Permasalahan Menopause | Elakkan Kekeringan

Saya ingin kongsikan sebuah pengalaman paling berharga mengenai permasalahan Menopause dan simptom yang boleh memberikan kesan perubahan kepada emosi, kesihatan dan perkembangan wanita. Ianya tidak berlaku kepada diri saya tetapi berlaku kepada saudara-mara yang terdekat dengan saya.

Permasalahan Menopause : Bagaimana permulaannya?

Sebelum kita bercerita mengenai Menopause dan kesan permasalahannya, bagaimana kita nak pastikan sama ada kita sudah menempuh alam Menopause atau belum? Menurut sumber, seseorang wanita itu akan dikategorikan sebagai Menopause setelah 12 bulan dari haid terakhir yang dialaminya. Ianya akan berlaku secara natural ke atas mana-mana wanita mengikut kadar usia mereka.

Permasalahan Menopause ini bermula apabila haid yang telah lama terhenti ini turut memberikan kesan ke atas perubahan hormon, kondisi jantung, emosi serta kandungan nutrisi dalam badan termasuk sumber kolagen yang semakin merudum. Sumber kalsium pada tulang juga akan dipengaruhi dengan perubahan ini dan menjadi semakin menurun.

Antara kesan Menopause ke atas wanita

Permasalahan Menopause : Apa kesannya?

Perubahan hormon yang berlaku akibat dari putus haid atau Menopause ini akan turut mengundang pelbagai kesan yang lain termasuklah perubahan berat badan, pengawalan emosi, perubahan pada kesihatan dan perkembangan fizikal wanita. Waktu ini, penuaan lebih cepat berlaku ke atas diri wanita dan sekurang-kurangnya kedutan lebih ketara serta mudah dikesan dengan mata kasar. Namun, ianya bergantung kepada individu.

Jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai sistem kolagen yang tidak berapa baik sejak awal, proses penuaan lebih cepat terjadi. Kulit menjadi lebih kering, kesat dan kendur. Bentuk tubuh mula hilang bentuknya serta rambut semakin banyak gugur berbanding kebiasaannya.

Bukan itu saja, hubungan suami isteri turut dipengaruhi setelah wanita mengalami Menopause. Waktu ini, cairan di vagina semakin hilang kerana tiada lagi lendiran atau cecair natural yang dikeluarkan sebaik sahaja putus haid. Kekeringan, kegatalan dan kerengsangan kulit boleh mewujudkan ketidakselesaan ketika bersama. Justeru, ramai wanita Menopause terjerumus dalam ketidaktentuan emosi.

Permasalahan Menopause : Bagaimana elakkan kekeringan?

Ramai yang malu-malu ketika berbicara mengenai soal hubungan intim. Namun, bagi membantu wanita Menopause ini diharap tips ini membantu anda. Beberapa perkara yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan cecair pelincir ketika bersama. Anda boleh google sendiri jenis-jenis pelincir yang boleh diperoleh secar offline dan online.

Selain itu, beberapa suplemen organik boleh diambil kira bagi mengatasi masalah kekeringan ini.

  • Gabungan Vita C dan ESP yang membantu memperbaiki sistem kolagen. Kolagen yang baik membantu melembapkan, menghaluskan dan melembutkan kulit.
  • Vivix adalah antara suplemen terbaik untuk wanita Menopause setakat ini (bagi pendapat saya secara peribadi) kerana ianya lebih menyeluruh dan melibatkan DNA serta sel. Ianya memperbaiki struktur sel dan secara tidak langsung meningkatkan keanjalan kulit. Secara tidak langsung, ianya membantu melembutkan kulit serta mengurangkan rasa sakit ketika kulit bergeselan. Selain itu, Vivix juga membantu memberikan tenaga dan rangsangan yang lebih ketika bersama dan ia sangat membantu untuk wanita yang telah Menopause memuaskan suami. In shaa Allah..

Bagaimana atasi kekeringan ketika bersama?

Pengalaman pengguna Vivix

Alhamdulillah.. Saya berjaya mendapat hasil perkongsian beberapa kenalan termasuk saudara-mara mengenai Vivix dan bantuannya dalam kehidupan seharian. Namun, perkongsian ini lebih kepada perbualan tanpa rekod kerana ianya diambil secara santai.

Kes A:

Beliau sudah Menopause hampir setahun dan mengalami masalah kencing manis. Tujuan pengambilan Vivix adalah untuk mengurangkan risiko kencing manis. Namun beliau terperasan suatu kelainan terhadap hubungannya dan suami setelah 2 bulan mengamalkan Vivix. Suaminya mengakui sendiri kelainan itu dan mengatakan, isterinya tidak lagi seperti wanita Menopause kerana tidak merasa kering seperti beberapa bulan sebelum itu. Bacaan kencing manisnya turut menurun.

Kes B:

Anak perempuan beliau membelikannya VIvix kerana mahu mengurangkan risiko kencing manis yang dialami beliau sejak sekian lama. Dalam pada itu, si anak juga mahu ibunya mendapatkan khasiat Vivix untuk memperbaiki kesihatan. Setelah beberapa bulan mengamalkan Vivix, beliau mendapati kulitnya menjadi lebih halus dan lembut. Bukan itu saja, beliau lebih bertenaga dan tidak mudah letih. Selain itu, beliau juga mendapati tidak berlaku kekeringan ketika bersama suami seperti yang pernah dialaminya sebelum ini.

Ini adalah antara cerita yang mahu saya kongsikan bersama pembaca blog saya bagi membantu golongan wanita yang telah Menopause yang mengalami masalah ini.  Semoga tips ini membantu anda. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut.

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.