Perlukah Saya Amalkan Suplemen?

Salam ceria semua! Semoga tips kesihatan dan ilmu megnenai suplemen yang saya kongsikan selama ini membantu anda sekeluarga menjalankan kehidupan yang lebih baik. Saya terpanggil untuk menulis entri kali ini dengan soalan cepumas, “ Perlukah saya amalkan suplemen? Saya dah sihat.”

Perlukah saya amalkan suplemen?

Ya.. Perlukah anda? Untuk menjawab soalan ini, saya ingin utarakan soalan-soalan di bawah ini kepada anda:

  • Adakah anda makan 3 jenis buah-buahan setiap hari?
  • Adakah anda mengambil nasi hanya setengah pinggan setiap hari?
  • Cukupkah pengambilan air putih setiap hari?
  • Adakah anda mengamalkan pemakanan seimbang setiap hari?

Jika YA, syabas! In shaa Allah dengan izin Allah, tubuh anda mempunyai sistem imun yang kuat untuk menentang penyakit berbahaya. Penyakit yang saya maksudkan di sini bukanlah seperti sakit-sakit ringan seperti selsema, batuk dan demam biasa. Penyakit yang dimaksudkan di sini adalah penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan anda kehilangan organ-organ penting seperti buah pinggang, paru-paru, jantung, pankreas dan organ-organ lain.

Jamu

Saya tertarik dengan mereka yang mengamalkan jamu sejak dulu dan akui ramai di antara mereka yang mempunyai tubuh yang tahan lasak dan kuat. Namun, pernah kah anda terfikir sejauh mana kah berkesannya jamu-jamu ini terhadap organ dalaman kita pada masa akan datang? Jamu untuk wanita kebanyakannya diciptakan bagi menguatkan rahim, mengetatkan vagina serta ciri-ciri seksual yang lain namun kurang menitik-beratkan masalah lain seperti penjagaan buah pinggang, kanser dan penyakit diabetes. Kenapa?

Saya tidak katakan bahawa jamu itu tidak bagus dan saya tidak mahu menyentuh tentang khasiat jamu kerana saya akui ianya diperoleh daripada gabungan herba yang memberikan kehangatan dan khasiat tersendiri terhadap tubuh kita terutamanya yang berkaitan urat bagi mengelakkan angin. Ianya juga diamalkan oleh pengamal tradisional sejak berkurun lama lagi. Namun, pernah kah kita terfikir adakah sumber-sumber yang diambil untuk dijadikan jamu ini mengikut piawaian dan penerimaan organ dalaman kita sendiri. Cukupkah atau kalau cukup, terlebihkah? Bagaimana dengan buah-pinggang yang memproses jamu-jamu tersebut?

Wallahua’lam.. Saya juga tidak mengatakan bahawa suplemen ini ‘ubat segala penyakit’. Namun, kuantiti dan kualiti sumbernya sudah tentu dikaji terlebih dahulu sebelum dicipta. Penjualan suplemen bukan seperti rangkaian ‘suplemen pasar malam’ yang boleh didapati di mana-mana dengan harga yang sangat murah. Suplemen adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh bagi menambahkan khasiat dari sumber makanan yang diperolehi. Kemungkinan pada ketika penyediaan makanan itu dilakukan, mineral-mineral dan zat-zat penting yang terdapat pada makanan tersebut hilang sebagai wap. Banyak mana hilangnya? Kita sendiri tidak pasti bukan? Maka di sinilah pentingnya suplemen.

Suplemen diambil sebagai pencegahan dari mendapat penyakit. Bukan untuk merawat penyakit. Tapi orang zaman sekarang hanya mencari suplemen apabila ditimpa kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Memang betul kemungkinan suplemen boleh membantu mengurangkan risiko sakit tersebut daripada berlarutan tetapi langkah pengambilan suplemen itu dah tentu salah. Sepatutnya suplemen diambil terlebih dahulu dari awal sebelum kita ditimpa penyakit. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Kenapa saya pilih Shaklee? Mudah saja jawapannya. Saya telah amalkan untuk diri saya, suami dan anak-anak. Alhamdulillah.. Kini, ibu-bapa dan saudara-mara juga mengamalkannya dan sangat berpuas hati dengan prestasi kesihatan masing-masing. Dengan izin Allah, Dia bukakan hati saya untuk membantu mereka yang memerlukan di luar sana untuk mendapatkan suplemen organik pada kos mampu milik. Bergantung kepada keperluan anda, pelbagai jenis suplemen organik yang berkualiti tinggi serta berpatutan boleh didapatkan melalui Shaklee ini. Jika anda berminat untuk dapatkan info dari saya, boleh hubungi saya seperti di bawah.

** Jemput subscibe Momma Sihat di You Tube untuk mengikuti perkembangan kami

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.