Pengalaman Indah Bersalin di Dewan Bersalin Muslimah

Kali ini entri saya lain daripada biasa. Ianya mengenai pengalaman saya sendiri yang bersalin dan disambut oleh doktor wanita yang menjadi impian saya sejak awal mengandung. Paling tak lupa, kedua-dua anak teruna saya selamat dilahirkan di Dewan Bersalin Muslimah, Permatang Pauh. Ingin saya kongsikan pengalaman indah bersalin di Dewan Bersalin Muslimah memandangkan semakin ramai yang peka dengan kelebihan disambut oleh doktor wanita dan bersalin dalam suasana yang lebih islamik.

Dewan Bersalin Muslimah (Gambar Hiasan)

Dewan Bersalin Muslimah

Dari awal lagi, saya sangat-sangat concern dengan doktor yang bakal menyambut kelahiran anak saya. Agak ngeri bila saya bayangkan jika bayi saya disambut oleh seorang lelaki. Huhu… Memang lah kata orang, saat itu adalah saat darurat. Takkan kita ingat mengenai siapa yang menyambutnya kerana waktu itu kita sendiri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan si kecil.

Namun, sebolehnya saya memohon jauh di sudut hati untuk diberi kemudahan oleh Allah SWT supaya dapat melahirkan bayi di tempat yang selesa dan mampu untuk saya bayar. Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya setelah saya menemui Dewan Bersalin Muslimah di internet, beberapa minggu sebelum melahirkan anak sulung.

Aurat terjaga

Sebaik sahaja tiba di perkarangan Dewan Bersalin Muslimah kira-kira pukul 4.00 pagi, saya dimasukkan terus ke Emergency Room untuk diperiksa bukaannya. Waktu itu, saya diberitahu bukaan baru 2cm. Mereka anggarkan saya bakal melahirkan anak sekitar pukul 12 pagi.

” Lamanya..” keluh dalam hati. Namun, saya berdoa minta Allah percepatkan waktu saya bersalin dan semoga dapat diringankan sakit ini.

Saya kemudiannya dimasukkan ke wad. Ruang biliknya tidak terlalu besar dan tidak juga kecil. Muat untuk diduduki oleh seorang penjaga. Bilik air persendirian yang disediakan sangat berdekatan dengan katil pesakit dengan dilengkapi water heater. Terdapat juga sebuah TV sebagai menenangkan hati si ibu yang belum tenteram sebenarnya.

Usai Solat Subuh, saya didatangi oleh seorang doktor wanita untuk memeriksa keadaan saya. Layanan yang diberikan sangat istimewa. Beberapa poster zikir untuk ibu-ibu amalkan sepanjang menunggu waktu bersalin turut disediakan. Sungguh, saya rasa sangat tenang. Sakit yang dialami itu rasa lebih cepat hilangnya. Alhamdulillah..

Bibir saya tidak putus-putus mengucapkan zikir. Perut semakin mengeras dan semakin sakit. Saya meminta suami memanggil nurse untuk diperiksa keadaan saya. Waktu itu jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Saya kemudiannya dibawa keluar ke labor room. Masih saya ingat, dalam keadaan sakit itu saya masih sempat disarungkan tudung. Ya.. Mereka bantu saya jaga aurat saya. Alhamdulillah..

Zikir disebut beramai-ramai sepanjang proses kelahiran

Sepanjang waktu saya mahu bersalin itu, doktor dan kesemua nurse yang ada sama-sama berzikir memuji kebesaran Allah SWT. Mama dan suami yang menemani saya waktu itu turut terasa syahdu dengan bacaan zikir yang memenuhi suasana labor room tersebut. Saya juga diberikan air selusuh dan dibacakan selawat sebelum minum.

Terus-terang, saya mati akal bagaimana untuk push ketika itu. Tiada pengalaman. Tiada tenaga akibat tidak makan pada hari sebelumnya. Saya melahirkan anak dalam keadaan yang tidak bersedia pun sebenarnya. Masih saya ingat, saya hampir putus asa dan menangis kerana tidak dapat push. Saya tak reti..

Suami dah semakin panik dan risau melihatkan bibir saya yang semakin kebiruan. Saya seakan lembik tanpa tenaga. Mama pula bisikkan berkali-kali minta saya kuat dan teruskan perjuangan kerana kesiankan si kecil yang masih berada di dalam. Takut lemas, katanya.

Zikir-zikir nama Allah masih lagi berkumandang. Malahan semakin kuat, seakan memberikan semangat kepada ibu baru ini. Setelah berhempas-pulas dan bertarung nyawa melahirkan anak sulung itu, Alhamdulillah.. Muhammad Rafiqul Islam Bin Amdan selamat dilahirkan.

Ya.. Masih saya ingat Rafiq yang tidak bersuara langsung setelah dilahirkan. Diam seribu bahasa walau tangan dan kaki dilihat menguit-nguit. Hati saya panik. Saya sudah tidak hiraukan sakit saya. TIdak hiraukan berapa jahit yang bakal diterima. Saya cuma tanyakan Rafiq.

Saya lihat doktor bertungkus-lumus menyedut kesemua lendir dan darah yang mungkin telah ditelan si kecil ketika dalam proses bersalin tadi. Hampir 10 minit disedut, akhirnya suara nyaring Rafiq kedengaran. Menitis air mata saya waktu itu. Ya.. Saya penat. Tapi bahagia setelah mengetahui anak saya selamat. Alhamdulillah…

**Video Rafiq disedut –> Video

Setelah semuanya selesai, saya dibawa kembali ke wad. Saya turut dipakaikan pakaian yang lebih panas. Segala peralatan bersalin telah disediakan oleh pihak Dewan Bersalin Muslimah. Alhamdulillah.. Semua kemudahan tersebut membuatkan saya tidak lagi bercadang untuk bersalin di tempat lain. Sememangnya jika anda mencari-cari tempat yang selesa dan dalam harga yang rendah untuk anda melahirkan bayi, saya cadangkan Dewan Bersalin Muslimah. Harga pakej bersalin sangat rendah berbanding di tempat lain.

Muhammad Rafiqul Islam Bin Amdan

Namun, jika anda mengalami komplikasi serius sepanjang mengandung, Dewan Bersalin Muslimah tidak sesuai untuk anda kerana mereka tidak mahu menanggung risiko. Walaupun pelbagai kemudahan lengkap tersedia di situ, tetapi keadaan ibu yang sangat berisiko jarang akan diterima oleh mana-mana hospital swasta.

Apa pun, saya sangat gembira dan rasa bertuah dapat merasai kedua-dua pengalaman yang indah ketika bersalin di sini. Semoga Dewan Bersalin Muslimah terus-menerus menyediakan perkhidmatan terbaik.

 

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.