

MommaSihat.Net

012-4020841

 

2 Response to Pengalaman Bertubuh Gempal

  1. Mama Olin says:

    Ni yg tak sabar nak try cinch shake ni

  2. Nurul Fazreen Othman says:

    Dulu pun kite pernah gemuk..tp skrang sejak consume vitamin Shaklee..nk kurus pny psl. Alhamdulillah dptla turunkan berat badan. Yang paling bestnya, xyah nk diet sgt. Just konsisten mkn then minum air bebanyak

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.