Persediaan Sebelum Bersalin

Persediaan sebelum bersalin
Entri kali ini saya nak kongsikan sedikit tips untuk kawan-kawan yang bakal melahirkan anak khususnya. Sebenarnya entri ini dah saya kupas di blog lama saya, MommaSihat.Com tapi bagi mereka yang baru mengenali MommaSihat.Net, saya ceritakan lagi tips ini untuk dikongsikan bersama.
Alhamdulillah.. Saya sudahpun berpengalaman sebanyak 2 kali melahirkan anak. Percaya atau tidak, setiap anak yang dilahirkan mempunyai ragam bersalin yang tersendiri. Ada yang mudah, dan tak kurang juga yang sukar. Pengalaman pertama bersalin amat menggerunkan saya hinggakan saya berdoa setiap hari semoga ianya tidak berulang. Ada kala saya sendiri hairan bagaimana ianya berlaku.
Pengalaman nurse naik ke atas katil tempat saya berperang dengan ajal dan sama-sama menolak Rafiq keluar dari rahim sangat menakutkan! Perut saya ditekan serentak dengan waktu saya meneran. Allah saja yang tahu apa yang saya lalui waktu itu. Alhamdulillah.. Kelahiran Iqbal sangat mudah. Saya mampu lakukannya! Meneran sehingga si kecil keluar sepenuhnya. Masih saya ingat bagaimana bangganya saya bila berjaya melahirkan Iqbal tanpa vakum seperti yang pernah saya lalui dulu.
 raya
Entri kali ini lebih kepada persediaan untuk ibu-ibu baru khusunya supaya bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani sebelum dan semasa bersalin. Banyakkan berzikir bagi yang Muslim dan berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.
Ini adalah tips untuk anda sebelum bersalin:
  • Pastikan persiapan ke hospital dan segala kelengkapan penting sudah tersedia di dalam but kereta sebaik saja kandungan melepasi Trimester kedua (6 bulan).
  • Pemakanan yang seimbang perlu diambil ibu hamil bagi memberikan zat terbaik buat anak serta si ibu supaya bertenaga sepanjang kehamilan. Jika anda memilih suplemen tambahan, saya sarankan Set Ibu Mengandung untuk anda.
  • Mulakan dengan pengambilan 1 sudu VCO (minyak kelapa dara) sebaik saja kandungan mencecah 8 bulan (memudahkan si ibu bersalin). Minyak ini sebaiknya ditelan begitu saja. Selain Set Berpantang Shaklee, saya turut menggunakan Tanamera sebagai persediaan berpantang dan sebelum bersalin.
  • Sentiasa berzikir, buat solat Taubat dan solat Hajat serta memohon doa kepada-Nya bagi memudahkan anda dan bayi selamat bersalin. Ini salah satu zikir yang saya amalkan sepanjang hamil.
  • Sediakan kelengkapan berpantang seperti jamu/suplemen tambahan untuk menguatkan kembali rahim seta memulihkan ibu dan melancarkan pengeluaran susu (Di fasa ini, anda seharusnya bersedia untuk menghadapi kebarangkalian si kecil mendapat demam kuning. Jamu tidak sesuai diambil jika anak terkena kuning kerana ianya panas dan boleh meningkatkan bacaan kuning bayi anda)
  • Ramai yang berkata, si ibu seharusnya membaca pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang lain tetapi secara peribadi saya tidak galakkan anda baca. Kalau sudah terbaca, JANGAN percaya bahawa pengalaman anda juga akan sama seperti mereka. INGAT! Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza, begitu juga dengan anda.
  • Semakin hampir dengan waktu bersalin, anda akan mengalami false alarmFalse alarm biasanya hanya sementara sahaja. Tetapi jika sakitnya berulang setiap 3 jam sekali dan kemudiannya semakin kerap terasa, bersedialah untuk ke hospital! Oh ya.. Tidak semua ibu yang akan bersalin mengeluarkan air ketuban dahulu.
  • Pastikan anda makan dahulu untuk berikan tenaga ketika bersalin nanti.
  • Setelah bukaan semakin besar, minta bantuan nurse, suami ataupun doktor untuk menyapu VCO di sekeliling perineum bagi memudahkan bayi keluar
Ok. Ini tips sedikit-sebanyak yang boleh saya kongsikan. Semoga ianya memberikan manfaat dan panduan kepada anda yang bakal melahirkan anak. Saya doakan anda selamat bersama bayi yang dikandung selama ini. In shaa Allah..

By MommaSihat.Net,
SMS | Whatsapp: 012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.