Petua Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak

Entri ini merujuk kepada pengalaman saya sendiri ketika menghadapi situasi ini untuk kedua-dua anak saya, Rafiq dan Iqbal. Waktu itu, apa yang saya tahu ialah berjumpa dengan doktor pakar kerana menyangkakan anak-anak saya menghadapi kesukaran bernafas kerana dada mereka berbunyi agak kuat setiap kali bernafas. Bunyinya seolah-olah kahak berada pekat dalam dada. Merasa juga bermalam di hospital selama 3 malam gara-gara masalah ini.

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak

Tahukah anda, kahak yang tersimpan lama pada dada kanak-kanak boleh menyebabkan bakteria menjangkiti paru-paru? Pada asalnya, ia tidak akan kedengaran serius kerana ia bukanlah sesuatu yang kritikal. Namun, kesannya akan berlaku untuk jangkamasa panjang apabila risiko mereka untuk menghidap asma pula lebih tinggi. Tapi, bagaimana kahak ini dapat dibuang kalau kanak-kanak itu sendiri belum pandai membuang kahak?

 

Petua hilangkan batuk bayi

Petua ini saya peroleh dari pakar pediatrik yang merawat mereka sendiri. Seelok-eloknya dilakukan di awal pagi sebaik sahaja mereka bangun dari tidur:

  1. Telangkupkan si kecil anda atau tiarapkannya di atas paha dengan keadaan dada betul-betul berada di paha manakala kepala si kecil tunduk menghadap lantai
  2. Tepuk selama 15-20 minit di belakang dada bagi melonggarkan kahak tersebut.

Mudah kan? Itu sahaja caranya bagi membantu anak-anak kecil membuang kahak yang terkumpul dan memudahkan mereka bernafas. Saya sudah mengamalkannya dan Alhamdulillah, kini Rafiq dan Iqbal tidak perlu lagi menghadap proses x-ray, antibiotik dan terapi seperti dulu.

Terdapat satu lagi petua hilangkan batuk berkahak kanak-kanak yang mugkin tidak berapa sesuai untuk mereka yang tidak gemarkan bawang putih. Caranya:

  1. Bakar 1 biji bawang putih sehingga masak, gaulkan bersama nasi dan suapkan si kecil anda ATAU
  2. Bakar 1-2 labu bawang putih sehingga masak dan letakkan berhampiran anak-anak ketika mereka tidur. Tapi, cara ini boleh menyebabkan seisi rumah berbau bawang putih dan tidak sesuai diamalkan bagi mereka yang tidak gemarkannya.

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih mudah dan mahukan anak-anak amalkan suplemen organik yang sesuai untuk mereka, saya sarankan suplemen-suplemen di bawah sebagai bantuan melegakan batuk dan selsema

  • Omega Guard –> kapsul gel lembut pati minyak ikan yang memanaskan dada dan mengurangkan simptom selsema dan batuk
  • Chewable C –> tablet yang boleh dihisap yang membantu memberikan vitamin C kepada tubuh anak anda
  • Garlic Complex –> sesuai untuk anak-anak yang sudah pandai menelan. Ianya sebagai antibodi mujarab bagi melegakan batuk dan selsema
  • Meal Shakes –> multi-vitamin perisa vanilla yang mudah dibancuh dan diminum bagi meningkatkan imun kanak-kanak khususnya

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat, COD, pos ataupun ‘self-pickup’ boleh hubungi saya pengedar Shaklee di Jawi, Sungai Bakap, Nibong Tebal dan sekitarnya. Boleh juga menghubungi pengedar-pengedar Shaklee yang lain di sini –> Pengedar Shaklee

MommaSihat.Net
012-4020841

Komen to Petua Hilangkan Batuk Berkahak Kanak-kanak

  1. Nurul Fazreen Othman says:

    Tips yang sgt berguna. Boleh cube nnti..

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.