Punca Sakit Kepala, Pening dan Loya

Tertarik dengan entri ini, saya nak kongsikan nota Dr Zubaidi mengenai punca sakit kepala, pening dan loya yang ditanyakan oleh seorang pembacanya.

Punca Sakit Kepala, Pening dan Loya

pening kepala

Soalan:

“Saya kerap mengalami keadaan tiba-tiba kepala rasa berpusing dan rasa loya hendak muntah pada waktu pagi. Ia sering terjadi semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki tren. Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang hint. Seluruh badan saya rasa sejuk tetapi saya berpeluh. Ada ketika, pandangan saya gelap walaupun saya sedang duduk waktu itu. Bagi mengelakkan saya muntah or pitam, saya akan cuba bertahan; mengawal pernafasan saya atau saya fikirkan benda lain supaya saya x fokus terhadap masalah tersebut.

ini amat merunsingkan saya disebabkan hal ini sering terjadi semasa di dalam tren yang dipenuhi orang & tiada tandas utk saya keluarkan segala isi perut. Apabila saya jumpa doktor, mereka selalunya akan beri ubat “angin”, “pusing kepala” &; gastric. Reason yg diberikan adalah disebabkan angin dalam badan memandangkan tekanan darah saya normal semasa diperiksa.

Kadang-kadang saya xdpt terima alasan yang diberikan kerana ianya sering terjadi; jika ia disebabkan gastric, saya jarang “skip” mkn; akan pastikan perut x kosong. Masalah saya sejak saya belajar lagi adalah saya sukar membuang air besar. Kadang-kadang sampai 2-3 mggu. Saya xrasa sakit perut; Jika saya paksa membuang, pendarahan akan berlaku. Puas saya cuba segala petua supaya lawas tapt tetap tiada perubahan. apa yg pasti, simptom di atas akan terjadi jika saya lama tidak membuang air besar. Adakah ianya disebabkan gas yg terhasil drpd ketidaklawasan saya? Apa yg perlu saya lakukan utk mengelakkan hal ini berulang? Harap dpt membantu.”

Jawapan Dr Zubaidi Hj Ahmad:

  • Wa alaikum mus salam. Masalah kerap “mengalami keadaan tiba-tiba rasa kepala berpusing dan rasa loya hendak muntah pada waktu pagi” adalah terlalu banyak puncanya.
  • Dalam hal ini doktor yang memeriksa haruslah memahami keadaan pesakit dan melakukan soal selidik agak punca-punca yang menyebabkan kepala berpusing dan pening kepala dapat dikenalpasti.
  • Doktor yang memeriksa juga haruslah melakukan pemeriksaan darah dan air kencing bagi mencari clue bagi penyakit yang tersembunyi. Hanya doktor yang berpengalaman saja yang dapat mencari punca-punca bagi masalah penyakit yang tersembunyi ini.
  • Antara punca yang mungkin yang menyebabkan kepala pusing ialah masalah denyutan nadi yang tidak sekata. Ia biasanya disebabkan denyutan jantung yang mengepam secara tidak mengikut rentak yang normal.
  • Selain itu ia juga disebabkan oleh masalah yang berpunca dari organ Vestibular yang berada di dalam telinga, bersebelahan dengan otak.
  • Jadi cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan dengan doktor yang berpengetahuan dan berpengalaman.
  • Walau bagaimana pun, puan boleh mencuba Coenzyme Q10 bagi mengurangkan dan seterusnya mengubati masalah puan. Oleh kerana ia adalah suplemen dan bukan ubat, puan dinasihatkan untuk mengamalkannya selama 3-4 bulan.
  • Jika tidak masalah ini akan berulang-ulang dan doktor hanya memberikan ubat yang hanya dapat mengurangkan masalah ini untuk sementara.
  • Sumber: Nutrient penting jantung

Kesimpulan yang saya peroleh dari jawapan Dr Zubaidi itu, punca sakit kepala, pening dan loya ini boleh berpunca dari kesihatan jantung yang kurang memuaskan. Coenzyme Q10 ini dikatakan boleh mengurangkan dan seterusnya mengubati masalah di atas. In shaa Allah. Segala-galanya dengan izin Allah SWT.

MommaSihat

012-4020841

3 Response to Punca Sakit Kepala, Pening dan Loya

  1. […] saya baca nota dari Dr Zubaidi berkenaan sesi soal-jawab seorang pembaca mengenai sakit kepala, pening dan loya semalam, saya berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai manfaat detoksifikasi kepada tubuh […]

    • prilly says:

      Assalamualaikum ,nama saya prilly . Saya mahu tanya ke doktor kenapa saya selalu pening kepala , sakit kepala , sukar bernafas , rasa lelah , sakit dada di bahagian kiri, kaki kejang , lebam lebam di bahagian tubuh badan , sakit badan , rasa mudah letih dan tidak boleh terkena cahaya matahari kalau tidak saya akan rasa pening seperti nak pitam

      • mommasihat says:

        Waalaikumussalam. Prilly, saya nak betulkan di sini bahawa saya bukan doktor. Saya rasa adalah lebih baik utk Cik Prilly bertemu dengan doktor pakar utk mengetahui perkara sebenar. Tapi perlu diingat, gabungan sakit kepala, dakit dada, kekejangan kaki & lebam-lebam boleh berpunca dr jantung yg tidak sihat. Nasihat saya, sila dapatkan rawatan secepat yg mungkin. Terima kasih.

Komen Di sini

CommentLuv badge

Anda boleh menggunakan Shaklee ID saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA di mana-mana kaunter Shaklee!

Testimoni

Perut Buncit Kini Kempis

PENAFIAN & DISCLAIMER

Blog ini adalah hak milik peribadi saya dan tidak ditaja oleh oleh mana-mana warga persendirian, organisasi, mahupun pihak ketiga. Segala hasil penulisan adalah melalui pembacaan, pengalaman sendiri & perkongsian daripada pengguna (setelah mendapat keizinan daripada pengguna tersebut). Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan, dan saya ingin pembaca yang budiman tahu bahawa blog ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Follow Us

Follow our activity on the web and get to know us.

Contact Us

ID Shaklee: 881070,

+60124020841

Distributor Jawi Penang (COD)

hubungi@mommasihat.net

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.