Punca dan Petua Hilangkan Mata Lebam

Mata lebam seperti Zombie? Bagaimana hilangkannya? Menarik kan entri hari ini? Ramai yang kurang menyedari punca dan faktor yang mempengaruhi kesihatan mata sehingga dibiarkan mata seakan lebam dan tidak bermaya. Ada yang cuba atasinya dengan menebalkan mekap di sekeliling mata. Ianya mungkin melindungi mata lebam itu dari penglihatan orang ramai tetapi hanya untuk kesan sementara sahaja. Apabila dibuang solekan tersebut, ianya mungkin menjadi lebih teruk akibat dari penggunaan bahan solekan yang berlebihan.

mata lebam dimekap

Mari kita semak punca dan petua hilangkan mata lebam ini. Lingkaran bawah mata yang gelap biasanya disebabkan oleh beberapa faktor.

  • Keturunan
  • Tidak cukup tidur
  • Keletihan
  • Kosmetik
  • Kurang kolagen yang disebabkan oleh faktor penuaan
  • Kekurangan nutrisi (Vitamin A, C, K dan E)
  • Merokok dan minum minuman beralkohol
  • Sinaran UV
  • Perubahan hormon
  • Alergi

Petua Hilangkan Mata Lebam

Menyedari akan ketrampilan diri yang mungkin terganggu disebabkan lingkaran gelap di bawah mata ini, saya kongsikan beberapa petua tradsional dan juga moden bagi menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. In shaa Allah, anda akan dapati mata lebam yang dialami sudah berkurangan atau mungkin tidak wujud lagi.

Petua Tradisional

mata lebam diteh

1) Menggunakan uncang teh

Rendamkan uncang teh ke dalam air suam dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, letakkan pada kedua-dua belah mata khususnya di bahagian kingkaran bawah mata yang membuatkannya kelihatan seperti mata lebam.

2) Hirisan Mentimun

Hiris timun untuk beberapa hirisan, kemudian letakkan di bahagian mata anda. Rehatkan mata anda selama 15 hingga 20 minit. Paling elok, letakkan hirisan timun tadi sebentar di dalam peti ais sebelum menggunakannya bagi memberikan impak sejuk dan segar kepada mata anda.

 

3) Air mawar

Titiskan beberapa air mawar ke atas kapas muka. Kemudian, gosokkan di sekitar mata dengan lembut selama 5 minit setiap hari. Lingkaran bawah mata dikatakan hilang dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.

 

vco

4) Minyak kelapa dara (VCO)

Virgin Coconut Oil atau minyak kelapa dara ini dikatakan mampu memberikan kelembapan kepada kulit. Maka, dengan menyapukan VCO ke atas mata, ianya boleh mengurangkan tompok hitam serta garis-garis halus di sekitar mata anda. Namun, tidak ramai yang menyukai cara ini kerana ianya membuatkan mata lebih berminyak.

 

 

 

 

Petua Moden

1) Enfuselle Eye Treatment Gel

eye treatment gel

Gel ini sangat sesuai diamalkan setiap hari kerana membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, serta menghilangkan garis-garis halus di bahagian mata. Ianya tidak melekit dan tidak berminyak. Gel ini juga cepat terserap dan mudah kering hinggakan anda boleh terus sapukan foundation atau toner selepas pemakaian gel ini.

Jika dipakai Eye Treatment Gel ini setiap hari secara istiqamah dan konsisten, ianya memberikan hasil yang sangat memuaskan. Secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dala masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dala masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Terkandung botani anti penuaan dan Vitamin C yang memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi

Pengalaman sendiri menggunakan Eye Treatment Gel:

Gel ini sangat sejuk dan sedap bila dipakai. Mata juga terasa sangat berangin. Biasanya saya pakai gel ini dua kali sehari iaitu sebelum tidur dan selepas mandi apabila bangun dari tidur. Ianya selamat dipakai oleh pemakai kanta lekap. Alhamdulillah.. Garis-garis halus semakin berkurangan. Lebam bawah mata juga tidak ketara seperti dulu walaupun tidak memakainya secara konsisten sejak kebelakangan ini akibat waktu tidur yang tidak menentu. In shaa Allah akan terus menggunakannya kerana sangat berpuas hati!

Anda juga boleh mempercepatkan kadar pengurangan lingkaran gelap bawah mata ini dengan mengamalkan suplemen-suplemen yang membantu meningkatkan kolagen serta menghaluskan kulit dengan lebih baik.

  • Carotomax : mengandungi Vitamin A yang lebih selamat kerana mengandungi beta karotena yang meningkatkan kesihatan mata. Antioksidan yang terdapat di dalamnya membantu mencantikkan serta menyihatkan kulit, rambut, gigi, gusi dan sistem reproduksi.
  • Vitamin C 500mg :ianya sangat terkenal sebagai suplemen mencantikkan kulit. Namun, perkara yang lebih penting ialah ianya membantu membentuk kolagen yang diperlukan oleh tubuh.
  • Vitamin E : mengandungi sumber vitamin E dan selenium yang membantu melambatkan penuaan kulit, mengurangkan kedut dan membanut memulihkan tekstur kulit dan tona muka.

photo (5)

Kombinasi suplemen serta Eye Treatment Gel ini sangat membantu anda hilangkan mata lebam yang kelihatan tidak bermaya serta mengembalikan kecantikan dan kesihatan mata anda dengan lebih optimum. Jika anda berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila hubungi saya segera.

 

 

buy online

 

 

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.