Punca Rabun Warna : Kenapa Lelaki Penghidap Tertinggi?

Rabun warna atau lebih dikenali sebagai buta warna di kalangan pakar perubatan merupakan salah satu masalah optik yang membuatkan pesakitnya tidak dapat mengenali semua warna yang dilihat. Tidak seperti orang normal yang lain, kebanyakan pesakit rabun warna ini tidak dapat melihat sepenuhnya warna merah, hijau atau biru lembut. Jadi, bagaimana mereka lihat gambaran warna tersebut?

IMG_6681.JPG

Rabun Warna

IMG_6682.JPG

Penglihatan Normal

Statistik menunjukkan, 1 dalam setiap 12 lelaki (8%) dan i dalam setiap 200 wanita menghidapi penyakit ini di seluruh dunia. Ini menunjukkan kebanyakan penghidap rabun warna ini adalah kebanyakannya dari golongan lelaki. (Sumber: Punca Rabun Warna)

 

Punca Rabun Warna

  • Keturunan
  • Diabetes
  • Multiple Sclerosis
  • Kekurangan Vitamin A
  • Penyakit hati
  • Penyakit mata

Kesan daripada ketidakmampuan mengenal warna ini boleh dibahagikan kepada ringan, sederhana dan kritikal bergantung kepada individu. Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit rabun warna ini disebabkan keturunan, keadaan penglihatan ini dijangka sama dan berterusan sepanjang hidup mereka. Erti kata ‘sama’ di sini bermaksud, masalah ini tidak akan menjadi lebih baik ataupun lebih teruk.

Kenapa lelaki lebih ramai menghidap rabun warna?

Ingat lagi tak pelajaran Sains suatu ketika dulu? Kita pernah belajar mengenai ‘choromosome’ X dan Y di mana, wanita memiliki ‘chromosome’ XX manakala lelaki memiliki ‘chromosome’ XY. Untuk pengetahuan kawan-kawan, genetik rabun warna terutamanya kes rabun warna merah/hijau ini hanya menyerang ‘chromosome’ X sahaja. Ini bermakna, kebarangkalian lelaki untuk menghidap penyakit rabun warna adalah lebih tinggi kerana, lelaki hanya mempunyai hanya satu ‘chromosome’ X sahaja. Namun, lelaki tidak akan menghidap penyakit rabun warna jika:

  • si ibu bukan lah pembawa ‘faulty gene’
  • anak lelaki mewarisi ‘chromosome’ yang baik walaupun si ibu adalah pembawa ‘faulty gene’

Bagi wanita pula, jika hanya satu daripada ‘chromosome’ X yang diwarisi oleh bapanya mengandungi ‘faulty gene’, wanita tersebut telah pun menjadi pembawa walaupun tidak menghidap penyakit rabun warna. Maka, jika wanita yang telah menjadi pembawa ini mengandung, kebarangkalian anak lelakinya mendapat penyakit rabun warna adalah sangat tinggi. Tak berapa faham? Mari kita lihat gambarajah-gambarajah di bawah:

photo 1

Suami Rabun Warna & Isteri Tidak Rabun Warna

 

photo 2

Suami Tidak Rabun Warna & Isteri pembawa

 

photo 3

Suami Rabun Warna & Isteri Pembawa

 

photo 4

Suami Tidak Rabun Warna & Isteri Rabun Warna

 

Tiada rawatan yang khusus untuk merawat penyakit rabun warna ini. Namun, ianya boleh dikesan jika anak kecil sudah menunjukkan kegagalan mengenal warna terutamanya ketika melihat warna merah dan hijau pada lampu isyarat. Maka, jika kita mahu mengurangkan kebarangkalian anak-anak menghidap penyakit rabun warna ini, pastikan ianya dikesan dengan lebih awal. Jika anda mencari sumber vitamin A yang terbaik dan selamat untuk kesihatan mata, amalkan Corotomax setiap hari. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rabun warna ini, sila layari laman web ini:Sumber

 

* Cabaran blogging Jan 2015 bersama Genkimomma Bloggers

MommaSihat

012-4020841

2 Response to Punca Rabun Warna : Kenapa Lelaki Penghidap Tertinggi?

  1. genkimomma says:

    Oooo, baru tau “Tips Lampu Isyarat” tue… good tips! 🙂
    genkimomma recently posted…Bahaya Tidur Berdengkur, Petua Mudah Kurangkan DengkuranMy Profile

    • mommasihat says:

      ha ah.. lampu isyarat.. dulu awal-awal risau Rafiq x kenal warna. Dibantainya merah tu warna oren. Alhamdulillah sekarang dah kenal warna. Bukan pasal rabun warna. Hehe.. Risau hatiku..

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.