Petua Awet Muda Secara Natural

Jangan tertipu dengan iklan-iklan sekarang yang banyak menunjukkan wajah dan kulit jadi lebih glowing dan putih gebu terserlah. Saya sendiri hampir terpengaruh untuk membeli suatu produk penjagaan muka yang menjanjikan wajah lebih cantik, putih mulus hingga tidak akan kelihatan sebintik jerawat dan jeragat pun. Fuiiiyyooo….!! Nasib saya agak baik kerana mempunyai kawan-kawan yang suka mencuba benda-benda sebegini. Lalu, saya hubungi seorang kawan lama yang memang saya lihat gambar terbarunya yang kelihatan glowing dan sangat anggun. Apabila ditanya, bagaimana beliau kelihatan cantik dan memintanya kongsikan bersama saya petua awet muda secara natural yang digembar-gemburkan oleh produk tersebut, beliau terus menasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan iklan-iklan sebegitu.

Gambar Hiasa

Gambar Hiasan

” Tak ada apa sebenarnya. Tu effect camera je.. Jangan tertipu..”

” Tak la.. Ramai je aku tengok testimoni kulit macam tu sekarang. Putih and glowing gitu.. Aku nak jugak..”

Beliau terus balas whatsapp saya dengan dua fail gambar. Kedua-duanya adalah gambar yang sama, tetapi effect glowingnya sangat berbeza. Saya terkedu.

” Ko nampak kan? Mana de glowing pun. Biasa je kan? Banding dengan yang satu lagi tu. Nampak glowing kan? Ko jangan tertipu. Dorang banyak edit gambar sebab nak lariskan produk je..”

Saya terus tak jadi nak beli. Penjelasan dari seorang kawan lama yang pernah rapat dengan saya jelas menunjukkan produk sebegitu tidak banyak membantu. Beliau sendiri akui pernah tertipu dengan produk online yang kemudiannya lebih memburukkan keadaan wajahnya yang sedia cantik dan bersih. Serius saya insaf..

” It’s ok.. Memang semua nak nampak cantik kan. Hehe.. Muka ko pun bersih apa.. Aku ni banyak jeragat..” balas mesejnya lagi setelah saya akui keinsafan saya atas keterujaan mencantikkan wajah.

Petua awet muda secara natural

Manusia kan tidak pernah puas..? Itu lah saya sebenarnya. Saya tidak pernah puas untuk menjaga kecantikan diri. Segala jenis tips terutamanya petua awet muda secara natural sangat-sangat saya sukai. Tiba-tiba teringat reaksi seorang officemate saya bila saya nyatakan hasrat ingin merasa pengalaman ke spa rawatan muka.

” Kak Reen biar betul.. Tak pernah ke spa ke?” Saya tersengih bercampur malu.

” Tak pernah pun.. Tu la Kak Reen tanya..”

” Ingat biasa ke spa.. Tak ada jerawat pun?”

Saya terdiam. Setiap kali melihat di cermin, saya sentiasa nampak kekurangan saya. Sentiasa nampak jerawat saya. Sentiasa nampak jeragat-jeragat saya.. Tapi kawan-kawan tetap mengatakan kulit muka saya masih lagi cantik seperti sering menata rias wajah. Huhu.. Sumpah! Sekali pun tidak pernah ke spa merawat wajah.. Hanya makan suplemen organik Shaklee saya saja selama beberapa tahun ini. Sebelum tu, langsung tak makan apa-apa cuma saya ada amalkan beberapa petua awet muda secara natural.

Ini saya lakukan ketika remaja. Tetapi impaknya mungkin sehingga sekarang.

  • Setiap kali nak tidur, saya wapkan muka dengan air panas. Biarkan wap meresap ke dalam pori-pori selama beberapa minit.
  • Kemudian,cuci muka dengan pembasuh muka jenama biasa sahaja dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Kemudian, bilas sekali lagi dengan air biasa bagi menutup kembali pori-pori. Sambil-sambil itu, saya bacakan selawat ke atas Nabi.
  • Kadang-kadang, saya bilas wajah saya setelah wapkan muka tanpa pembersih muka pun. Ini kerana, kadang-kala saya terasa kulit terlalu tegang dan kering. Jadi, hanya sesekali sahaja saya gunakan pembersih wajah.
  • Itu sahaja yang saya amalkan. Selebihnya, pernah juga buat masker menggunakan putih telur sebagai rawatan wajah di rumah untuk mencabut segala whitehead dan blackhead yang tersembunyi di celah-celah hidung khususnya.

Sekarang, saya jarang-jarang ada masa untuk lakukan semua itu. Kadang-kala terlupa nak mencuci muka pun. Mungkin disebabkan itu, hati saya tidak tenteram mahukan sesuatu yang lebih untuk menjamin kulit saya sentiasa awet muda dan kekal remaja. Tetapi, setelah dinasihatkan kawan saya itu saya tidak lagi terfikir untuk mencari produk penjagaan muka yang lain. Tidak terfikir lagi untuk lakukan rawatan spa kerana saya mulai yakin dengan komen-komen kawan-kawan iaitu wajah saya kelihatan awet muda secara natural. Natural. Itu yang saya mahu. Apa guna cantik tapi kelihatan seperti dicucuk botox? Atau terpaksa sengsara selama berminggu-minggu gara-gara nak dapatkan wajah mulus yang digambarkan dalam iklan-iklan itu.

selfie

Alhamdulillah.. Ini wajah saya sekarang. Tidak secomel dulu. tapi sekurang-kurangnya masih lagi dapat mengekalkan kebersihan kulit muka tanpa kedut yang ketara. Rahsia saya? ESP, Vitamin C 500mg dan B-Complex. Collagen Powder dah habis stok dan tiada di mana-mana branch Shaklee setakat ini sehingga diumumkan. Vivix pula jarang-jarang saya ambil kerana sering terlupa. Dush! (pukul kepala)

*Cabaran Blogging bersama Blog SihatCantikMulus, EmakSkemaKeluargaSihatCeria, RatuNutrisi, dan MyInfoVitamin

MommaSihat

012-4020841

6 Response to Petua Awet Muda Secara Natural

  1. nasib baik saya memang awet muda.. kalau pakai shaklee ni memang konpem bertambah hensem lah lagi saya ni…

    heheheh

    salam perkenalan… =)
    Melastik Bintang recently posted…Doa Tambah Susu BadanMy Profile

  2. Sujaihah says:

    kadang kadang yang simple itu lebih baik kan. Less is more !
    Sujaihah recently posted…Punca Tidur Berdengkur Dan Bagaimana MengatasinyaMy Profile

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.