Pengalaman Memulakan Bisnes Tanpa Modal

Saya tenung mesej tersebut lama-lama. Kemudian berkira-kira sendiri. Sengaja dibuangkan pandangan ke luar tingkap sambil menyusukan Akhtar Iqbal. Hmm.. Alhamdulillah.. Anak yang kedua kali ni rezekinya melimpah ruah. Susu sentiasa cukup untuk dia. Saya pandang sejenak susunan Set Menyusu Optimum yang berada di sebelah tilam tempat saya menghabiskan masa berpantang. Terlintas pula mesej reply Arnie atas pertanyaan saya semalam. Macam best je ada side income macam Arnie ni. Dia pun sama profesion dengan aku jugak, bisik saya dalam hati. Tapi, macam mana nak buat bisnes kalau dah tak ada modal? Boleh ke? Ada ke bisnes tanpa modal ni? Jawapannya, ADA.

Arabic corporate worker

(Gambar Hiasan)

Pengalaman memulakan bisnes tanpa modal

Kenapa saya pilih Shaklee? Ini lah salah satu sebabnya. Dengan hanya membayar yuran keahlian RM65 itu, saya sudah boleh berniaga. Terus-terang, saya tidak mengeluarkan modal langsung ketika mahu mulakan bisnes. Hanya berpandukan sharing is caring bersama kawan-kawan dengan ikhlas, saya peroleh pendapatan hingga mencecah 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah..

Bukan ingin mencanang satu dunia. Bukan juga ingin merencanakan cerita dongeng semata. Tapi ini adalah bersandarkan kisah benar saya sendiri yang mulakan bisnes tanpa modal. Bagaimana caranya? Mesti ramai yang nak tahu kan?

Sebenarnya, saya bersyukur kerana Allah SWT temukan saya dengan upline yang betul-betul mahu menunjukkan jalan. Beliau tidak pernah putus asa dalam memberikan tunjuk ajar. Hanya terpulang kepada kita sendiri sama ada mahu menuju ke ruang keluar kejayaan atau kegagalan.

Saya bergiat aktif dengan bisnes Shaklee hanya setelah dua bulan menjadi ahli. Pada mulanya, hanya beli untuk kegunaan sendiri. Namun, pertanyaan seorang kawan mengenai simpanan susu saya di peti ais office membuka mata saya. Tidak saya sangka, dengan hanya sedikit sharing kawan saya itu terus berminat untuk mendapatkan 1 canister ESP.

Rasa macam nak melompat. Nak menjerit pun ada. Baru dapat jual 1 canister ESP, saya dah rasa gembira sebegini. Alhamdulillah.. Mulai hari itu, Allah bukakan hati saya untuk teruskan sharing mengenai kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan di internet pula.

Bagaimana memulakan bisnes Shaklee tanpa modal?

bisnes tanpa modal

Tiada waktu yang tepat untuk anda mulakan

Tips ini khas untuk bisnes Shaklee sahaja kerana saya tidak familiar dengan produk lain. Buat kawan-kawan yang berminat untuk menyertai kami, anda hanya perlu join kami sebagai ahli sahaja. Kemudian, mulakan perkongsian kepada kenalan-kenalan untuk mengumpul modal. Tanpa modal, bisnes kita adalah terhad. Kita perlu menunggu orang bayar dahulu kepada kita, baru lah kita ada barang untuk dijual. Betul tak? Disebabkan itu, saya sarankan target awal kepada kenalan-kenalan dahulu.

Hasil jualan ini kemudiannya akan memberikan keuntungan, yang kemudiannya dibayar direct ke akaun bank kita pada setiap 14 haribulan di bulan berikutnya. Melalui bonus itu lah, saya mulakan sedikit demi sedikit untuk membeli stok. Saya mulakan dengan menyimpan stok yang mendapat demand yang tinggi dari kawan-kawan. Contohnya Alfalfa Complex, ESP, Vita Lea, B-Complex dan Vita C.

Tapi, harus diingat. Bisnes tanpa modal ini memerlukan daya kesungguhan yang kuat jika anda mahukan bonus keuntungan yang tinggi kerana tanpa stok, tak ramai customer tetap yang akan stay lama dengan kita. Setiap kali order, kena tunggu kita beli dulu, baru lah dia dapat produk tersebut. Rasa-rasa, berapa lama customer tersebut akan setia menunggu? Maka, anda boleh kumpul modal seperti jalan yang saya sarankan tadi untuk mendapatkan lebih keuntungan. Harus diingat sekali lagi,

ADA STOK = ADA CUSTOMER

Berpandukan formula di atas, saya semakin aktif mendapatkan jualan sehingga lah pendapatan saya dengan bisnes Shaklee ini berkali-kali ganda lebih tinggi dari harga RM65 yang saya keluarkan dahulu ketika pendaftaran. Terima kasih Arnie kerana ‘menarik’ saya dalam bisnes yang baik ini. Saya terhutang budi kepada kawan saya juga, Maizura Osman kerana beliau lah yang mengenalkan produk Shaklee kepada saya walaupun beliau bukannya ahli pun ketika itu.

Jika anda bertanya kepada saya, adakah saya menyesal berbisnes dengan Shaklee? Jawapan jujur dari saya ialah TIDAK. Dan ironinya, Maizura Osman yang hanya makan dan tidak pernah berminat untuk menyertai ahli, kemudiannya menyertai bisnes ini sebagai downline saya dan kini pemilik blog MAIA. 🙂

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.